* Mr J dah malas nak cerita panjang lebar mengenai kes buang bayi ini seperti dah lali bila baca kes buang bayi . Teruk sungguh Negara kita? Bagaimana pula pandangan Negara lain jika membaca kes ini ?
|
INILAH bayi perempuan yang ditemui selepas dibuang di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, Nibong Tebal semalam. |
NIBONG TEBAL - Seorang bayi perempuan berbalut surat khabar dan plastik ditemui ditinggalkan di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.56 itu, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan dan ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal di rumah kedai itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) di sini untuk pemeriksaan lanjut.
"Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemui bayi perempuan yang masih bernyawa di kaki lima bangunan rumah kedai yang dijadikan tempat tinggalnya.
"Dia kemudian bertindak membawa bayi berkenaan ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat kira-kira 2.58 kilogram itu sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan pada badan," katanya.
Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang nota ditinggalkan bersama-sama bayi yang ditemui itu. kosmo
Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
6 comments:
alamak, kampungku..
sedih betullah
sampai bila cerita mcm ni nak berlaku :(
Rozana.... kaulah gadis idamanku... perhh.. nama macam lirik lagu.. " kebetulan "
Kie-Yu... berita pasal ni takkan habis sampai bila bila kite tuggu bulan selanjutnya gerenti ada kes buang bayi lagi..
btw: i dah email u.
Tak tahu nak cakap apa lagi. tetap berlaku jg buang bayi.
nape la dyornag ni..
seronok nak..
tapi tak pernah pikir akibatnye..
mengandung..pas2 bersalin.
bayi kena buang..
huhuh
Catat Ulasan