"Jangan Ancam Kumpulan SSKM - SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA" kata YB.Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
PARLIMEN MALAYSIA - YB.Datuk Abdul Ghapur Salleh iaitu dari Kalabakan (Barisan Nasional).

Mengejutkan apabila mengeluarkan serta berkata jangan ancam kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia dimana kita tahu kumpulan ini aktif serta mempunyai keahlian yang semakin meningkat.

YB.Datuk Abdul Ghapur Salleh juga menyeru atau menyuruh Kerajaan mendengar suara - suara ahli - ahli SSKM tersebut dan bukannya mengancam mereka kerana mengancam tidak akan menyelesaikan apa - apa masalah jika tangkap sekalipun Ideologi tetap akan berterusan dan tiada noktahnya sekaligus akan menaikkan lagi semangat "kebencian" terhadap Kerajaan Persekutuan.



____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Konsep 'Kuku Besi? : Tuai Rumah di Bawang Assan tidak sokong kerajaan akan dipecat.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Agak terkilan dengan salah satu statement yang Mr.J baca daripada akhbar harian borneo post iaitu mengenai dimana Ketua Kaum atau Tuai Rumah Panjang yang tidak menyokong kerajaan akan di 'pecat' dengan serta merta.
Andrew turut mengingatkan semua ketua kaum di Bawang Assan agar tidak ragu-ragu dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP) serta wakil rakyat yang dilantik.
Adakah dengan memecat mereka akan menutup kelemahan sesuatu parti? jika bergini 'aturcara' permainan politik maka lebih baik seluruh masyarakat dayak khususnya di pendalaman 'memecat' ahli - ahli politik ini dengan kekuatan 'undian' mereka pada masa akan datang.

Ketua Kaum juga boleh MEMECAT Politik tersebut dengan Undi mereka. - Borneo Post 6/10/14
"Memalukan" sekiranya ada ahli politik sanggup berkata bergitu, kenapa tidak menggunakan pendekatan bertemu dan berkongsi masalah atas persoalan kenapa dan mengapa tidak mahu menyokong kerajaan. Bukankah dari sekolah lagi manusia telah dididik dengan sistem pendidikkan moral insan atau 'mereka' tiada nilai moral?

Semestinya ada penyebab kenapa mereka "Tuai Rumah" tidak menyokong, atau mungkin kemudahan seperti Elektrik, Jalan raya atau sebagainya masih tidak diuruskan oleh Ketua Parti N.47 tersebut. Atau kemungkinan tidak mengendahkan masalah pemilikkan Hak Tanah Adat mereka atau mungkin juga sebab yang lain.

Apa salahnya berbincang dengan mereka dahulu sebelum meletakkan satu hukuman. Ingat, setiap bicara anda diperhatikan golongan anak muda yang merupakan nasib "parti" itu.

Jangan kerana bila anda pergi kerumah panjang dilihat hanya golongan tua sahaja yang ada tapi anda lupa pengundi muda yang banyak berhirjah ke luar dan yang pasti mereka akan balik mengundi satu hari nanti!.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Apakah Motif KM Sarawak Tan Sri Adenan Satem Jumpa dengan semua Adun dari Parti Pembangkang?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia .

Hari ini Mr.J kongsikan tentang Landskap Politik yang tidak mampu diramal bahkan 'dibaca' oleh Ahli Politik dari luar Sarawak atau mungkin tidak mustahil untuk Mr.J katakan bahawa Sarawak mempunyai agenda tersendiri  "Sarawak for Sarawakians".

"Sarawak for Sarawakians" semangat nasionalist dikalangan rakyat Negara Sarawak semakin tinggi.
Sarawak rakyatnya yang unik serta keharmonian terjaga bergitu juga hubungan diantara agama yang cukup tinggi. Bukan itu sahaja yang menariknya Sarawak yang mempunyai lebih daripada 40 Etnik serta hampir 7/10 setiap rakyat Sarawak boleh bertutur lebih daripada 4 Bahasa termasuk Bahasa Ibunda masing - masing. 

Bukan itu sahaja dan apa yang sangat menariknya Rakyat Sarawak tidak perlu menggunakan Isu Agama dan Bangsa untuk mendapatkan 'Perhatian' seperti mana yang dilakukan oleh beberapa NRO Tanah Melayu.

