SIBU - Tidak sampai 3 bulan keluar penjara, seorang bekas banduan wanita ditahan lagi.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seorang bekas banduan wanita baharu keluar dari penjara ditahan oleh polis kerana bertindak mengugut ibunya sendiri dengan pisau kelmarin.

Dalam kejadian pagi kelmarin, polis dimaklumkan oleh ahli keluarga suspek telah bertindak menahan wanita terbabit yang naik angin di sebuah rumah, Jalan Tiong Hua di sini.

Difahamkan, suspek dipercayai mula mengamuk selepas ibunya enggan memberikan wang kepadanya.

Wanita berumur 28 tahun itu dikatakan bertindak mengambil pisau sayur dan mengugut ibunya selepas permintaannya tidak dipenuhi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis berhubung kes tersebut diterima oleh pihaknya semalam.

Katanya, polis Unit Ronda Bermotorsikal (URB) sambil dibantu seorang anggota polis wanita bertindak menahan suspek yang kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Sungai Merah untuk tujuan pencegahan jenayah sekitar jam 10 pagi Isnin lalu.

“Polis bertindak menahan suspek kerana bertindak agresif dan mengamuk terhadap ahli keluarganya,” katanya semalam.

Menurutnya, ibu suspek diiringi ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sentral tengah hari semalam.

“Hari ini (semalam) ibu suspek nekad membuat laporan polis kerana diugut oleh anaknya (suspek),” jelasnya.

Katanya, polis menangkap semula suspek kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu menggunakan pisau.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan (ugutan jenayah) dan akan direman,” jelasnya.

Martin berkata, polis juga merampas sebilah pisau sebagai bahan bukti.

Difahamkan, suspek baharu keluar dari penjara pada 1 Ogos lalu atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"


 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©