Al-Kisah Bila Robin Hood nak jadi penyelamat di tempat orang..
Baiklah kenapa pula Tradisi Kami adalah Tradisi atau Generasi Air Hujan dan Generasi Tangki Biru ( buat nama band ok juga ni ) .
Anda semua akan tahu setelah habis membaca entri Mr.J kali ini dan kali ini Mr.J nak 'tembak-menembak' individu biarpun Mr.J tidak menyiarkan nama tapi 'biarlah rahsia' kita semua di Borneo ini.
Alahai... hebat juga semangat bila dekat Pilihanraya kali ini dan masing - masing menunjukkan 'belang serta taring' sendiri .
Kebajikkan warga Borneo memang 'dibajikkan' setiap kali menjelang pilihanraya maka semua parti berebut - rebut untuk menjadi "robin hood" tetapi salah tempat.
Dengan istilah "Sabah & Sarawak" merupakan "Aset Tetap" oleh sesebuah parti politik maka setiap kali menjelang Pru maka Pendalaman Sabah & Sarawak akan menerima ( sudah boleh diramal setiap kali ) Tong Biru , Atap Zink , Beras sekapit untuk 5 tahun dan pembaikkan jalan raya ( jalan yang dijanjikan 30 tahun dahulu ) .
Alahai.... Janji Tetap Sama atau Janji ditepati? .
Hairan kenapa selama berpuluh tahun memerintah tidak dapat menyalurkan batang paip saluran air bersih ke pendalaman? Oh lupa pula , 'mereka' bukannya pernah melalui perjalanan yang mengambil masa beberapa hari untuk ke destinasi . Datang dengan Helipkopter serta Jet untuk menabur janji - janji keramat .
Alahai..... ( sila sambung perkataan anda di komen dibawah)
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .