Mimpi pertama Mr J pada tahun 2012 cukup mendebarkan emosi dan boleh membuat jantung berdegup kencang kerana Mr J bermimpi tiga adegan sekaligus dalam 1 malam. Mr J tak mahu membuat apa - apa taksiran mengenai mimpi ini kerana itu adalah "mainan tidur" .
Mimpi pertama Mr J adalah mengenai mahluk asing datang menyerang penduduk di Malaysia khasnya di Kuala Lumpur . Mr J menjadi saksi kepada kemusnahan menara berkembar KLCC dan juga beberapa bangunan yang lain. Mr J sempat membuat sedikit gambaran mimpi tersebut.

Ilutrasi seperti yang digambarkan dalam mimpi Mr J .
Mimpi kedua adalah sewaktu Mr J berjalan kaki untuk pulang kerja , sebuah kereta polis membawa seorang penjenayah yang sangat berbahaya dan Mr J sempat untuk melihat muka penjenayah tersebut dan tersangatlah bengis tetapi Mr J buat tak kisah je. Setibanya Mr J di perkarangan rumah dan kedengaran keriuhan di kawasan tadi dimana penjenayah tersebut terlepas daripada jagaan pihak polis , sedang Mr J leka dirumah Mr J terlihat kelibat penjenayah tersebut sedang mengasah pisau di sebalik pintu dapur Mr J , Mr J Panik dan secara diam - diam mendekati pintu dapur dan terus menarik pintu serta mengunci sepantas kilat.

Blog ondscene cukup mendebarkan!
Kelihatan orang ramai di sekitar perumahan Mr J riuh dengan adegan penjenayah melarikan diri dan telah mencederakan seorang wanita pejalan kaki sehingga menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Mimpi ini mungkin disebabkan Mr J kerap membaca blog - blog yang memaparkan jenayah dan juga kemalangan on d scene seperti blog Mazidul dan juga OndScene .
Mimpi yang ketiga adalah kemungkinan Mr J terlalu aktif sangat melayari dan membaca isi hati seorang bloggers wanita tempoh hari , bloggers wanita tersebut dahulunya sungguh riang dan penuh dengan kegembiraan tetapi kini segalanya seperti kesedihan setiap kali Mr J mengunjungi Blognya malah Mr J pernah memenangi hadiah dengan menyertai kuiz yang disediakan pada 2 tahun yang lepas.
Bloggers tersebut telah kehilangan suami tercinta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Baiklah mimpi ini betul - betul membuatkan Mr J terasa sebak . Mimpi Mr J bergini..
Bloggers wanita serta "suaminya" tersebut ingin menyambut tahun baru 2012 di Kuala Lumpur tetapi kesemua hotel telah habis ditempah , maka secara tidak dirancang Bloggers tersebut menghubungi Mr J dan menyatakan ingin menumpang sampai pagi di rumah sewa Mr J maka Mr J pun menerima mereka.
Sebaik sampai dirumah Mr J , Mr J pun menunjukkan bilik untuk mereka Bloggers wanita tersebut berborak dan berceritakan mengenai perjalanan dan kisah hotel telah penuh ditempah tetapi yang hairannya si suaminya tidak mengeluarkan walau 1 patah perkataan dan hanya duduk dan senyum . Melihat mereka berdua kepenatan Mr J pun ke dapur untuk membuatkan air kopi . Malangnya kisah mimpi ini tidak sampai ke penghujungnya ..
Mr J memohon maaf kepada bloggers wanita tersebut kerana termimpikan beliau dan arwah suaminya.
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
6 comments:
mimpi yang sungguh mnakutkan...
mungkin ader hikmah disebalik mimpi tu..
[GiveAway] Penanda Buku Khairul Fahmi dan Kalendar 2012 The Red Warriors
@Fakhruddin Aziz.
Kenapa kita manusia bermimpi?
mimpi jumpa bunian 2 kali semalam pernah gak.. tapi mr j punya mimpi lagi dashyat.
@Ika.
Minta nom ekor x?
:)
Hehe..sofia tak sangka sofia blh menjelman dlm mimpi tu..dan utk pengetahuan Mr J, mlm tuh, memang sofia ada mimpi dalam sebuah perjalanan menaiki bus..tapi mimpi sofia, suami sofia takde..cuma hati sofia time tuh excited nak jumpa suami sofia..
semuanya kebetulan kann..
alangkah seronok jika mimpi mrj tuh memang realiti..
regards,
Sofia
@Isteri kepada Suami.
Kebetulan sangat , sorry sebab terbawa dalam mimpi Mr J . btw Mr J harap Cik Sofia ceria macam dahulu .
Catat Ulasan