INDONESIA - Blog anak Presiden Indonesia iaitu Kaesang Pangarep telah mengejutkan beberapa pihak di Indonesia apabila dia memuji rasa keenakan serta kelembutan dan kemanisan Daging Babi yang dimakannya sewaktu belajar di Singapura.
Bertajuk Diary Anak Kampung: Suka Duka Pertama Kalinya Bersekolah Di Singapore. Posting tersebut telah dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat di Indonesia bergitu juga Malaysia malah ada yang mengulang cetak kehalaman forum, diskusi serta di laman sosial di facebook.
Apa yang mengejutkan beliau bercerita tentang keenakan daging babi yang pertama kali dimakan olehnya.
Kejadian ini dikatakan terjadi apabila beliau iaitu anak Jokowi dihantar bersekolah di Singapura dan semasa ke kantin sekolah tersebut beliau memesan makanan yang dia sendiri agak kurang mengerti nama menu.
Semasa memakan makanan tersebut beliau merasakan itulah daging paling sedap pernah dimakannya kerana sangat lembut, empuk dan rasa kemanisan dagingnya. Kerana terlalu sedap beliau telah meminta untuk membungkus untuk dibawa balik ke asramanya nanti.
Tiba-tiba beliau terfikir daging apa yang dimakannya yang sedap itu dan lantas bertanya kepada penjual makanan itu dan penjual itu terus menjawab itu daging babi. beliau amat menyesali kerana baru sampai ke Singapura beliau sudah membuat dosa.
Non Muslim : Baca 5 Khasiat Memakan Daging Babi. |
Untuk mengelakkan perasaan teringat akan kesedapan daging babi itu beliau cuba memakan daging kambing tetapi tidak berjaya menandingi kesedapan daging babi tersebut.
- Warta Indonesia
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"