Kerja Cyber Cafe 2

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert


Dikarang Oleh : heaven_eYe

hakcipta Terpelihara



Cyber Cafe Tempat Kerjaku


"hurmm lama lagi flight saya." keluhan aku , selepas membayar rm50 sebagai ganjaran kepada Pak Uda kerana kesangupan menghantar aku ke Terminal Lapangan Terbang LCCT . Tapi awal sangat , bayangkan jadual penerbangan aku ialah pada pukul 11 pagi tapi waktu sekarang pukul 6.30 pagi . Nasib saya agak baik pada waktu itu keadaan di LCCT masih lengang dan tanpa berlengah aku terus ke arah MC D. masa itu aku belum sarapan lagi apatah lagi menunggu beberapa jam lagi untuk penerbangan ke Sibu .

"yum... sedap gak burger nih" kataku sambil sebelah tangan aku memegang air mineral yang baru sahaja dibeli . Seperti rutin harian seorang perokok selepas sahaja makan aku terus menyeluk saku yang menempatkan rokok aku. " aih mana rokok aku, tadi ada emm.. mesti tertinggal ni" luahku dengan perasaan geram . Terpaksalah aku ke kaunter yang menempatkan 2 wanita comel dengan selamber aku bersuara " ambik winston merah 18 satu kay" soalku kepada perempuan tersebut . "Tut tut " Bunyi msj daripada telefon bimbitku. "Dini nuan diatu"bicara msj yang berbahasa iban tersebut . Aku mengendahkan buat seketika kerana pandangan aku terpaku sejenak kepada beberapa Pramugari Air Asia melintas di hadapan ku ." Bang, semua rm5.80 " hilang dari khayalan seketika apabila gadis kaunter pembayaran menegur aku. Selepas membayar aku terus keluar dari situ .

Sambil membuka kotak rokok aku fikiran aku asyik terbayangkan kampung halaman tidak sabar rasanya ingin cepat sampai harini 29/6 esok 30/6 perkahwinan kakak aku , macamana rupanya abg ipar aku. Sebaik selesai menghabiskan sebatang rokok waktu itu pukul 8.30 pagi , masih ada 3 jam lagi. "em.. lebih baik aku cari port tidur kejap" kataku , aku menuju ke arah tepi yang menempatkan kerusi panjang di bahagian LCCT dan terus membaringkan badan dan beg aku dijadikan bantal. " hai , balik mana?" sapa seorang gadis yang ku rasakan seperti orang Sabah . "ahh... kacau nak tidur, tapi xper gak comel gak awek ni , layan je lah" bicaraku sendiri didalam hati . "Balik Sarawak , tapi Flight awal lagi pukul 11 pagi" balasku . "Sa mau balik Sabah bah , sambut Kaamatan " bicara gadis itu . "ooooo orang sabah , Seorang ja? nama sa Heaven" balasku kembali sambil memerhatikan wajah ayu gadis Sabah itu . " Nama sa Alice " balas Gadis itu . Apa lagi tidurku pun tak jadi , kami rancak berbual tidakku sangka Alice bergitu peramah orangnya.


Tidak ku sangka kami dah berbual berjam - jam lamanya.Waktu sekarang dah dekat 10.15 pagi , waktu sesuai untuk ku cek in masuk kerana dalam beberapa minit lagi adalah pernerbangan aku . " bah sa mau pergi sudah ni , emmm ko ada nombor handphone tak" soalku kepada Alice , aku tak nak perkenalan hanya di LCCT sahaja . "ada , 0138627282 bah kalo ko ada masa , call sa k" balas Alice dengan pernuh keayuan , sesiapa sahaja melihat muka Alice tentu akan jatuh cinta pandang pertama . " Ok , bha sa pergi bye , jumpa lagi" kataku . "Bye , Call sa k" kata Alice sambil memberi isyarat menyuruh telefon .

To Be Continue : Part 3



Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes


1 comments:

Anak Apai berkata...

jimat cak.. indu sabah.. bisi rekemen auk.. badas amat blog nn

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©