SIBU – Hari ini akan menjadi penentu kepada 12 orang penyanyi lagu Iban untuk merebut gelaran juara lagu terbaik Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 2011, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM5,000.
AJARR kali kelima yang pertama kali diadakan di Dewan Suarah Sibu di sini akan berlangsung pada pukul 8 malam ini dan siaran secara langsungnya boleh didengari menerusi stesen radio Cats FM.

Menurut salah seorang penyanyi yang bakal bertanding dan cukup terkenal dengan lagu irama tradisional Iban, Jennarino Jeraki, 39, AJARR 2011 lebih sengit kerana ramai penyanyi baharu turut bertanding.
“Saya pernah masuk bertanding AJARR pada 2002 dan kali ini saya lihat pertandingan lebih hebat berbanding sebelum ini. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Sungguhpun begitu saya tetap berlatih untuk memberi yang terbaik,” ujarnya.
Pada pertandingan itu, Jennarino akan mendendangkan lagu berjudul Berkayuh Langkan (Berdayung Perahu) ciptaan salah seorang penyampai radio Cats FM, Maxwell Franklin Saran.
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
0 comments:
Catat Ulasan