KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette dipercayai pada minggu lalu.
Walaupun Bung Moktar enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.
"Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada Bung Moktar jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa," katanya ketika dihubungi semalam.
Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya, menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan sudah bernikah dengan Zizie dan majlis resepsi diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.
Bagaimanapun, Bung Moktar ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara itu tetapi berjanji memaklumkan mengenai perkara itu apabila tiba masanya kelak.
"Ini bukan masa terbaik membuat komen. Saya perlu menjaga hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai sesiapa," katanya.
Zizie Izette |
Beliau juga berkata, khabar angin yang beliau mengahwini Zizie, 31, di sebuah hotel lima bintang malam kelmarin adalah tidak benar.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak kelmarin, Bung Moktar berkata, beliau berada di Kinabatangan.
"Saya mempunyai kerja di sana... sangat mustahak. Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Datuk Seri Nazri Aziz)," katanya.
Beliau turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk mengubah gaya rambutnya.
"Ramai kawan-kawan yang mewarnakan rambut... mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi," katanya.
sumber bernama.
Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
14 comments:
syok la erk... dpt wife putih gebu ngeh3
mkin lena lah tdo datuk ye.. ngee.. mr j, tolong aku.. cne nk tuka name blog eh? aku xmo wat blog baru... tolong eh.. ko roger kt shoutbox kt blog aku
haha.. nie sedap nie malam2 wat bantal peluk. bukan stakat pelik, manje2 pun puas!!
zella , memang berbaloi
honeyy , dah settle x?
byebye ery, macam tau tau je.. ahak~
hehhee~
dia tak nak mengaku lagi tu~~
LORD ZARA 札拉 , xnak mengaku, aku kebas zizie baru dia tahu.
Betui kaa jacky? Aiseyyyy.. Manyak kene loteri laa camni.. Hehehe. Cantek woooo.. Mantopppp dia!!!
ait...punya la xnak ngaku...kawan sendiri yg kantoikan...hahaha...xmacho la lu beb, ckp degar2 kawin pun xnak ngaku...huhu...
Farhana , masih bermain teka teki lagi dorang tu.. mmg matop. hu~ kalau mr J kaya dulu dah lama gi lamar zizie tu. komprim nak punya.
Capo Grande , enthlah bro.. ni macam kes aikhil dengan waheeda lah tu. cakap tak ada tak ada .. pastu gaku.
kompem ke?
hahahaha
ada duit mesti senang dapat yg cun
zizie tu dah putih gebu
pergh..terkejut betul dengar kata zizie dah kahwin...hish..igtkan betul2...
jadilah pengkomen tertinggi di blog triplesmiley..ini kerana pengkomen tertinggi membolehkan anda mendapat hadiah
regards,
http://triplesmiley.blogspot.com
betul tu hans, kalau duit bertrillion dan tak akan habis 7 keturunan , pehhh... aku kawin dengan semua diva artis pastu cerai standar lah kan artis kawin cerai.
berbaloi baloi..nak jugak la si zizie ngan orang tua tu...adui..perempuan feat. duet..
Catat Ulasan