KM Sarawak Tan Sri Adenan Satem berjumpa dengan semua Adun Pembangkang semalam - Sumber Borneo Post 15/5
Tentu ramai yang pelik dengan Politik Sarawak sehingga ada yang kehabisan Idea untuk menjadikannya sebagai bahan untuk 'counter-attack' kepada Parti lain.

Terdahulu Sidang Dun Negara Sarawak mengejutkan ramai pihak bahkan pihak atasan Barisan Nasional apabila Para sidang yang dihadiri oleh pemimpin kerajaan dan pemimpin parti pembangkang sebulat suara tanpa bantahan bersetuju mengusulkan Kenaikan Royalti Minyak dan Gas dari 5% kepada 20%.

Sarawak telah memberi tamparan hebat seakan meninggalkan "Nota Kecil" kepada negeri pembekal minyak untuk mencontohi mereka. Mungkin kesian kepada Jirannya iaitu Sabah tetapi apakah dayak Sabah dari atasan pemimpin adalah Ahli UMNO dan lebih malang lagi NGO Perkasa atau dikenali sebagai "Bapa Perkauman" di Sarawak telah banyak menyemai "benih" di sana.

Jika dilihat daripada landskap Politik Sarawak sekarang, jika sesuatu melibatkan kepentingan Negara Sarawak diabaikan maka tidak mustahil USUL yang mendesak Persekutuan akan menyusul.

Mungkin tidak agak keterlaluan sekiranya Mr.J berfikir atau membuat andai sendiri berdasarkan keadaan semasa bahawa dalam jangka masa 20 - 80 tahun akan Sarawak akan mengejutkan dunia antarabangsa dengan "Mengusulkan Undi Tidak Percaya" kepada Persekutuan Negara Malaysia, maka sekaligus Sarawak 'bercerai' dari sebuah Negara Persekutuan yang bernama "Malaysia".

Ini adalah ramalan Mr.J sahaja tetapi tidak mustahil akan berlaku sekiranya NGO seperti ISMA serta Perkasa masih wujud dan masih ber-ideologi katak bawah tempurung.

Bila memerhati Landskap Politik di Tanah Melayu pula tidak sampai 1 minggu bagaikan suasana"tongkang pecah" kelihatan masing - masing mahu menjadi Hero Bangsa tetapi pada masa yang sama merendahkan Bangsa lain dengan kata - kata yang boleh menyebabkan perpaduan kaum semakin rosak apatah lagi sekarang hanya menunggu retak. 

Keluar Masuk ( Tubik Masuk ) dan lompat bergalah serta permainan Roda Impian cukup digemari oleh sebilangan ahli - ahli politik Tanah Melayu kerana setiap putaran roda boleh memenangi wang besar. 

Jikalau tidak bernasib baik maka bolehlah menubuhkan Persatuan , NGO mahupun GRO yang bermercu tanda "Perjuangan Bangsa" bagi membolehkan senang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan di Tanah Melayu.

Tetapi jangan lupa ada sebilangan Pertubuhan NGO atau GRO dihalang kewujudan di Negara Rakan Kongsi Persekutuan Malaysia iaitu Negara Sarawak dan hanya dibenarkan di Tanah Melayu serta Negara Sabah yang satu ketika lebih dikenali sebagai North Borneo.

Diakhir bicara ini Mr.J tinggalkan beberap persoalan uji minda untuk pembaca semua.

Soalan Kuiz : 
Kenapa adalahnya Istilah "Kerajaan Persekutuan"
Kenapa Motto Malaysia adalah "Bersekutu Bertambah Mutu"

Anda boleh mendapat Jawapan berdasarkan Klu dibawah:
Pembentukkan Persekutuan Malaysia 1963.

Siapakah Pemilik "Malaysia"?
Contoh ayat yang sering digunakan oleh buta sejarah seperti kebanyakkan Ahli Perkasa serta ISMA
  1. "Ini Negara Malaysia, Tanah Melayu punya Negara"
  2. "Ini Tanah Melayu, tak suka boleh keluar Malaysia"
Tanpa Sabah dan Sarawak maka Tanah Melayu kekal sebagai Malaya bergitu juga sebaliknya , nasib baik pemimpin Sabah dan Sarawak bijak menolak Nama Persekutuan sebagai "Melayu Raya" kerana ia kelihatan agak mirip Ideologi 'Indonesia Raya'.

