Apa khabar semua pembaca dan pengujung setia pengeRindu dan semoga sihat selalu , bukan senang hendak mengambil gambar bersama seorang yang badannya dipernuhi dengan corak tattoo dibadan dan mungkin ramai yang gerun jika melihat seseorang itu dipenuhi tattoo dibadan .
Tetapi tidak dengan Mr J ( manakan tidak , sebangsa dengan Mr J ... ) . Mr J nak bagi satu soalan dengan anda , " apakah yang anda akan buat jika seorang itu menegur anda dalam masa yang sama anda terperasan bahawa badannya dipenuhi tatoo?" . Mesti anda akan lari ataupun "kecut perut" .

Tetapi tidak jika anda ke Sarawak , di sinilah ramai artis - artis Tattoo dilahirkan seperti Ernesto dan ramai lagi . Jangan terkejut bila anda datang bercuti di Sarawak anda melihat ramai sangat bertattoo sehingga penuh dibadan.
Dan daripada cerita orang Tua Mr J , mereka mengatakan sekiranya seorang anak Iban tidak memilikki Tattoo ( Khasnya tattoo tradisional ) maka dia akan digelakkan dan diejek sebagai " lelaki lembut" dan tidak layak untuk berkahwin dan gadis - gadis akan mengejeknya juga.
Satu sahaja Mr J ingin ingatkan anda semua mengenai satu perkataan yang dianggap sangat buruk tetapi tinggi nilai maksudnya di Sarawak iaitu " Keling " , perkataan Keling adalah bermaksud Pahlawan Iban yang telah berjaya memengal beberapa kepala musuh.
Pernahkah anda lihat artis yang bertatu daripada Sarawak yang selalu keluar drama ? jika belum anda boleh mengenali lanjut beliau. Tattoo yang dibuat mengunakan amalan dan peralatan tradisional adalah lebih bernilai tinggi darjatnya kerana itu membuktikan kekuatan dan kelelakian mereka .
Jika dahulu Tatu yang diungkir dibadan Masyarakat Iban mempunyai semengat tersendiri berdasarkan jenis ukirannya.
Jika dahulu Tatu yang diungkir dibadan Masyarakat Iban mempunyai semengat tersendiri berdasarkan jenis ukirannya.
Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
3 comments:
hei , i have that tattoo of " bungai terung " and i make it at kapit .
bestnya sarawak penuh budaya ...bile agknya dpt ke sana
@kasihkuamiera .
jangan lama2 .. cepat selagi Mr J masih di Sibu Sarawak. hehe boleh bawa jejalan. tak nak di bandar. Xpdc jungle tracking ke..
Catat Ulasan