"Panggang Ngut..." - M. Khairul Azha

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Panggang Ngut...

Pertama kali saya berdepan dengan fenomena ini beberapa tahun lalu di simpang Spaoh, saya menjadi gusar dan melatah tidak tentu pasal. Namun tidak menjadikan saya terus menyumpah seranah.

Kemudian, fenomena itu menular ke simpang Debak. Ramai yang memberikan komentar atas kapasiti Melayu Sarawak Muslim tentang isu ini.

Apa itu panggang ngut. Dalam bahasa kasarnya, babi panggang! Dari sudut aspek pandangan kita sebagai umat Islam, babi itu sememangnya haram apatah lagi dimakan. Lalu beberapa teori tentang kewujudan pangaang ngut ini menjadikan ianya satu perkara penting yang ingin saya bahaskan.

Selain dari babi panggang, sajian minuman keras turut disediakan di tapak gerai berkonsepkan kampung ini. Bagi mereka yang tidak pernah menyelami kehidupan masyarakat Iban, sebenarnya ianya adalah satu budaya dan tradisi sejak dulu lagi. Maafkan saya sekiranya salah.


Jika saya perhatikan di Simpang Debak, kebersihan gerai amat dititikberatkan dan saya melihat dari segi konsep hygene, ianya diletakan sebagai aspek paling penting. Namun yang membezakan adalah tentang penyediaan babi yang menukar terus pandangan tentang penyediaan makanan.

Tidak perlu saya bahaskan kenapa dalam Islam babi itu diharamkan tetapi bagi saya kita perlu lihat isu ini dari segi bersifat toleransi, give and take.

Namun, dari satu sudut, saya melihat kewujudan gerai ini yang menular sehingga di Samarahan dengan dinamakan Rumah Asap Dayak Samarahan. Ianya seharusnya membuka mata kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum bahawa kaum Iban turut ada potensi menyediakan juadah bersifat etnik.

Sebagai seorang Melayu yang merupakan etnik minoriti di Sarawak, sebenarnya ianya bukanlah satu masalah besar walaupun lazimnya masyarakat Islam terlalu sensitif bila dikaitkan dengan babi. Namun tidak pula sensitif bila tak tutup aurat, melanggan pelacur, minum arak, dan lalukan kemungkaran lain.

Mereka sudah cukup menghormati sensitiviti masyarakat lain. Sepertimana mereka menerima azan dilaungkan, kita seharusnya menerima budaya hidup masyarakat mereka yang juga turut menjadikan ianya sebagai satu gerakan usahawan desa dari konteks penyediaan makanan non-halal. Kita tidak gusar masyarakat Cina menyajikan makanan non-halal di premis mereka. Sebab ia nampak lebih proper di dalam kedai.

Bagi masyarakat Iban dan kaum dayak, ianya sebenarnya satu langkah mereka memajukan diri dengan industri makanan sehingga kini terdapat Aunthentic Iban Resturant di Kota Sentosa.

Persoalan babi atau khinzir itu seharusnya kita ketepikan kerana ia tidak mengganggu kehidupan kita sebagai muslim. Kalau nak elakkan asap dari panggangan tersebut, apalah daya yang kita dapat lakukan. Ianya sama seperti konsep berjiran. Takkan kita nak halang jiran kita yang Cina dari goreng daging di sebelah rumah kita kan?

Cukuplah kita jaga keharmonian masyarakat. Saya hidup bersama kawan-kawan dari bangsa Iban dan kaum Dayak. Belum pernah sekali mereka makan daging khinzir di depan mata saya. Kami pun tidak pernah sama sekali mempersoalkan budaya kehidupan mereka malahan tentang agama.

Ramai mungkin menganggap tulisan ini bersifat populis dan tidak menyokong konsep babi itu haram bagi umat Islam. Tapi ianya adalah hak bagi bukan Islam untuk memilih makanan mereka.

Jika kita memperhatikan al-Qur’ân, maka sesungguhnya ayat yang berbunyi “Lana a’maaluna walakum a’maalukum (bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalan kamu)”.

Sebagai seorang yang cintakan agama Islam, saya berpendapat selagi mana ianya tidak mengganggu ruang lingkup kehidupan saya, saya menerima segalanya dengan perasaan terbuka.

Cuba luaskan minda dan berfikir secara positif dan logik.

Sekadar perkongsian dari saya.

M. Khairul Azha



____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©