Dikarang Oleh : Jacky@Heaven
Hakcipta terpelihara.
Kita kembali lagi. so hari ni .kita cerita pula pasal makanan, asyik - asyik cerita pasal aku kat CC , so yang citer kat CC tu aku tangguh jap Ilham belum sampai da... ,ok. Mesti semua yang pandang gambar diatas akan merasakan sesuatu yang sangat - sangat meloyakan bukan? . Itu dinamakan Ulat Sagu.
Ulat ini hidup di batang sagu yang membusuk. Biasanya ia akan muncul pada batang pohon yang telah selesai dipangkur. Membusuknya batang pohon akan memancing kedatangan kawanan kumbang untuk bertelur di sana. Nah, ulat yang berasal dari telur yang menetas itulah yang akan menjadi santapan Lazat , sedap hingga menjilat pingang betul xcaya sudah.
Makanan Ulat Sagu ini Boleh didapati di Mukah , Dalat , dan beberapa daerah di Sarawak dan Sabah. Dan boleh juga didapati di mana - mana asalkan ada pokok Sagu. Bentuknya sangat lucu. Badannya gendut berwarna putih, sedangkan kepalanya berwarna coklat tua mengilap. . Menurut mereka yang pernah memakan ulat sagu, setelah digigit di dalam mulut, mengalir juice dari dalam ulat yang terasa manis dan kulitnya yang renyah. Rasanya Seakan dengan buah *lengkeng dan tekstur kulitnya mirip dengan buah leci atau rambutan. Masyarakat pribumi di Sarawak dan Sabah menyebutnya sebagai ulat mulung. Di Pasar Tamu Serian, ulat mulung ini dijual seharga 20 sen seekor atau RM30 sekilogram.
Mengikut Kajian sains , Ulat Sagu ini mempunyai Protein yang sangat tinggi dah ianya tidak beracun dan terdapat juga kaji selidik mengatakan bahawa Ulat Sagu boleh membuang dan mengubati penyakit kulit.
*aku suka makan ni. hari tu balik sarawak sempat plak makan 3ekor. yamyam.
2 comments:
ulat matarrrr nyak kaban . dibei ta au
@puer melano
pehhhh ulat gendon ni, hekkkk
Catat Ulasan