Imaginasiku

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Orang tua - tua cakap , sebelum tidur basuh kaki.

Alkisah, Bila malam menjelma , aku dapat merasakan bahawa denyutan jantungku semakin kencang ala drum kamikaze entah kenapa , suasana memang begitu sunyi tanpa kelibat kawan - kawan serumahku dan aku juga dapat merasakan kelainan pada hari ini, tiba - tiba bulu romaku naik persis bulu landak dan bukan pak andak. Dan aku terlelap..

Aku dapati bahawa aku telah ditarik oleh graviti yang sangat kuat dan seperti sebuah filem sains fiksyen "black hole" atau lubang hitam.. erkk. Ku buka mata , semua pandangan sekelilingku bergerak , berpusing - pusing dan aku masih lagi dalam perpindahan ke demensi lain yang aku sendiri tidak tahu . Sehingga pada suatu ketika aku telah sampai ke dasar lubang tersebut dan mendapati keadaan disitu berlainan dengan bumi , tiba - tiba seekor maklukh hijau atau lebih mesra dipanggil alien atau En.alien telah menyedari ketibaan aku disitu , aku bingkas bangun dan cuba untuk bersembunyi di sebalik tong - tong yang bersepah disitu , ku dapat melihat melalui celah - celah lubang dan dapati En.Alien sedang mengeluarkan sejenis cermin mata ala James Bon 007 dan memerhatikan sekitar tempatku bersembunyi .Ya , aku tahu , dia sedang meng 'scan kawasan aku sembunyi , akhirnya aku telah ditangkap .

"koeka iudjsauid okekoawu owowie tutututututusoadkaoskdreioir" soal si alien kepada ku yang bahasanya pun aku tak tahu. Bengang dengan sikapku yang tidak menjawap , si alien pun menyuntikkan sesuatu cecair kepada ku dan mengambil sepesimen DNA aku . Setelah itu mereka menyuntikkan DNA aku kepada sejenis maklukh asing juga tapi kecil setelah itu , alien yang kecil tu berbunyi "nama siapa" , oh, tidak maklukh alien yang kecik tu tadi dah jadi alat translater Bahasa Melayu kepada Alien . Dan aku menjawap , namaku superhero level 5 Orc , entah kenapa tertiba aku cakap bergitu , mungkin terbawa - bawa dalam game War Craf yang aku selalu main . Selepas itu mereka membawa ku ke sebuah tempat .

Alamak , macam - macam hero ada. Pak batman, superman , catwomen semua ada situ , maybe ni merupakan port dorang lepak kot , hhiihih . Ku lihat catwomen tengah main batu seremban plak dengan doreamon . Huih~ pelik bin ajaib . Dan bila sahaja aku menglangkah masuk ke tempat itu , semua memandangku dengan begitu taksub sekali dan aku menjadi seperti org yang begitu menarik perhatian yang memang da bomb . Tertiba salah seorang menyapa aku iaitu Pokemon pula.. huhuh~ pelik . Sambil dengan muka serius memberitahu dan membisik ku " yo wasup, lu punya zip tarak tutup ka?" bisik pokemon tersebut. Oh~ tidak, sekali lagi aku membalas dengan cara tersendiri " Pokemon , ini ala stylo baru lerr , korang ni memang ketinggalan galaksi sgt" balasku dengan bangga . Akhirnya kesemua superhero disitu pun membuka zip . oh~ aku terpaku sejenak . Kenapa ler bodoh sangat. huhuuh~

"OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!! Bangun lahhhhhhhh!! Tersegih -segih seorang apsal? , buat terbiat ke?" jerit member ku baru sahaja balik dari beli sayur. huhuhu.. huuhhuuhuhuh.. aku mengelamun sekali lagi. Dan kali ini lamunan ku terhenti dan cukup dasyat! . Adakah anda juga pernah seperti ku ? Imaginasiku cukup tinggi...


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?


Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

6 comments:

Wilder berkata...

hahahaha...sengapa jiki..adeh2 ku ingatkan apa td...

Mr.J berkata...

imaginasi ku... hihihihiihhiih... itu baru 1..

Tanpa Nama berkata...

huhuhu dasyat dasyat, imaginasi ko yer.. bahaya.. hahah.

Tanpa Nama berkata...

ko ni jack, dari dulu mmg kuat berangan. kat kolej dulu kalau dah tgk citer terminator ko lah yang bnyk mengelamun, alien dtg lar, manusia tu alien lar..

sahabat kolejmu
ryna

ezat berkata...

bro nk mtk tlg camne nk cakap
"tak apa sy faham"

Mr.J berkata...

nak cakap? senang je .. cakap tak apa sy faham. hehe

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©