Tahukah anda apa itu MIRC ? mungkin bagi individu yang lahir dalam tahun 80an ke atas mungkin pernah bersembang dalam laman MIRC dan dahulu server yang sangat popular suatu ketika dahulu adalah server Webnet ( irc.webchat.org port 6667 ) dan bila zaman kejatuhan empayar kaki - kaki chatting di dalam server Webnet atau Webchat maka ramai ahli - ahli chatters berpindah ke server baru iaitu Dalnet .
Suatu zaman kemuncak pada era awal 90an dan penghujung 90an , Mr J sempat menerima jemputan untuk gathering channel di Mirc . Satu lagi , di Mirc anda boleh menbina atau menubuhkan "channel ataupun room" anda sendiri dan yang tetap popular hingga sekarang adalah channel #Kampung tidak kira di webnet ataupun Dalnet.
Tidak hanya pada itu juga , kegilaan untuk mendapatkan kuasa di dalam sesebuah channel juga selalu berlaku dan pangkat kuasa di dalam sesebuah channel adalah dengan mendapat simbol @ yang bermaksud Operator dan juga admin channel , dengan mempunyai simbol @ atau pangkat di hadapan nama samaran seseorang itu maka ia mempunyai kuasa untuk menendang individu keluar daripada channel atau bilik sembang . Selain Operator iaitu simbol @ , disesebuah bilik sembang juga mempunyai simbol + seperti contoh +kambeng yang memberi maksud individu tersebut berhak untuk bersuara ataupun chat di ruangan sembang sekiranya bilik sembang tersebut di moderate.
Tidak hanya satu platform untuk bersembang di alam maya , ia juga sering disalah gunakan seperti penipuan yang melibatkan nilai dan juga yang melibatkan perasaan ( cinta internet ) .
Channel Flood juga sering dilakukan oleh chatters yang ingin mencuba Mirc Script mereka sendiri iaitu dengan mengubah beberapa kod aturcara didalam files Mirc . Seperti gambar dibawah:

Pelbagai jenis perniagaan dapat dikembang dan dipromosikan di dalam Mirc , bukan itu sahaja malah ramai chatters dapat menjadi usahawan dengan menjual Psybnc , sell iaitu sejenis ataupun host untuk membenarkan nickname mereka berada didalam sesebuah channel untuk sekian waktu dan juga digunakan untuk men'takeover'kan channel tersebut bukan itu juga penggunaan "bot -bot psybnc" juga banyak disediakan dengan harga tertentu iaitu fungsi utama bot kaku adalah untuk menampakkan bahawa channel atau bilik sembang tersebut ramai tetapi kesemua nickname itu adalah bot kaku atau bot pacak.

Dan sekarang zaman Mirc hanya tinggal kenangan dan ramai yang telah bersara dan sekali sekala menjenguk ke alam Mirc maka dapat dirasai kembali zaman remaja dahulu . Mungkin Chatters Sejati mirc sekarang dah banyak berumah tangga dan ada yang pindah ke laman lain seperti Blog.
Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
5 comments:
Rindu zaman Mirc.. bila on Mirc rasa cam muda balik... best2... tapi xsemeriah dulu. bot pacak je yg banyak. chatters real xada.
ohhh...teringt zmn dolu2..
@Kaseh NazLieza . wah.. Kaseh pun layan Mirc jgk ke dulu...
oowh..gitu..tp aku tak pandai ar guna nie..dulu pernah tgk orang guna..sekarang.bila intsall..tak tahu ..ehe
@Amir Izzat .
Sekarang dah tak ramai main benda ni lagi.. generasi adh berubah...
Catat Ulasan