Kisah Persakit dari Hospital Kapit yang dibaringkan di kaki lima "Wharf Express Sibu" menunggu Ambulans dari Hospital Besar Sibu.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Gambar Berikut adalah sebuah kisah yang mendapat perhatian daripada pengguna - pengguna facebook majoriti daripada Sarawak.

Pesakit dipercayai dibawa menaikki bot express dari Kapit ke Sibu, Sarawak untuk dihantar ke Hospital Besar Sibu . Sesampainya di Wharp Sibu , pesakit hanya diletakkan dikaki Lima jalan untuk menunggu Ambulans dari Hospital Besar Sibu.


Gambar Penuh Sila Rujuk dari fb Narok Ukin.
Gambar Penuh boleh dirujuk di 1 Suara Sabah

Sarawak mampu untuk melobi dan telah membina 2 Empangan bernilai Trillion Ringgit dan dijangka 12 Empangan akan dibina di Sarawak. Trillion ??? .

Kapit Hanya dapat dihubungkan dengan pengangkutan Air Sahaja dari Bandar Sibu , perjalanan mengambil masa lingkungan 2 1/2 Jam.

Andai Empangan mampu dibina inikan Jalan tidak mampu, Jangan risau ini cuma keluhan penduduk Kapit yang 'baru' sahaja dijanjikan selama 30 lebih tahun dahulu..

Dibawah ini adalah beberapa cadangan yang diberi daripada para pembaca pengerindu.com di facebook page.
Jangan Tunding Jari kepada Jururawat yang escort pesakit tersebut kerana ini salah Kerajaan Negeri yang tidak mampu menyediakan Prasarana yang baik seperti Hospital Kapit yang tiada kemudahan Doktor Pakar , kemudahan peralatan pembedahan dan sebagainya.
Setkan sebuah or ke tiga buah boat khas untuk kes2 emergency sekiranya jalan raya belum lagi dibina & Bina sebuah bilik khas utk menunggu bagi org2 yg tidak mampu/sakit. sediakan katil or wheelchair. - Fera Hanxxxx
Sangat menyayat hati,masa untuk bertindak dalam melakukan perubahan pada sekala besar. Hanya rakyat Sarawak yang dapat menentukan bila masanya perubahan itu patut dilakukan. Tuntut hak anda. Adakah ini yang anda mahu selepas pelbagai cukai kita tanggung? Tepuk dada tanya selera. - Komen ini xbias pada mana-mana parti politik. Mana-mana wakil rakyat yang malas, anda xlayak duduk di kerusi wakil rakyat kami. - Genexxxxx
Mr.J tidak menunding jari kemana - mana ahli mahupun mana - mana parti politik dan ini sebenarnya adalah sebahagian kisah kesusahan rakyat luar bandar di Sarawak .

Kadangkala mereka iaitu si pesakit terpaksa berjalan ataupun mengharungi jalan dalam lingkungan 1 - 2 hari untuk sampai ke Hospital tetapi terpaksa lagi menunggu dan dihantar ke Hospital besar sekiranya tiada pakar - pakar atau kekurangan doktor yang bertauliah di sesebuah Hospital tersebut.

Inilah Kisah yang Nyata berlaku di Sarawak yang tidak pernah atau tidak akan dipaparkan dimana - mana suratkhabar.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©