Alexander Graham Bell
Albert Einstein dan juga si pencipta telefon Alexander Graham Bell , dahulu tidak masuk akal bila mereka cuba untuk mencipta sesuatu di luar jangkaan manusia pada zaman itu tetapi mereka juga telah membuktikan kebijaksaan mereka sehingga berhasil mengubah era permodenan manusia dan sekarang mereka digelar Tokoh yang juga suatu ketika digelar orang gila kerana ingin mencipta sesuatu yang tidak masuk akal pada masa itu.Profesor mahu cipta otak tiruan
GENEVA - Seorang doktor dan jurutera komputer berketurunan Israel, Profesor Henry Markram (gambar) mengumumkan bahawa beliau dan pasukannya akan mencipta otak tiruan pertama di dunia menjelang tahun 2018, lapor sebuah akhbar semalam.
Bertempat di tepi Tasik Geneva, profesor berusia 47 tahun itu sedang giat membina otak tiruannya yang dinamakan projek Otak Biru dengan menggunakan silikon, emas dan gangsa.
Hasil ciptaan yang terbaru itu mungkin dianggap sejenis makhluk dan dalam tempoh sedekad, makhluk rekaannya itu boleh berfikir, mempunyai perasaan dan lebih hebat lagi mampu jatuh cinta.
Projek Profesor Markram itu digolongkan sebagai percubaan paling luar biasa dalam sejarah saintifik.
Berpuluh-puluh juta euro telah mengalir ke makmal saintis itu di Institut Minda Otak Politeknik Ecole, di Lausanne bagi menjayakan projek itu manakala penyumbangnya termasuk pentadbiran Switzerland, Kesatuan Eropah (EU) selain beberapa firma swasta seperti gergasi perisian komputer IBM.
Profesor Markram bukan membina robot yang meniru pergerakan manusia seperti ditonjolkan dalam filem sains fiksyen, sebaliknya beliau mahu menguraikan otak manusia sehingga ke peringkat terkecil iaitu sel sebelum hubungan di antara berbilion-bilion sel otak itu dianalisis seterusnya 'dipetakan' ke dalam komputer.
Hasilnya, otak tiruan yang dinamakan Otak Biru itu boleh berfikir dan berperasaan seperti manusia tetapi ia berada di dalam sebuah super komputer.
"Kami akan melakukannya menjelang 2018. Kami memerlukan banyak wang tetapi saya memperolehnya," kata Profesor Markram.
"Cuma segelintir saintis di dunia ini yang memiliki sumber kewangan seperti ini," tambahnya. - Agensi
Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
13 comments:
Okie...sangat tak sokong dengan kajian dan ciptaan ini...ini dah melampui batas...baik kiter cipta robot yang mampu bekerja...
jom joined contest pengkomen tertinggi di blog Triplesmiley..dapat hadiah taw...jom..jom...
regards,
Triplesmiley
smiley , yup i pun xsetuju bab bab cipta human part nih.. tapi Mr J tgh bayangkan masa depan manusia tak bekerja cuma manusia ada wakil untuk bekerja iaitu robot sendiri .. masa tu manusia layari blog, makan, tidur.. sihat2 gemok2 belaka. hehe.
erhh..bahaya la =.=" last2 benda tu mogok dan menakluki dunia...hohoho`
confirm ke jd..hrp xsempat siap..
menakutkan..
110% yakin otak tu tak kan b'fungsi dgn betol
sbb tak de kat dunia ni yang sempurne
hanye satu ALLAH
byklah cyborg yg bakal muncul nanti..
Great Teacher Onizuka
Wilder , yup menakluki , dan lama kelamaan perang antra manusia ciptaan manusia sendiri ... bayangkan...
shuko , harap bergitulah..
Kaseh NazLieza, yup.
isha, macam Eistein. hehehe
Eyriqazz , macam cerita A1 hehe..
Ui..bahaya jgk tue..silap2 dia akan cuba menakluk bumi plak nanti..
ish.
ta sokong..
bakang setan nie.
lau wat robot ok la gak
SarkBlogger, kalau robot ok gak ada suiz padam.
robot ada perasaan?????
eeeeuuuwwwwww.....
seram do.....
bermulalah kebangkitan robot2 sedunia.....
ala2 terminator g2....
Wil: hahaha...tak mustahil la tu akan terjadi..=.=" dunia makin moden
Catat Ulasan