IBAN TAIKO - Telah menjadi bualan serta buah mulut pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak bahkan ianya menjadi satu fenomena baru di dunia hiburan khususnya dalam Lakonan di Sarawak.
Bermula 4 April sehingga 24 April atau Isnin hingga Jumaat pada tepat pukul 12 Tengahari maka tidak mengira umur akan bersedia untuk menonton sebuah Drama 13 Episod berjudul "IBAN TAIKO" di Saluran 180 RTM Astro TVi.
Bagi yang tidak mempunyai ASTRO untuk menonton saluran 180 TVi akan memuatturun aplikasi RTM Mobile walaupun terpaksa membelanjakan beberapa ringgit bagi melanggan pelan - pelan data masing - masing tetapi itu bukan sebab untuk tidak mengikuti Drama IBAN TAIKO, sesetengah individu menyuarakan kehampaan di fb utama Iban Taiko untuk memohon siaran ulangan berkali - kali.
Pelbagai Reaksi daripada penonton cukup mengujakan bahkan Drama IBAN TAIKO telah mempunyai para peminat tersendiri.
Selepas berakhirnya Drama Iban Taiko 13 Episod pada 24 April 2015 tempoh hari rata - rata memberi impak yang luarbiasa dalam Industri Lakonan khususnya di Sarawak.
Siaran Ulangan? sebelum itu Drama Iban Taiko disiarkan 2 kali dalam sehari iaitu pada 12 Tengahari dan diulang pada jam 4 pagi. Bagaimanapun ramai peminat mahukan Drama Iban Taiko disiarkan di TV1 atau TV2 kerana ramai penduduk dikawasan pendalaman tidak memilikki Astro untuk menonton Saluran TVi RTM.
Bukan itu sahaja, Malah Jam siaran iaitu pada Tengahari turut dipertikaikan oleh para penonton kerana waktu 12 Tengahari adalah waktu kemuncak kerja dan memohon kepada Pihak RTM untuk menyiar ulangkan pada jam - jam yang sepatutnya seperti 7 Malam.
Apa yang Menarik? Menariknya Drama Iban Taiko telah menjadi Drama Pertama di Malaysia dicetak rompak bahkan para lanun cetak rompak di Sarawak telah mengalih tumpuan daripada Filem 2 Fast 2 Furios yang terbaru ke Drama 13 Episod Iban Taiko. Sebuah Fenomena!
Allen Tinggie Trading Sdn Bhd patut duberikan pujian dan peluang yang lebih banyak untuk menghasilkan drama, tele, majalah dan dokumentari, salah satu dokumentari yang mendapat sambutan adalah Manang.
Manang (Dukun/Bomoh) dokumentari pertama mendapat sambutan segenap lapisan masyarakan bahkan ada penonton yang luar dari Sarawak iaitu KL dan sebagainya menghubungi pihak syarikat untuk mendapatkan khidmat "Manang" khususnya bagi mengubati sebarang penyakit yang tidak dapat disembuhkan iaitu sakit misteri.
Satu lagi karya dari Allen Tinggie Trading Sdn Bhd iaitu Kenali Menoa kamek iaitu sebuah Doku berbentuk Majalah yang memaparkan pelbagai budaya masyarakat sarawak, bukan itu sahaja "Kenali Menua Kamek" mendapat anugerah penerbitan berkualiti dan kaya dengan kandungan.
"Kenali Menua Kamek" sekaligus membantu Sarawak dari aspek promosi ke mata dunia tentang 13 suku kaum Di sarawak
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"