Kisah cinta berbeza agama itulah yang disampaikan oleh sebuah Cerita yang bertajuk 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta yang baru sahaja Mr J download . Kisah itu telah membuatkan Hati Mr J sedikit "sebak" kerana jalan ceritanya sedikit mirip kisah Mr J suatu ketika dahulu.
Mr J sendiri penah mengalami perbezaan Agama sewaktu bercinta pada suatu ketika dahulu dan sememangnya sudah diketahui bahawa suatu hari nanti "perpisahan" bakal menjelma.
Kisah Mr J bermula..., mula mengenalinya sehingga kami mulai akrab dan semakin serasi bersama sehingga pada satu ketika kami memutuskan untuk bercinta dan disaat itu bermulalah kisah cinta perbezaan agama terjalin diantara Mr J dan juga gadis tersebut.
Saksikan Kisah Cinta 2 Agama.
Meskipun kami masing-masing mengetahui suatu ketika nanti kami terpaksa menghadapi sebuah perpisahan yang sangat mem
ilukan terjadi .

Setiap kali berjumpa kami cuba untuk tidak berbicarakan tentang agama masing - masing dan setiap kali itulah sebuah kisah cinta kami berjalan dengan lancar sampailah satu saat ...
Salah seorang daripada kami harus ketal dan cekal untuk mengundurkan diri demi Agama masing - masing supaya tidak terjadi "Murtad" diantara Agama masing - masing . Itu adalah sebuah pengorbanan Cin
ta Mr J.
Berlinangan airmata bila masing - masing terpaksa bersetuju untuk menerima perpisahan tersebut , kedua - dua saling masih cuba untuk membuat keadaan seperti sediakala sebelum percintaan tetapi tidak mungkin dapat melupakan kerana kisah itu sangat berat untuk dilupakan.
Semua itu kisah silam 7 tahun dahulu sewaktu Mr J masih menuntut di sebuah kolej swasta . Sekarang itu semua telah menja
di sebuah kenangan yang indah dan juga sedih Mr J , apa yang Mr J minta adalah semoga "dia" berbahagian dengan pasangannya sendiri.
Adakah anda juga pernah berada dalam situasi yang sama dengan Mr J? .
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
0 comments:
Catat Ulasan