Hujung tahun bakal tiba maka awal tahun baru akan muncul , bagi orang yang melakukan kerja seperti berkaitan dengan kawalan stok , akautan, audit dan sebagainya maka hujung tahun adalah suasana yang paling menyakitkan serta bakal membuatkan individu tersebut hilang punca arah dan tujuan . [ ceweah.. ]
Mana tidaknya , segala yang direkodkan mestilah betul dan sekiranya ada ' terlebih atau berkurang' maka berjawaplah dengan pengurus.
Itulah kisah Mr J kali ini dan selepas genap tahun 2010 maka hujung tahun inilah bakal menjadi perhitungan hidup dan mati Mr J dalam menguruskan segala tranksaksi keluaran dan kemasukkan sesuatu bahan ataupun benda di Syarikat .
Inilah pertama kali Mr J memengang "watak" sebagai penyiasat syarikat untuk mencari segala "aset company" seperti contoh kolkulator dan semua jenis barangan milik Syarikat dari sekecil zarah bakteria antrak hingga ke sebesar bumi . [ huh~ itu belum lagi termasuk yang yang ditimbang kilo oleh pekerja yang gila - gila ].
Arrrrrgghh.. tensionnya hidup ini , bilalah Kerja Kosong Kerajaan memanggil Mr J dan sekarang dah masuk tahun ke 3 mengisi borang SPA8 sampai kehari ini masih tidak ada rezeki. [ ingin juga merasai duit goverment ].
Hidup mesti diteruskan juga , kerja mesti dilakukan juga dan tembak menembak antara staff bahagian section lain bakal berlaku bila auditor datang , mana taknya barang itu hilang dan lesap , siapa yang kena ? Mr J juga yang kena tembak dengan senapang gajah. [tak mengapa , mungkin itulah dugaan hidup , pengalaman mendewasakan kita yerr ke? ].
Gaji ? huh nak cakap pasal duit gaji untuk december lagilah pening kepala , semua habis untuk hutang moto , topup , Christmas , New Year Eve dan segala yang berkaitan dengan.. dengan.. akulah. Nak harapkan Nuffnang jangan citerlah , lambat sangat nak kaya itu belum lagi 4d toto xjuga kena - kena [ kantoi ] .
Anda pelik dengan entry ini? dah macam entry diari kehidupan jejaka kesepian yang kerunsingan pulakan. Itulah dikatakan bukan sekadar weblog biasa.
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
0 comments:
Catat Ulasan