TELUK INTAN – Sebuah kemalangan yang membabitkan sebuah lori treler yang membawa muatan babi dilaporkan berlaku di KM 145 Jalan Teluk Intan – Lumut, Perak tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lori yang membawa 92 babi itu dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun dari arah Sitiawan ke Teluk Intan.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, sebuah lori dipandu oleh lelaki berusia 37 tahun telah memperlahankan kenderaan serta memberi lampu isyarat untuk membelok ke simpang ke sebelah kanan.
Treler berkenaan dikatakan terbalik dan ‘memuntahkan’ muatannya hingga menyebabkan berpuluh-puluh babi terkorban di tempat kejadian.
Hal ini sekaligus menyebabkan bangkai babi berkenaan bergelimpangan di jalan raya. Ekoran itu, berlakunya sedikit kesesakan lalu lintas sebelum pihak tertentu mengalihkan treler dan bangkai babi berkenaan.
Mohd Shuhaily berkata, pemandu lori muatan babi mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan di wad kecemasan.
-klpost
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"