Soalan dibawah ini adalah soalan yang diajukan daripada kawan - kawan serta rakan di YM dan juga blogger lelaki tetapi mereka agak segan untuk menyampaikannya dan moga soalan ini dijawap oleh wanita diluar sana. (huh~ Mr J jadi orang tengah pula).
Sebelum meneruskan Soalan ini Mr J nak minta maaf banyak - banyak kerana Soalan ini agak mencabar sedikit dan pastikan anda atas daripada 18tahun.
Soalan ini adalah soalan yang terpendam lama pada hati seorang lelaki.
- Bahagian lelaki manakah yang dilihat dari segi pandangan mata seseorang wanita adalah seksi?
- Adakah wanita suka tengok lelaki berbadan sasa ?
- Kenapa wanita bila shopping ambil masa berjam - jam? kalau lelaki kejap je tak sampai 15minit.
- Suka tak kalau perut boyfriend anda boroi?
- Kenapa wanita bila makan suka ambil nasi sedikit je..
- Wanita kalau bergaduh main tarik rambut ... peliknyer..
- Kenapa orang wanita tak nak terus terang je bila dia suka kat seseorang tu.
- Kenapa warna PiNK sering dikaitkan dengan wanita
- Wanita risau sangat pasal berat badan dan kalau boleh taknak berisi sedangkan sekarang lelaki banyak suka yang gebu gebu...montel...
- Kalau diberi pilihan memilih yang mana satu anda pilih ? Hodoh atau Hensem ( macam Mr J ).
- Wanita suka lelaki Tempatan atau Luar Negara macam dabid bikam dan liurnado kapitpior.
- Kenapa wanita suka jawap soalan seperti di atas dengan jawapan " kalau sudah jodoh i terima jelah" .