Perkara 5:  Nama Persekutuan ( Rujuk Perjanjian Perkara 18 -20 Sabah & Sarawak )
"Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya"


Selamat Hari Gawai Dayak & Pesta Kaamatan.
- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Kebolehan dan Kejayaan Unit Anggota Tentera Siber Blue Wave Army (BWA / Pro-BN Cyber Troops) amat memberansangkan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Bila "Blue Wave Army"( Angkatan Gelombang Biru / Pro-BN ) telah memulakan serta menghantar ratusan skuad - skuad keyboard warrior upahan di dalam laman sosial , blog , twitter untuk menangkis serta melawan hujah daripada RBA ( Red Bean Cyber Army / Pro-Pakatan ).

Diantara cara pengenali keyboard warriror BWA (Blue Wave Army) adalah mengubah gambar asal dan meletakkan caption berbaur unsur agama dan bangsa walaupun gambar yang di edit tersebut level editing budak tadika 'Paint' selalunya pengendali tersebut agak kebal dari hukuman.


KUALA LUMPUR 13 April - Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA). Utusan

Akan menyerang secara CAP LOCK berterusan dan menyerang atau melabelkan fb individu atau fb page sebagai angota RBA sekiranya melihat posting ketidakpuasan hati mengenai kerajaan.

Mudah Terasa apabila melihat 5 Huruf iaitu M.A.C.A.I kerana huruf ini jika dilekatkan di dahi boleh melumpuhkan "macai" seketika dan dikatakan mujarab walaupun beberapa saat.

Mendiang Saudara Karpal Singh juga tidak Hormati , jauh sekali ucapan takziah .
Facebook Profile / Page skuad ( Gelombang Biru / Pro-BN ) , akan lebih banyak merapu - rapu berbanding daripada fakta, tetapi posting mereka sering dipatahkan oleh Keyboard Warior yang lain ini berikutan mereka berkeja keras berdasarkan level upahan masing - masing .
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.
Spesifikasi Anggota Tentera Siber Blue Wave Army adalah seperti berikut:
- Sering berbangga dengan kejayaan parti, repost dan copy paste dan repost di wall lawan.
- Masih tidak faham istilah Kerajaan dan Rakyat bagi Level ini Kerajaan adalah Parti mereka.
- Sering mengatakan atau mempertahankan duit BR1M adalah duit Parti BN.

Mereka bukan calang - calang , mereka juga diantara pengodam terhebat di alam semesta ini.
Contoh jenis kata pertahankan diri mereka seperti
Keluar dari malaysia kalau tak suka BN..
Tak suka BN jangan ambil BR1M...
Dasar tak kenang untung BN dah bagi duit pun xreti syukur ke..

Agama dan Bangsa 
Kebanggaan terhadap "MELAYU" di tahap Ultras Galaksi Bima Sakti . 
Ketuanan Melayu , Malaysia ini adalah Tanah Melayu, seolah - olah Dunia ini milik Melayu sahaja.

Walaupun Agama adalah isu sensitif tetapi BWA paling lantang senang menghina agama lain mungkin ini adalah sedikit daripada skop pelajaran dari Rangkaian mereka iaitu Perkasa dan Isma.

Geografi
Sering memperlihatkan diri kebodohan yang memanjang dan dikatakan bahawa anggota gagal dalam peta malaysia, bagi mereka Malaysia ini adalah "Tanah Melayu" dan Orang Melayu sahaja berhak sedangkan Malaysia ini ada tiga perkongsian Persekutuan iaitu Sabah , Sarawak serta Tanah Melayu.

Kemahiran Extra
Kebolehan mengubah suai gambar asal dengan menggunakan Program paling "Hebat" iaitu Ms. Paint ( start - all program - accesories - paint ).

Mr.J ( Unit Tentera Siber The Khinzir Killer )

Penduduk Sarawak dalam Dilema, 1 Undi BN maka Anda Undi Taib Mahmud. ( BN atau Najib Razak atau Taib Mahmud )

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Malaysiaku , suasana semakin hampir dengan Pilihanraya ke 13 maka semakin rancak kempen antara parti kepada rakyat bergitu juga hiasan - hiasan bendera parti serta replika beraneka bentuk.

