Carol Yadger adalah wanita pertama yang paling berat di dunia dan juga dalam sejarah manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg . Kerana masalah lebihan berat badan yang melampau maka dia telah dijangkiti pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga menyebabkan Carol dimasukkan ke hospital kerana tidak mampu untuk berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34 tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ berfungsi kerana lebihan lemak.
Dan yang kedua pula adalah milik lelaki yang bernama Jon Brower Minnoch , berat badannya 132 apabila berumur 12 tahun dan pernah dimasukkan ke hospital dan dalam rawatan di hospital Jon berjaya menurunkan berat badan tetapi selepas keluar daripada rawatan di hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4 kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.
Manuel Uribe mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di kantil selama 8 tahun setengah daripada 2001 sehingga 2008 dan sekarang Manuel dalam proses penurunan berat badan yang ketara.
Walter Hudson yang dilahirkan di Brooklyn, New York mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu " makan apa sahaja dan nikmatilah" , Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan bilik untuk tujuan menyelamatkan Walter.
Rosalie Bradford mempunyai hobi iaitu hobi makan sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14 tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg apabila berumur 15tahun , berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak 544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali atas sebab tekanan daripada berat badannya dan pada umur 63 tahun Ros meninggal dunia.
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
3 comments:
hidup utk makan,bukan makan utk hidup... :}
@chres87.
Makan untuk hidup macam best je..
aikk.. mcm pelik jak ayat tue..
"makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.." br ngam.. hehee.. peace ^^
Catat Ulasan