Lagi sekali kejadian kes bunuh berlaku di kampung Mr J iaitu Sibu, Sarawak. Punca Samun? belum dikenalpasti.
SIBU: Lima kesan tikaman termasuk empat di dada dan satu di leher dipercayai menggunakan pisau ditemui pada tubuh seorang wanita yang menanggung azab lebih sejam sebelum menemui ajal di Jeti Maling, berdekatan Dataran Sibu Fasa II, malam kelmarin.
Mangsa dipercayai diserang sebelum diheret ke dalam semak di kawasan itu.
Sebelum kejadian, mangsa, Chiew Ming, 40, bersendirian menunggu feri untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Bidut, sebaik selesai kerja, jam 8 malam.

Mangsa yang menetap di Jalan Chong Sang, di sini, dan masih bujang menunggang motosikal berhenti di jeti terbabit sebelum diserang individu tidak dikenali.
Sumber berkata, ketika diserang, seorang wanita yang melalui tempat kejadian terdengar suara individu menjerit meminta pertolongan.
Berikutan itu, dia yang dibantu orang ramai kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hmetro
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
0 comments:
Catat Ulasan