Tidak kurang juga sesebuah parti politik memainkan pelbagai sentimen ada sentimen berbaur lucah ada juga sentimen yang penuh dengan rasict ataupun berbaur agama .


Walaubagaimanapun sentimen berbaur rasict keagamaan ini hanya berlaku di wilayah semenangjung malaysia tetapi kemungkinan ianya akan memberi impak yang besar dari segi 'undian' bagi penduduk Borneo yang rata-ratanya 2 Negara Persekutaan dalam Malaysia iaitu Sabah & Sarawak yang lebih luas daripada keluasan wilayah semenangjung malaysia adalah Majoriti Penganut Agama Kristian .


Perlukah Kempen berbentuk sedemikian dibuat ? untuk memancing undi kaum tertentu bahkan parti tersebut bakal hilang undian daripada masyarakat tertentu .

Bagaimana pula dengan situasi di Sarawak adakah kemeriahannya turut sama berlaku di semenanjung?
Di Sarawak mahupun Sabah ( 2 Negara Gabungan dalam Persekutuan 'Malaysia' ) , tidak pernah membangkitkan apa jua Isu mengenai Kaum dan Agama kerana di Sabah & Sarawak lebih daripada 50 Kaum hidup Aman dan Damai tidak ada seperti 'Bom Gereja atau Bakar Masjid' sepertimana yang berlaku disebelah sana iaitu Semenangjung.

Jalanraya
Di Sarawak mahupun Sabah Isu utama adalah Isu Air dan Kemudahan jalanraya  , tahukah anda kebanyakkan Orang Sabah & Sarawak lebih suka memilih Kenderaan 4x4 daripada kereta biasa bukan bererti Kaya tetapi terpaksa kerana jalan raya di sesebuah tempat seperti litar perlumbaan 4x4 .

Air Bersih
Kes Air Bersih ini sudah lama dibangkitkan semenjak PRU yang lepas dan lepas dan yang lepas tapi yang disampaikan seperti biasa Tangki Takungan Air Hujan , kenapa tidak laksanakan Saluran Paip? Hairan Anak Ajaib bila Mr.J memikirkannya.

Sokongan terhadap Perdana Menteri Najib Razak Atau Sokong Gabernor Sarawak Taib Mahmud?
Penduduk Sarawak kini dalam dilema , Sarawak adalah Kubu Kuat Barisan Nasional , hanya orang Sarawak tahu bahawa masih ramai yang suka kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak TETAPI rakyat Sarawak hampir 88% akan berasa gembira dan berpesta sekiranya Gabernor Sarawak iaitu Taib Mahmut digugurkan atau meletak jawatan .


Ini kerana Gabernor Sarawak cukup banyak sekali skandal penyelewengan rasuah kayu balak dan pengaliran wang haram ke luar negara . Bergitu juga dengan rampasan serta rompakan  Tanah NCR rakyat Sarawak demi kepentingan keluarganya dan kroninya.

Gabenor Sarawak : Pangkat Baru kerana tiada siapa berani bercakap menyiasat KM Sarawak even SPRM pun KM sarawak cakap 'budak nakal'.

Sarawak mungkin beralih undi kepada Parti lain kerana Gabenor Sarawak yang sudah berjanji beberapa penggal yang lepas bahawa akan meletak Jawatan tapi itu hanya omongan kosong 10 tahun yang lepas .

Penduduk Sarawak dalam Dilema . Sokong Barisan Nasional bermakna Sokong Taib Mahmut.

Jadi Sebagai pengundi , harap anda bijak memilih Wakil Rakyat Anda!.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video: Are You Ready to Psy...??? YEEESSS...!!! Are You Ready to BN...??? NOOOOOOOOO...!!!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Psy Gangam Style memulakan persembahan hari ini (11/2/2013) dan apabila PM malaysia mengumumkan kemunculan PSY di pentas.. 

 "Are You Ready to PSY...??? YEEESSS...!!! Are You Ready to BN...??? NOOOOOOOOO...!!!"

