|
|
Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria berkata, adalah wajar demi kepentingan awam untuk menahan semula pelakon itu bagi membolehkan orang lain yang terbabit dengan tertuduh dalam aktiviti dadah dapat ditahan.
"Tidak ada keterangan afidavit oleh pemohon untuk menunjukkan bahawa siasatan polis tidak diteruskan secara serius. Hujahan pemohon adalah salah faham usaha murni pasukan polis untuk membendung gejala berkaitan aktiviti dadah," katanya semasa membalas hujahan peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad. sumber
Permohonan ‘habeas corpus’ Benjy diputuskan 5 Mei
KUALA LUMPUR – Aktor Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, yang ditangkap semula dan ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, akan mengetahui pada 5 Mei sama ada Mahkamah Tinggi akan membenarkan permohonannya bagi writ ‘habeas corpus’ memohon pembebasannya dengan segera.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak menggulung hujah selama tiga hari, hari ini.
Pada 8 April, Benjy memfail permohonan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, dan kerajaan sebagai responden, dan juga memohon perintah bahawa beliau tidak akan ditangkap semula selepas pembebasannya.
Benjy, anak lelaki tunggal aktres veteran Azean Irdawaty, mengaku tidak bersalah memiliki 0.24gm methamphetamine di sebuah rumah di A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac.
Beliau dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin tetapi selepas Azean membayar jaminan, Benjy ditangkap semula kerana tuduhan terlibat dalam pengedaran dadah.
Benjy, 32, telah ditahan selama 33 hari di lokap balai polis Bukit Jalil. – Bernama
*tak cukup ke duit jadi pelakon?
Salam ceria ,
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
2 comments:
hadoi. kesian mak dia. menghadapi anak bermasalah. dah lah mak dia sakit. huhu
nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Pendapat korang tentang background baru
gemuk benjy sebab banyak makan dadah
Catat Ulasan