Salam ceria dan salam sejahtera kepada semua pembaca pengeRindu dan semoga sihat , sedar tak sedar kita dah semakin ke penghujung dunia tahun 2010 dan semestinya banyak yang menarik serta tak tinggal pula yang berduka dan juga yang bertuah dalam tahun 2010 .
Jangan lupa untuk menjadi pengujung setia di pengeRindu.com kerana setiap tahun Mr J akan mengupas segala Isu Panas dan sedikit ringkasan daripada Awal Tahun ke Hujung Tahun seperti tahun lepas majoriti yang panas adalah kes perceraian artis dan tahun ini apa pula ? jadi tunggukan kupasan pada akhir December ini. Opps, Mr J bukan nak cerita pasal artis - artis kali ini dan jauh sekali membincangkan mengenai Gambar Palsu si Nabil & Qasha , biarlah yang sudah itu berlalu dan kita bukannya berkuasa untuk menghukum manusia.
Blog , ya ramai yang sudah mempunyai blog tidak kiralah samada blog persendirian ataupun blog berkumpulan [ lebih dari 2 orang penulis blog ] tidak kurang hebat pula saingan pelbagai blog catatan atau "note blog" yang lebih kepada catitan harian ataupun jadual .
Ramai pemilik blog masing - masing memilikki kebolehan tersendiri dalam mencantikkan serta membuat sedikit atau banyak gubahan dari reka bentuk hiasan blog asal sehingga menjadi lebih menarik . Tidak lupa juga kepentingan pengunaan pelbagai widget mampu menarik perhatian lebih ramai para pengujung dan juga pembaca tetapi sekiranya anda mengunakan banyak widget seperti mana zaman anda menghiasi profile myspace ataupun zaman friendster anda Mr J sarankan supaya pilihlah widget yang merupakan keperluan blog ataupun yang penting sahaja.
Floating Image dan juga Floating Chatbox juga kadang - kala mampu "merimaskan" sebilangan pengujung yang ingin memberikan komen ataupun ulasan mengenai artikel anda , pernah satu ketika Mr J melakukan blogwalking dan terpikat dengan satu entry yang dibuat oleh blogger tersebut tetapi malang sekali kerana setiap kali nak tekan post a comment setiap kali itulah floating image mengangu arrow mouse Mr J untuk menekan comment dan akhirnya ia membatalkan hasrat Mr J untuk meninggalkan komen dan sudah tentu pengujung lain juga akan berbuat demikian .
Apai Dom di Gunung Kinabalu Sabah dengan T-Shirt exklusif pengeRindu.com
Bukan itu sahaja , autoplay music juga sedikit "mencemarkan" aktiviti para blogger untuk melakukan blogwalking , kita tidak tahu dimana lokasi serta apakah persekitaran para pengujung yang bakal melayari blog kita dan kebanyakkan para blogger suft daripada tempat kerja dan sudah tentu mereka inginkan privacy ataupun senyap [ kalau bising nanti bos keluar dan kantoi tengok tengah blogging ] , bayangkan sekiranya pengujung anda tengah melayari blog anda tertiba ada lagu rock metal terpekik daripada blog anda dan lebih malang sekali sekiranya anda tiada menyediakan butan untuk stop kan lagu tersebut , dan cara lebih senang adalah menekan butan [X] pangkah pada browser mereka dan terus keluar daripada blog anda.
Dan akhir sekali kita berblogging adalah untuk kepuasan diri sendiri dan sila abaikan sekiranya artikel ini tidak berguna bagi anda , tetapi biarlah artikel ini diwujudkan kemungkinan berguna kepada para blogger yang lain .
*Gambar Hiasan 1 : Feliciah Jenih
*Gambar Hiasan 2 : Apai Dom
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
5 comments:
sangat tak suke yang autoplay music bile buka blog..memang semak..
regards,
Sofia Smiley
@smiley.
betul tu smiley..
Hi Mr J!
How r u?? :D
Dlu pnah gk ltk widget autoplay music. Terikut-ikut. Org letak, nk ltk jgk. Lelama rs mcm annoying gila lagu tu yg autoplay, tros remove! Hihi~
@Fathiha Zainal.
Hai Fathiha.. im ok , macam biasalah.. hehe..
betul tu mmg autoplay music annoy' tapi terpulanglah pada kehendak individu.
@Suhaimi Bin Mohd Said.
sama2 untuk dikongsi
Catat Ulasan