Bila bab Psy semua pakat jerit YESS.. tapi bila sampai bab Ready to BN.. semua Jerit  NOOOOOOO!! ..

Video yang diupload oleh seorang pengujung dan menyebarkan di ruangan sosial serta youtube kini mendapat pelbagai komen 'menarik'


*Video asal daripada  Desmond Low Fb

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video Ribut Kencang melanda Hadirin di Program My Beautiful Malaysia di Teluk Cempedak sewaktu mendengar ucapan PM Malaysia Dato Seri Najib Razak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Video Ribut Kencang melanda Program My Beautiful Malaysia di Teluk Cempedak sewaktu PM Malaysia Dato Seri Najib Razak berucap ( tidak berada di lokasi dan itu hanya Live Skrin seperti mana dijelaskan oleh pencerahan di Youtube )

(  Shahnon mohamad , Di Tmn Medan, dipancarkan serentak kesemua lokasi di seluruh M,sia. PM berucap di PJ, mana dia tau ribut di TC. ) sumber dari komen di youtube.



Menurut sumber daripada Video yang dimuatkan ke laman Youtube oleh Id mritzal Ribut berlaku sebaik sahaja Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak memulakan ucapannya setelah itu Ribut kencang melanda dan merosakkan beberapa buah kanopi khemah dan kerusi disekitarnya difahamkan bahawa 1 kecederaan ringan berlaku.


Adakah ini sebagai sebuah pertanda?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Alahai... Kami Generasi Air Hujan & Tangki Biru .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Al-Kisah Bila Robin Hood nak jadi penyelamat di tempat orang..

Baiklah kenapa pula Tradisi Kami adalah Tradisi atau Generasi Air Hujan dan Generasi Tangki Biru ( buat nama band ok juga ni ) .

Anda semua akan tahu setelah habis membaca entri Mr.J kali ini dan kali ini Mr.J nak 'tembak-menembak' individu biarpun Mr.J tidak menyiarkan nama  tapi 'biarlah rahsia' kita semua di Borneo ini.

Alahai... hebat juga semangat bila dekat Pilihanraya kali ini dan masing - masing menunjukkan 'belang serta taring' sendiri . 


Kebajikkan warga Borneo memang 'dibajikkan' setiap kali menjelang pilihanraya maka semua parti berebut - rebut untuk menjadi "robin hood" tetapi salah tempat. 

Dengan istilah "Sabah & Sarawak" merupakan "Aset Tetap" oleh sesebuah parti politik maka setiap kali menjelang Pru maka Pendalaman Sabah & Sarawak akan menerima ( sudah boleh diramal setiap kali ) Tong Biru , Atap Zink , Beras sekapit untuk 5 tahun dan pembaikkan jalan raya ( jalan yang dijanjikan 30 tahun dahulu ) . 

Alahai.... Janji Tetap Sama atau Janji ditepati? .

Hairan kenapa selama berpuluh tahun memerintah tidak dapat menyalurkan batang paip saluran air bersih ke pendalaman? Oh lupa pula , 'mereka' bukannya pernah melalui perjalanan yang mengambil masa beberapa hari untuk ke destinasi . Datang dengan Helipkopter serta Jet untuk menabur janji - janji keramat .

Alahai..... ( sila sambung perkataan anda di komen dibawah)


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Ini Kalilah! Timbalan Menteri Lajim letak jawatan Umno, Pengerusi BN

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
KOTA KINABALU - Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa
serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.


"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. - Bernama

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Gempar: Video & Gambar Lucah naib Presiden parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ini pula mengenai kisah politik Malaysia , baru sahaja Malaysia dikejutkan dengan Perhimpunan Bersih 3.0 dan Kini digemparkan lagi dengan Isu "Lucah" Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali .

Gambar serta video lucah beliau kini mula tersebar di dalam Internet dan beberapa buah blog - blog politik yang kebanyakkan di Blog Pro BN.


Gambar tersebut dipercayai asli dimuat di Blog http://scandalazminali.blogspot.com/ . Adakah ini sebagai serangan "peribadi" atau serangan "politik" kepada Azmin Ali.

Setelah Ketua PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim lepas daripada Tuduhan Liwat ke atas Saiful maka sebilangan "cybertrooper" menyerang Azmin Ali.

