Terkini : Rumah Panjang Kampung Raih di Batu 27 Hangus dijilat api.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SARAWAK : Penduduk di sekitar Rumah Panjang Kampung Raih di Batu 27 Kuching hari ini dikejutkan dengan kebakaran  . Kebakaran itu berlaku dalam lingkungan sekitar 3:30 petang tadi. ( 4/4/14 ).



Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa . 

Ini adalah kebakaran yang ke 3 yang melibatkan Rumah Panjang di Sarawak , semalam 2 buah Rumah Panjang hangus dijilat api masing - masing di Saratok dan di Engkalat Sibu.

Laporan seterusnya menyusul kemudian

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Gambar: Rumah Panjang di Engkalat, Sibu dan Rh Panjang Kayan di Nanga Telik, Saratok Terbakar.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SARAWAK : 3 April 2014 , Dua kejadian yang berasingan telah menyebabkan dua buah Rumahpanjang hangus dijilat api. Kebakaran yang melibatkan Rumah Panjai pada awal pagi tadi adalah di Engkalat, Sibu .

Dikatakan hanya selang beberapa jam kemudian satu lagi kebakaran yang melibatkan rumah panjang adalah di Rumah Kayan di Nanga Telik, Krian , Saratok .

Rumah Panjang di Engkalat , Sibu yang hangus dijilat api awal pagi tadi ( 3/4/14 )

RRh Panjang Kayan di Nanga Telik, Saratok turut terbakar. ( 3/4/14 )

Punca masih dalam siasatan dan laporan akan menyusul sebentar.

Terkini : Kebakaran di Sarawak General Hospital .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
BREAKING NEWS - Fire at the Sarawak General Hospital - 15/2/2014

Seorang mangsa rentung dalam kebakaran membabitkan bangunan blok baharu Hospital Umum Sarawak(HUS) petang ini. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.02 petang. Kebakaran berpunca dari longgokan sisa sampah dari pembinaan di dalam kawasan tersebut di tingkat 1, bangunan HUS 


Dianggarkan 12 buah rumah Penduduk Kampung Tian Matu, Daro musnah dijilat api. 8/10/2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
DARO- Dianggarkan 12 buah rumah penduduk Kampung Tian di Matu , Daro musnah akibat kebakaran seawal pukul 2 pagi tadi - 8/10/13 . Menurut sumber , kebakaran adalah berpunca daripada litar pintas salah sebuah rumah . 


Tiadanya Balai Bomba dikawasan sekitar memaksa penduduk kampung menunggu Pasukan Balai Bomba dari kawasan daerah Mukah dan api berjaya dipadamkan pada pukul 6 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pada tahun ini juga , kebakaran yang terburuk berlaku adalah yang melibatkan penempatan penduduk masyarakat Melanau di Sibu iaitu Kampung Datu Lama serta membabitkan hampir 100 rumah .

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

"Kopi" , anjing menyelamatkan Tuannya semasa kebakaran di JB.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Siapa sangka seekor anjing yang selalunya dipandang rendah serta jijik oleh sebilangan masyarakat Malaysia Khasnya kini mempunyai taraf yang lebih tinggi nilai daripada sebilangan manusia . 

Bukan itu sahaja , telah banyak kisah dimana anjing menyelamatkan tuannya , bergitu juga anjing menyelamatkan Pasangan Melayu daripada lemas dan sehingga kini telah membela hampir 500 ekor anjing. 

Semalam iaitu 2 Oktober 2013 , seekor anjing juga menyelamatkan tuannya daripada menjadi mangsa kebakaran .

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas diselamatkan anjing peliharaannya daripada turut menjadi mangsa kebakaran selepas rumah yang didiami sejak lebih 15 tahun lalu hangus terbakar awal pagi, semalam.

Kejadian sekitar jam 1.45 pagi itu ( 2 Oktober 2013 ), mengorbankan seorang mangsa yang tinggal sendirian dipercayai lemas terhidu asap tebal selepas gagal menyelamatkan diri.

Mangsa, Nagi Sakura, 40, yang berasal dari Sarawak ditemui di bahagian dapur rumahnya oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam operasi memadam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada rumahnya.

