Walaupun tidak memilikki LRT atau Bangunan Pencakar Langit seperti semenangjung tetapi Sarawak memilikki Nilai Kemanusiaan yang cukup tinggi.
Rakan Kongsi dalam Negara Persekutuan "Malaysia" iaitu Negara SARAWAK menghulurkan Bantuan bernilai RM 2 Juta kepada Tanah Melayu (Malaya) ekoran bencana banjir teruk yang melanda beberapa negeri - negeri di Tanah Melayu.
KUCHING: Simpati dengan nasib menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir teruk, kerajaan negeri menghulurkan bantuan berjumlah RM2 juta kepada mangsa yang terlibat.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata bantuan tersebut adalah untuk permulaan dan kerajaan negeri akan terus membantu jika diperlukan pada masa depan.
Ketua Menteri Sarawak menghulurkan Bantuan Banjir sebanyak 2 Juta. |
“Kita amat bersimpati dan bersedih dengan bencana yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Johor.
“Bantuan yang kita berikan ini adalah sebagai permulaan, jika diperlukan kita akan salurkan lagi pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan bantuan mangsa bencana banjir daripada kerajaan negeri di pejabatnya semalam.
Bantuan tersebut diserahkan Adenan kepada Setiausaha Keselamatan Negeri Addyharis Ahamad.
Bencana banjir yang berlaku di Semenanjung Malaysia setakat ini melibatkan 242,792 mangsa dan mengorbankan 10 orang.
Bantuan tersebut diserahkan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri.
“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung semua mangsa banjir,” ujar Adenan.
Pada masa sama menurutnya, kerajaan negeri turut berterima kasih dan berbangga dengan bantuan lain yang diberikan rakyat Sarawak kepada mangsa banjir.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri katanya sudah bersedia dan akan membuat persiapan sebaik mungkin sekiranya bencana tersebut berlaku di negeri ini.
“Saya harapkan ia (banjir) tidak berlaku di Sarawak. Kita (kerajaan negeri) sudah bersedia sekiranya banjir berlaku,” jelasnya.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani. The Borneo Post 31/12/14
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"