Kisah Pertama dari AsQue Minie (bukan nama sebenar) :
Dua orang kakak saya :telah memeluk Islam. Seorang daripada mereka sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan anak-anak dan suaminya.
Oleh kerana kami bukan orang Islam, kami telah meminta bantuan pihak masjid untuk menguruskan pengkebumian dan buatkan Tahlil untuk arwah kakak. Pihak masjid segera hulurkan bantuan. Anak-anak arwah kakak masih kecil dan tekanan kerja bapa mereka pula banyak.
Persatuan Perkasa merupakan Pertubuhan yang diharamkan di Sarawak. |
Jadi kami lah yang menguruskan persekolahan mereka. Ke kelas agama pun kami hantarkan. Kami dah anggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga kami, walaupun mereka Islam dan kami Kristian. Anak-anak arwah kakak semuanya dah dewasa hari ini. Anak yang sulung baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinannya.
Kami lah juga yang menjadi wakil datang merisik. Anak yang kedua masih menuntut dalam bidang perubatan, sementara anak yang bongsu pula masih dalam Tingkatan Lima. Diharapkan semua mereka akan jadi orang yang berjaya, seperti pesanan dan doa emak mereka sebelum dia meninggal dunia. Seorang lagi kakak saya yang memeluk Islam sudah bermastautin di Melaka.
Saya selalu menziarahi kakak di Melaka di musim Hari Raya. Mereka sekeluarga pun ada datang ke Sarawak bila tiba musim Gawai Dayak dan Hari Krismas. Makanan dihidangkan tiada yang haram.
Abang ipar saya, walaupun jenis yang warak, sudah faham dengan keadaan keluarga kami yang bercampur-campur. Bila dia hendak bersembahyang di masjid, seorang lagi kakak saya yang bukan Islam akan hantarkan. Bila abang ipar bersembahyang di rumah, kanak-kanak dilarang berbuat bising.
Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka semua faham bila kita tegur mereka. Di hari Ahad, ahli keluarga kami yang beragama Kristian akan pergi ke gereja. Balik dari gereja, kami akan makan bersama-sama dengan ahli keluarga kami yang Islam di rumah.
Tidak pernah ada isu cuba memesongkan akidah di dalam keluarga kami. Kami sekeluarga hormat pada hak beragama masing-masing. Semua agama itu baik. Semoga kisah keluarga kami boleh menjadi satu inspirasi kepada keluarga lain.
Post by PengeRindu.com.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"