Jirannya, Lika anak Dugas, 67, berkata, dia bernasib baik kerana terjaga daripada tidur selepas baju dan rambutnya ditarik berkali-kali oleh seekor anjing peliharaannya yang diberi nama Kopi.

Menurutnya, walaupun sedih kerana rumah yang didiami sendirian sejak lebih 15 tahun lalu musnah dalam sekelip mata, namun lega kerana umurnya masih panjang.

Kopi yang menyelamatkan Tuannya.

“Nasib aku agak baik kerana terjaga selepas baju dan rambut ditarik Kopi seolah-olah memberi isyarat supaya aku menyelamatkan diri. Mulanya, aku marah kerana sepanjang lima bulan dibela, Kopi tak pernah bertindak begitu.

“Namun, selepas melihat api yang mula marak membakar rumah jiran sebelah, aku segera mendukung Kopi keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada  Sinar Harian, di sini, semalam.

Lika yang tinggal sebatang kara kini buntu mencari tempat berteduh kerana pendapatannya hanya bergantung harap kepada upah mencuci taugeh selepas kematian suami sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, dia berharap ada pihak yang sudi membantunya.

“Upah mencuci taugeh sekadar lepas sesuap nasi, untuk menyewa rumah aku tak mampu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, seorang lelaki yang difahamkan berkerja sebagai pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan legam akibat kepanasan dan sedikit melecur.

Keadaan Rumah yang musnah dibakar api.

“Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang rumah, tapi terhalang oleh botol plastik yang banyak dikumpulkan di dalam rumah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Tahrin menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan barangan yang boleh menghalang pintu keluar selain menyimpan alat pemadam api dan alat pengesan asap.

- Mr.J via Sinar Harian .


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

SIBU: Rumah Panjai RH Dana di Jalan Bukit Penyau, Salim musnah dalam kebakaran.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seramai 24 penghuni Rumah Dana di Jalan Bukit Penyau, Salim di sini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, pagi semalam. Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu Abdul Mutalif Ja’afar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi. 

Bagaimanapun, katanya, ketika dua jentera pemadam api dan 16 anggota bomba tiba di tempat kejadian, api telah merebak lebih 90 peratus. 

“Kita hanya berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.10 pagi meskipun terpaksa berdepan tekanan air rendah yang dipam dalam jarak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian,” ujarnya. Beliau bersyukur kerana tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu dan hanya Tuai Rumah Dana dan anak perempuannya mengalami kelecuran. 


Kedua-dua mangsa telah dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kediaman yang musnah melibatkan empat pintu rumah daripada 12 pintu yang terletak di bawah pentadbiran Tuai Rumah Dana. Bibi Dana, 40-an, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, dia mungkin mengalami kerugian paling besar kerana tanaman kulat yang diusahakannya di bawah rumah turut musnah terbakar. 
Baca Lagi Berita mengenai Kebakaran Rumah Panjang di Sarawak.Selain Rumah Dana, sejak Ogos hingga semalam, tiga rumah panjang di sini musnah dalam kebakaran iaitu Rumah Franky Bawok (10 pintu) di Rantau Panjang, Rumah Das (40 pintu) di Stapang Oya dan Rumah Nyelayang Jamban (30 pintu) di Batu 28, Nanga Sekuau, Oya

“Saya dan suami saya telah mengeluarkan kos yang besar untuk mengusahakan tanaman kulat ini,” ujarnya. Seorang lagi penghuni, Cecilia Kebang, 52, berkata dia sedang menjemur pakaian apabila ternampak kepulan asap menyelubungi salah sebuah bilik di situ. “Saya tidak sempat menyelamatkan harta benda lain kecuali beg tangan sahaja,” katanya. 

Seorang anggota bomba, John Muli yang juga penghuni rumah panjang itu berkata, dia berada di bandar ketika mentuanya menghubunginya mengenai kejadian itu. “Saya bergegas ke Balai Bomba Sentral untuk memaklumkan mengenai kebakaran itu,” katanya. Namun, apabila bomba tiba di lokasi kejadian, rumahnya sudah musnah dijilat api, tambahnya. 

