Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2010.
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini merangkumi kursus persediaan selama satu tahun enam bulan dan latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang yang dipilih.
Program Latihan
- Kementerian Pelajaran hanya menawarakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi KPLSPM Ambilan Jun 2010 ini.
- Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta;
- Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Ujian INSAK
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
- Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
Cara Memohon
- Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2010.
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Tarikh-tarikh Penting
8 Februari | - Permohonan dibuka | |
28 Mac | - Permohonan ditutup | |
20 April | - Semakan temu duga | |
25 April – 7 Mei | - Temu duga | |
14 Jun | - Keputusan Permohonan | |
28 Jun | - Pendaftaran |
Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan.
Pendaftaran
- Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 28 Jun 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
- Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
Ikatan Perjanjian
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
Maklumat
- Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2010 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
- Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 3, BLOK E13, PARCEL EKOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)Telefon : 03 8884 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228
- URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabahd/a Institut Pendidikan GuruKampus GayaPeti Surat 1049188805 Kota Kinabalu,SabahTelefon : 088 236804
- URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan SarawakJalan College93259 Kuching,SarawakTelefon : 082 258045
2 comments:
Salam ziarah ke blog nie...Gua dah tak boleh mohon dah...dah berlalu semua nie...hehehe
been thru dis before...
hehe
Catat Ulasan