Siapakah Penyanyi Wanita itu menjadi tanda tanya oleh pengikut hiburan tanah air Sarawak. Tetapi klunya sudah cukup untuk kita mengenali penyanyi tersebut iaitu berumur 40an, Ulu Sungai Salim, Sibu.
Kemaskini 9/11/2014 : Penyanyi tersebut Positif Dadah.
Post by PengeRindu.com.
Menurut beberapa rakan kenalan penyanyi tersebut , ada yang mengatakan 'dia' dirasuk bukan itu sahaja malah pelbagai komen - komen yang agak kurang enak dibaca membanjiri laman sosial di Sarawak.
SIBU: Polis terpaksa menembak penyanyi wanita Iban popular menggunakan senjata renjatan elekterik atau ‘taser gun’ selepas gagal ditenangkan ketika mengamuk di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Salim pagi semalam.
Dalam kejadianjam 8.30 pagi itu, penyanyi berusia 40-an itu dikatakan men-gamuk dan mengganggu ketenteraman rumah panjang itu dengan membaling objek dan hilang kawalan.
Sumber di tempat kejadian memberitahu, penghuni yang bimbang dengan keselamatan mereka menghubungi pihak hospital namun kakitan-gan perubatan turut gagal menenangkannya sebelum meminta bantuan pasukan keselamatan daripada Balai Polis Sibu Jaya.
Taser Gun |
Akhirnya, polis terpaksa mengguna ‘taser gun’ yang menyebabkan wanita tersebut jatuh pengsan akibat terkena renjatan elektrik.
Bagaimanapun, penggu-naan alat itu itu tidak men-datangkan kecederaan serius atau kesan kesakitan jangka panjang.
Selepas diberi suntikan un-tuk menenangkannya, wanita itu dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.
Punca kejadian belum dapat dikenal pasti.
Akhar Utusan Borneo 7/11 |
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"