“Tiada sesiapapun berada di rumah kerana anak-anak berada di sekolah ketika itu,” jelasnya yang tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda mereka. 



mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Rumah Panjang 'Rh.Nyelayang Jamban' di Nanga Sekuau terbakar dijilat api. 5 September 2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seramai 270 penghuni rumah panjang 'Rh.Nyelayang Jamban' tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang 30-pintu milik mereka musnah dalam kebakaran di Nanga Sekuau, kira-kira 45km dari sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, hampir kesemua penghuninya tidak berada di rumah panjang itu kerana sudah keluar bekerja. 

Menurut kenyataan Bilik Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua pasukan dengan tiga jentera dari Balai Sentral Sibu dan Sungai Merah berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit selepas tiba di lokasi pada pukul 10.28 pagi. 

Segalanya telah menjadi arang dan debu..

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Kebakaran itu merupakan kali ketiga melibatkan rumah panjang di sini tahun ini selepas 10 buah keluarga hilang tempat tinggal dalam kejadian di Rh.Franky Bawok di Rantau Panjang, kira-kira 22km dari sini, pada 1 Ogos. 

Kejadian kedua pada 18 Ogos lepas, seramai 200 penghuni Rh.Das anak Jerman di Stapang, kira-kira 40km dari sini, mengalami nasib yang sama selepas rumah panjang 40-pintu musnah dalam kebakaran tengah hari.

- Mr.J via HMetro 5 September 2013

 mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Terkini : Rumah Panjang Das, Jalan Oya Sibu , Stapang Hangus . 14 August 2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sibu, Sarawak : Kebakaran meranapkan Sebuah Rumah Panjang yang dikenali sebagai  Rumah Panjang Das di Jalan Oya Sibu , Stapang Hangus tengari tadi lingkungan jam 1:50pm ( 14 August 2013 ) . 

Melalui laporan lisan daripada penduduk rumah panjang tersebut mengatakan kebakaran berpunca daripada kelalaian seorang penghuni sebuah bilik disitu yang dikatakan sedang memanaskan lauk di dapur.



Bagaimanapun Pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan punca sebenar kebakarang ini.

Difahamkan bahawa ini adalah kejadian kali kedua kebakaran sebelumnya pernah terbakar pada Tahun 1990. 


- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Rumah Panjang Itop , Saratok, Sarawak Hangus pagi tadi ( 19 July 2013 ) .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SARATOK, Sarawak : Sebuah Rumah Panjang di Saratok, Sarawak iaitu Rh Panjai Itop musnah akibat kebakaran lingkungan jam 9 pagi tadi ( 19 July 2013 ).

Gambar Ehsan Fb

Rumah Panjang yang dikatakan berjumlah lebih daripada 100 lebih penghuni itu tidak dapat diselamatkan ekoran kebanyakan penghuni telah keluar berkerja.

Kebakaran dikatakan berpunca daripada salah sebuah bilik bahagian dapur di rumah panjai tersebut.

Gambar Ehsan Fb

Kesusahan mendapatkan Isyarat Talian Telefon menyebabkan sebilangan penduduk sukar untuk menghubungi pihak bomba dan terpaksa berlari ke tempat lain terlebih dahulu untuk mendapat isyarat telefon.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Sibu: Deret Kedai 2 Tingkat di Jalan Pulau ( Berdekatan dengan Central Market Sibu ) , Sarawak Terbakar.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Kelihatan kepulan asap hitam yang kuat di sekitar jalan menuju ke Pusat Central Market di Sibu , dipercayai kebakaran baru sahaja berlaku pagi ini ( 15 July 2013 ) .

Gambar Ehsan Facebook

Punca Kebakaran masih belum diketahui . Dipercayai kebakaran bermula daripada tingkat atas , Terkini 11: 42 Pagi , api kelihatan semakin marak dan jalan raya sekitar sesak.

Gambar Sebilangan Kedai yang Hampis Musnah dijilat Api , Lihat Gambar lain di sini.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©