Berita yang sangat mengemparkan seluruh warga Malaysia dan boleh dikatakan prilaku si pembunuh bukan lagi prilaku manusia , malah lebih jahat dan setaraf dengan prilaku Saitan dan sedangkan binatang sendiri masih menyayangi dan menjaga keluarga inikan seorang manusia yang bertukar dari pendiam , lembah lembut sehingga menjadi pembunuh yang sanggup memenggal kepada Bapanya sendiri .
"Rashidi Ismail, 34, graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor"
Ikuti berita penuh dibawah yang disunting daripada kosmo:
Cerita ngeri adik mangsa bunuh
TAMPIN - "Selepas menukar pakaian sekolah, saya ke ruang tamu dan nampak kakak (Siti Khatijah) baring di situ.
"Saya ingat dia tidur tetapi apabila saya hampiri, saya terkejut nampak ada pisau terpacak pada dada kakak dan dia sudah pun meninggal dunia."
Demikian cerita sedih, Siti Mariam Ismail, 19, yang menemui mayat kakaknya, Khatijah Ismail, 22, di Kampung Batang Rokan di Gemencheh di sini kelmarin.
Dalam keadaan menangis, Mariam berlari ke rumah nenek dan datuk yang terletak bersebelahan rumahnya dengan harapan untuk mendapatkan pertolongan.
Bagaimanapun, cerita gadis itu, di rumah tersebut dia menemui tiga lagi mayat iaitu mayat ayahnya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 90, dan nenek, Sufiah Keatas, 80.
|
|
Dia sangat sedih melihat keadaan empat mayat ahli keluarganya yang mati dalam keadaan sungguh ngeri terutama mayat bapanya yang tiada kepala.
Sebelum kejadian, katanya, dia tidak sedap hati apabila bapanya tidak menjemputnya dari sekolah di Sekolah Menengah Datuk Taha Gemencheh yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah.
"Biasanya ayah jemput saya tetapi kali ini selepas sejam menunggu ayah tidak muncul malah dia dan kakak juga gagal dihubungi sebelum saya pulang menaiki bas," katanya sambil menangis.
Sampai di rumah, abangnya, Rashidi Ismail, 34, graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor tiada di rumah dan kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya pada malam sebelum kejadian ketika abangnya baru sampai ke rumah dari Kuala Lumpur.
"Abang tiada masalah dengan keluarga. Tiada langsung pergaduhan cuma dia pernah putus tunang dua kali," katanya
Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
10 comments:
memang kejam bukan. kesian, semoga roh mereka aman dan damai. dan si pembunuh pula harus dihukum mati!
amat kejam owh....
pahai....
parents dri mpu nya....
bc masalah post traumatic depression kot ya nya.....
kejamnyer.. sampai hati dia wat camtue.. sian kat mariam.. mesti tertekan.. takziah..
Rasenyer pembunuh nih ade masalah tekanan mental la lepas die putus tunang tuh...
jom joined contest di blog Triplesmiley..ade hadiah menarik menanti korang taw...
regards,
Triplesmiley
memang kejam.. ni bukan manusia ni syaitan durjana.... elok die dihukum mati seperti mana die membunuh....biar die rase betapa siksanya org yang die bunuh...baru setimpal dengan apa yang die lakukan......semoga Allah S.W.T mecucuri rahmat keatas meraka yang dibunuh itu...Al-Fatiah
rsnyer suspek ada masalah jiwa @ amalkan ilmu sesat..hoho ngeri woo bwk kepala....org yg xwaras jer boleh bgitu...
ngerinya..
mungkin pelaku tu ada masalah jiwa..
mamat ni boleh ikut beperang melawan madura..sebab pandai potong kepala...hahahaha
apa yang mendorong dia sampai bertindak bergitu?
salam..kita x boleh menghukum jika tdak tau asal cerita..sedangkan ibunya memaafkan anaknya inilak kita mbuat telahan mbuta tuli.semua ini ujian.alfatihah
Catat Ulasan