* Berjayanya lelaki kerana wanita dibelakang dan jatuhnya lelaki juga kerana wanita.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Laporan Khas perhimpunan BERSIH 3.0 di Seluruh Negara. Bergambar & Video

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.



Tidak kelihatan Perkasa , Pekida , Jati atau mana-mana Panglima yang mencabar Bersih 3.0 selepas tempoh hari mereka membuli anak muda Bersih di Dataran Merdeka .

Bagaimanapun Pihak kami akan cuba untuk mendapatkan maklumat Perhimpunan di sekitar Sabah & Sarawak terutamanya di Kuching , Sibu dan Miri.

Live Report : Sila layari Malaysiakini.com/bm untuk laporan bertulis terkini.

3.00pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka.

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

- Bersih 3.0 tiada mendapat Sambutan di Sabah & Sarawak ( Kuching & Sibu ) hanya sebilangan kecil di Miri.-

Miri , Sarawak . Sebilangan Kecil berhimpun secara aman .


Al-Jazeera 2nd News.



2pm : Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

Dianggarkan bilangan perserta Bersih 3.0 meningkat kepada 75 ribu orang dan jalan ke Dataran Mederka dipenuhi oleh rakyat yang inginkan "bersih" dalam PRU akan datang!. facebook

Melaka : Dataran Pahlawan

1.40pm Polis keluarkan kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.

Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.

"PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak," kenyataan itu dipetik.

Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.

1.23pm: Pasar Seni - Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.


Bersih 3.0 Jalan Sultan

Bersih 3.0 di Central Market.

1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

Benteng Polis pecah akibat kemaraan Rakyat!

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.

12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.

Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. "




12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.

12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.

12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.

12:03pm: Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira
35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000

Turut Serta North Borneo ( Sabah ).


*Segala sumber dan lintas langsung di sini adalah dikumpul daripada beberapa maklumat seperti Malaysiakini serta beberapa warta online mahupun lintas langsung daripada rakan di Facebook .

11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.

"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.

Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.

11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.

Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.

11.35am Brickfields - Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka.

Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu.

11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang

Mampukah Polis menyekat kemaraan rakyat sendiri?

11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.

Petaling Street

11.15am Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang

Sekitar KLCC semakin ramai hadis , jelas rakyat menolak rasuah dalam PRU akan datang.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.

10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Biarpun Himpunan Hanya Akan Dimulakan Pada Pukul 2 Petang... Rakyat Sudah Memenuhi Hadapan Dataran Dengan Duduk Dan Bantah. Facebook

9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.

9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

pix Zulhaidah Suboh Bersih 3.0 countdown day at Miri, Sarawak. East Malaysia Borneo.


9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta

Khas untuk Bersih 3.0 di Sarawak :
BERSIH 3.0 URGENT ARREST TEAM FOR SARAWAK

If you or witness anyone arrested during the DUDUK BANTAH on 428 in Sarawak, please contact the number or SMS to the number as below so they can arrange the lawyers to assist you:

Miri,
Lawyer team:
Majen panyoh 013-8390969
Abun Sui 016-8881502
Harrison ngau 013-5640236
Roland engan 012-8905524
Dominique Ng 016-8661718

Report to
Eric 016-8767117
Gannie 013-8407725
Bruka 019-8768702
Jamal 016-8650657

Sibu,
hotline 012-8470524 or 013-8176016

Kuching,
Ahmad Awang Ali 019-4383706

You only have to type:

a. Name
b. IC Number/passport number
c. Police station that the person being taken to or detained

Released by,
BERSIH 3.0 Sarawak

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Anonymous Operation Malaysia

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.

9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20 am MASJID JAMEK Jalan dari Jalan Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT. Facebook

9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup. Malaysiakini

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai. Malaysiakini

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.Malaysiakini

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".Malaysiakini

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.Malaysiakini

9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.Malaysiakini

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.Malaysiakini

Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.Malaysiakini

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.Malaysiakini

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.Malaysiakini

8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk

851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.Malaysiakini

8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.Malaysiakini

840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.Malaysiakini

8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.Malaysiakini

8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.Malaysiakini

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.Malaysiakini

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.Malaysiakini


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©