Ada macam - macam cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui internet , ada yang clik clik dapat duit ada yang mengunakan Blog sebagai medium utama . Tidak kurang juga di forum - forum tertentu dimana kita dibayar USD jika memberikan komen yang bernas didalam salah satu lama web mereka dan kadang - kadang kita juga dibayar jika meng'upload' video ke dalam web mereka , pelik bukan tetapi itulah ragam Internet sekarang dan tak kurang pula dengan penipuan yang semakin berleluasa sekarang scam, phish dan banyak lagi.
Mr J dulu waktu malas untuk menaip buku pelangan Mr J pernah mengupah beberapa orang jurutaip online dan selepas habis taip mereka send email dalam bentuk word doc dan Mr J bayar online payment.( Scan - email - Jurutaip - Selesai taip send kepada Mr J - Payment )
Mudah bukan? semuanya berjalan dengan mengunakan online sahaja. Disini dua sahaja Mr J ingin ketengahkan iaitu Menjana wang dengan Forex dan Janawang daripada Blog.
- Forex ( Perlu Modal Permulaan )
FOREX (Foreign Exchange) merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang sesuatu negara terhadap mata wang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24 jam secara berkesinambungan (kecuali Sabtu & Ahad)
Forex ini bahaya jika dipratikkan tanpa ilmu pembelajaran asas serta tempoh latihan yang cukup , jika anda serius anda boleh mendapatkan Ebook Forex Percuma dalam bahasa Melayu di sini.Forex yang juga dikenali dengan nama FX merupakan sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex adalah transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang yang didagangkan adalah di dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).
- Janawang sampingan dengan Blog anda. ( Tanpa Modal Permulaan ) , bayar bil Internet sahaja.
Kalau difikirkan pontensi blogger di Malaysia sekarang tumbuh bagai cendawan selepas hujan , dan ramai yang masih tidak tahu bagaimana menjana wang sampingan dengan Blog sendiri , caranya mudah sahajai iaitu daftarkan Blog anda kepada agensi pengiklanan seperti Nuffnang.com . Kenapa Mr J cadangankan mengunakan perkhidmatan daripada Nuffnang ? Sebabnya adalah kerana servis yang baik serta Nuffnang mempunyai staff yang peramah .
Selain itu juga Google Adsense pun dapat menjana wang sampingan daripada Blog anda tetapi hits yang tinggi atau kekerapan iklan keluar daripada google adsense adalah bergantung kepada Bahasa di dalam Blog anda , bahasa Inggeris adalah menjadi keutamaan.
Selain Nuffnang dan Google Adsense ada juga beberapa lagi Syarikat pengiklanan seperti Adverlets dan sebagainya.
Selain Nuffnang dan Google Adsense ada juga beberapa lagi Syarikat pengiklanan seperti Adverlets dan sebagainya.
- Buat Blog dan Iklankan apa sahaja kebolehan serta barangan anda. ( Barangan tidak diguna )
Anda bosan duduk dirumah anda boleh kerja dirumah dengan hanya menaip ( seperti Mr J kerja Cyber Cafe dulu ) atau anda ada barang yang tidak digunakan seperti kasut , keychain ataupun buku novel lama anda. Tetapi anda mempunyai satu masalah iaitu tidak tahu bagaimana untuk membina blog bukan? itu senang sahaja anda boleh dapatkan Panduan Membina Blog dengan blogger di sini.
Mr J dulu pernah jual novel english tak tahu apa tajuk... lepas tu Mr J jual $20 USD , ingatkan memain sahaja tiba - tiba dapat email daripada paypal.com mengatakan ada transaksi wang masuk sebanyak $20USD apalagi Mr J pun kirimkan Novel tersebut.
Mr J rasa cukup setakat ini sahaja Mr J kongsikan dan selebihnya Mr J tahu ramai blogger di luar sana mempunyai cara yang tersendiri untuk menjana wang sampingan .
Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/ (Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
2 comments:
bro, yang macam MLM tu boleh xbuat duit.. macam ada iklan suruh masuk bayar RM10 then kena cari orang masuk under kite..
adin setapak, yang mlm masuk under masuk siapa dulu tu saya tak galakkan.. tapi kalau nak try boleh.. i masih ingat semasa i dulu2 i masuk perigiduit rm50 . sampai sekarang tak ada hasil dah 2tahun yg lepas. hahah.. duit giler sikit, main masuk tanpa siasat..
Catat Ulasan