Coca-Cola selamatkan lelaki terperangkap 11 hari
PORT-AU-PRINCE - Seorang lelaki yang berumur 35 tahun, Wismond Exantus yang diselamatkan kelmarin selepas 11 hari berada di bawah runtuhan sebuah kedai runcit di bandar raya Port-au-Prince, Haiti menyatakan dia hidup kerana minum minuman ringan Coca-Cola pada setiap hari.
"Saya berasa (diri) dalam keadaan baik," katanya selepas dia menjadi mangsa terbaru gempa bumi Haiti yang berjaya diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat antarabangsa.
"Saya hidup kerana minum Coca-Cola. Saya minum Coca-Cola pada setiap hari dan saya makan beberapa benda yang kecil," katanya semasa ditemu ramah di sebuah hospital.
"Saya berasa gegaran dan kemudian tidak sedarkan diri. Apabila saya terjaga, saya memanggil nama Gerald! Gerald!," katanya yang merujuk nama seorang pekerja lain.
Dia kemudian mendapati dirinya berada di celah runtuhan yang sempit.
Dalam ruang yang sempit itu, dia cuma menggerakkan dirinya ke kiri dan kanan selain membuat bunyi bagi menarik perhatian orang yang berjalan di kedai tersebut.
"Saya tidak menjerit. Saya cuma berdoa," katanya.
Tubuhnya kurus dan suaranya lemah tetapi dia menegaskan terdapat enam lagi mangsa gempa bumi yang masih hidup di dalam bangunan itu.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.0 pada skala Richter itu berlaku di Port-au-Prince pada 12 Januari lalu dengan anggaran kematian lebih 200,000 orang. - Agensi
Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
5 comments:
minum milo anda jadi siaht dan kuat. maybe sana tak jual milo bro. haha.
saya plak, bila start sakit baru minum coca cola.. huhuhu..
bro, lau pasni ramai minum coca cola, akibatnye ramai mati weh..
try search kat google..
coca cola is dangerous..
bayangkan, gigi kite yang patah, pasto kite letak dalam mangkuk yang berisi air coke buleh lupus dalam mase beberape hari. same gaks dgn tulang..
bahaya..
pasto cube tgok lori yang bawak tangki coke tu, die ade tulis dangerous.
piki2 kan la..
huhu..sofia tak berani nak minum coke kalo tengah sakit...nanti sure kene gastrik...
regards,
Triplesmiley
ManjaIxora , i dulu kena denggi minum 100% 5botol besar sehari.
Badak , bahaya gak coke ni.
smiley, taktik Mr J xnak gi kerja dulu , pepagi minum coke, lepas tu gi klinik ambil MC .. sakitr perut. hehe
Catat Ulasan