Bagi pengetahuan semua , Mr J telah memerhatikan sebilangan gelagat wanita dan lelaki dalam tempoh sebulan daripadalah waktu masuk kerja sehingga balik kerja . Dan ramai juga yang kurang menyenangi perangai Mr J yang dikatakan agak berubah sebab asyik perhatikan orang sahaja macam nak makan orang pun ada.
Tetapi setelah 24 haribulan maka genaplah sebulan kajian yang dijalankan secara persendirian dan sulit ini dan juga semalam Mr J telah memberitahu beberapa wanita dan lelaki ( responden di tempat kerja Mr J ) mengenai keputusan yang dikeluarkan hari ini . Tetapi sebelum itu Mr J nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa ataupun yang merasakan diri itu terasa dan yang merasa ..haihhh banyak pula terasa merasa nih~
1: Waktu masuk kerja :
Waktu masuk kerja bagi majoriti wanita adalah lebih memuaskan berbanding pekerja lelaki kerap kali terlewat walaupun hanya sekadar lewat 2-5minit. Tetapi di atas kelewatan masuk kerja ini , kaum lelaki bila dah duduk di meja kerja sendiri akan terus melakukan kerja dan berbeza pula bagi kaum wanita . Bagi kaum wanita pula , mereka akan mengambil masa selama 30minit untuk bersolek tengok cermin dan barulah mereka boleh tumpukan perhatian untuk memulakan satu tugasan.
2: Tandas
Tandas dan wanita memang sinonim sekali dalam kajian Mr J kali ini dan hampir 1/2 wanita akan ke tandas bila waktu sejam sebelum waktu makan tengahari dan sejam waktu sebelum balik kerja . Pelik bukan? . Bagi golongan lelaki pula kurang sikit pergi tandas .
3: Lesap @ Missing in Action
Yup! Lesap , golongang lelaki mengunguli carta paling selalu lesap tapi jenis lesap macam " chipsmore "
4: Intercall atau Mengumpat
Dan sudah diramalkan , golongan wanita adalah juara kategori mengumpat selama berkurun , dan mereka sudah tahu untuk mengaplikasikan telefon " intercall " di office dengan beborak melalui telefon intercall dengan rakan wanita yang lain yang jaraknya hanyalah 3 langkah di belakang. ( kalau bos limpas , bos ingat dorang layan pelanggan call ).
5: Pekerja Lelaki selalu termenung
Ramai pekerja lelaki selalu kelihatan rajin bekerja tetapi itu hanyalah jika dilihat daripada luaran sahaja , percaya atau tidak majoriti mereka adalah dalam keadaan termenung atau fikiran melayang entah kemana , ( fikir pasal awek, fikir pasal duit , fikir pasal bayar loan dan macam - macam ).
Jadi itu adalah sebahagian kecil sahaja yang mampu Mr J buat dan ada banyak lagi prilaku wanita dan lelaki terutamanya di tempat kerja contohnya wanita " senyum di depan tetapi benci dibelakang " ha.. apakah itu? Teruskan bersama www.pengeRindu.com dan mungkin akan datang Mr J akan ceritakan mengenai kisah " senyum di depan tetapi benci dibelakang " atau lebih dikenali cakap belakang atau nama saintifiknya adalah Mengumpat ".
Jadi itu adalah sebahagian kecil sahaja yang mampu Mr J buat dan ada banyak lagi prilaku wanita dan lelaki terutamanya di tempat kerja contohnya wanita " senyum di depan tetapi benci dibelakang " ha.. apakah itu? Teruskan bersama www.pengeRindu.com dan mungkin akan datang Mr J akan ceritakan mengenai kisah " senyum di depan tetapi benci dibelakang " atau lebih dikenali cakap belakang atau nama saintifiknya adalah Mengumpat ".
Salam ceria ,
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]
6 comments:
Kikikiki
betul lah tu :D
mmg itulah realitinya
@Kie-yu.
setuju?
funny... tapi ada jugak kebenarannya ye
@no-nonsense mom.
pelik tapi benar, salam kenal./
Hai...Mr.J. camne plak gelagat bos laki n prempuan...??? leh wat research x..??? ;-)
@yukie.
hai yukie , nanti Mr J cuba usahakan skodeng Bos wanita dan lelaki pula.. apa yg dorang buat.. risiko nih.. hehe.
Catat Ulasan