Hari ini merupakan Hari Lahir Mr J yang ke 24 ( muda lagi ) , dan hari ini cukup bertuah selepas bertahun tidak menerima hadiah akhirnya pagi tadi Mr J menerima sepucuk surat daripada Nuffnang . Hadiah berbentuk Cek bernilai bawah RM100 .
Opps.. sebenarnya itu bukan hadiah tetapi adalah Cek daripada Nuffnang hasil titik peluh jari jemari ini berkhidmat dalam weblog pengeRindu.com , tak sia - sia Mr J berblogging dan mendaftar dengan Nuffnang dan kebetulan juga cek nuffnang sampai pada 23 September ( bersamaan dengan harijadiku , kira hadiahlah tu ).

Jadi kepada anda diluar sana jangan mudah putus asa bersama Nuffnang ( Mr J dahulu pernah putus asa dengan nuffnang , yerlah 6 bulan bersama income baru RM2 ), kerana Mr J juga pernah menjadi seperti anda dahulu , kita semua bermula daripada bawahan dan Mr J tetap masih lagi banyak benda untuk dipelajari. Dan untuk pengetahuan semua ini adalah cek yang ketiga Mr J terima daripada Nuffnang.com .