Seperti yang dijanjikan oleh Mr J dengan liputan khas daripada Sarawak amnya dan dikawasan Sibu serta kawasan yang berhampiran dengan Sungai Rajang . Fenomena jutaan tan kayu balak dan kayu hanyut yang dipercayai ( dari sumber lisan orang ramai) daripada Empangan Bakun yang telah siap dibina serta memulakan operasinya percubaannya hari ini.
Sungai Rajang yang merupakan Sungai yang terpanjang di Malaysia telah dicemari oleh bokah - bokah kayu yang sangat besar sehingga menjejaskan aktiviti air seperti pengangkutan air serta menyebabkan kerugian kepada sebilangan Nelayan yang mencari sumber di Sungai tersebut.
Sungai Rajang yang merupakan Sungai yang terpanjang di Malaysia telah dicemari oleh bokah - bokah kayu yang sangat besar sehingga menjejaskan aktiviti air seperti pengangkutan air serta menyebabkan kerugian kepada sebilangan Nelayan yang mencari sumber di Sungai tersebut.
Di Kawasan Terjejas Terus bahagian Kapit Sarawak.
Bot Ekspress tergendala.
Jutaan Bokah Kayu.
Kebetulan Mr J berada di lokasi berhampiran Sungai Rajang terus bergegas ke tempat kejadian dan mengejutkan sebilangan Ramai penduduk di sekitar sungai Rajang seperti di Bandar Sibu apabila melihat Fenomena yang tidak pernah terjadi kepada Sungai Rajang yang menjadi nadi kepada penduduk sekitar meraih rezeki serta membantutkan segala perjalanan yang melibatkan Bot - bot Ekspress .

Mr J terkilan dengan apa yang terjadi dengan Sungai Rajang , seumur hidup Mr J malah seumur hidup Pulau Borneo khasnya tidak pernah terjadi kejadian bokah kayu balak yang bergitu banyak sehingga sedikit lagi menutupi permukaan Sungai Rajang.

Mr.J berada di tempat kejadian . - Warp Ulu Lanang Sibu
Puncanya adalah apa? Pembalakkan Haram Sehingga memusnahkan ekosistem hutan dan tanah runtuh ataupun Empangan Bakun ? Semoga Kejadian ini berhenti setakat hari ini sahaja dan tidak akan berterusan selamanya apabila Empangan Bakun siap sepenuhnya . Sekiranya Empangan Bakun pecah nescaya Separuh daripada Negeri di Sarawak akan tengelam .