Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
MALAYSIA - Sebuah Persahabatan dari perbezaan darjat, bangsa serta budaya tidak menghalang kedua mereka menjalin satu persahabatan. Tetapi atas keakraban mereka berdua ini telah menyebabkan beberapa NGO yang berteraskan perkauman, bangsa dan agama yang fanatik cuba untuk meleraikan mereka.
NGO Perkauman khususnya Ketuanan Bangsa, tersebut percaya bahawa sikap dan perbuatan mereka itu memalukan dan bukan budaya timur. Tetapi mereka berdua tidak mempedulikan NGO bangsat yang dikenali ketika musim - musim tertentu.
Dua Sahabat Tanpa ada rasa berbeza dibunuh di tempat persembunyian.
Akhirnya, kedua sahabat tersebut terpaksa meninggalkan tempat mereka kerana ideologi NGO Ketuanan Bangsa telah mula memupuk disemai di kalangan penduduk kampung.
Pada satu malam, di tempat persembunyian sementara sebelum keluar daripada kampung tersebut salah seorang ahli NGO Ketuanan Bangsa telah menyedari persembunyian mereka berdua dan membawa rakan yang lain untuk menghalau.
Tapi, tindakkan agresif, fanatik dan pelampau ahli ngo tersembut dengan membakar persembunyian mereka. Kedua sahabat tersebut mati di tempat kejadian.
- Mr.J, Artikel ini tidak menyatakan NGO mana dan hanya NGO yang makan cili maka dia rasa kepedasannya.
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Artikel ini ditaip dan diterjemahkan oleh Mr.J dari alam "lain", ketika Mr.J sedang menaip artikel ini kelihatan beberapa sekumpulan Pocong sedang berhimpun sambil berteriak "Bubarkan Ikatan Kaki kami, Kami mahu berjalan dan bukanya Melompat!!" teriak salah seorang perserta di perhimpunan itu.
Bergitu juga bunyi hilaian tragis Langsuir sambil disahut oleh gemaan ketawa oleh saudara jauh mereka iaitu Pontianak dari arah bertentangan amat membangkitkan suasana hening pilu sekali.
"BERJALAN HAK KAMI!!" Pocong mahukan Perubahan dan bukannya terus "Melompat"
Tiada apa yang dapat diluahkan bahkan mulut anda akan terasa kaku sekiranya anda berada disini. Berat mata memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya, rasanya mungkin peribahasa melayu ini cukup sesuai untuk membandingkan mereka.
Kami hanya minta tolong manusia bukakan ikatan kaki..
Salah seorang daripada himpunan tersebut memberitahu kepada Mr.J bahawa ketika ini rakan mereka iaitu Vampire dari luar negara sedang sibuk melakukan jamuan untuk malam nanti dan mencari pakaian yang terbaik untuk digayakan ini kerana Perayaan Halloween hanya datang sekali setahun sahaja iaitu 31 Oktober.
Dahulu pernah "hantu - hantu" ini pernah berjasa dengan manusia tetapi sifat manusia seperti bongkak dan ego yang tinggi menyebabkan hubungan "silahturahim" diantara manusia telah terhakis.
Mungkin anda pernah mendengar kisah di mana cerita mengenai penduduk kampung meminjam sejumlah perkakas dengan penduduk Bunian seperti periuk belanga, piring, gelas dan sebagainya apabila ada maljis keramaian. Tetapi manusia ini diseumpamakan diberi betis hendak dada ayam dengan sering tidak mengembalikan secara jujur dengan ada yang mengambil kesempatan untuk disimpan dirumah dan sebagainya.
Bukan itu sahaja banyak nilai - nilai murni tersemat di kalangan hantu, jembalang atau mambang lantak korang nak sebut apa janji hantu iaitu bagaimana pemuda kurus keding kerepot bernama Badang menjadi kuat seperti Hulk?
Menurut penceritaan mulut ke mulut sebelum ketibaan emel mengatakan bahawa Mambang Tanah yang tercekik tulang ikan akibat terpaksa mencuri ikan dalam bubu si Badang.
Mambang Tanah merayu untuk tidak "dibunuh" dan minta dilepaskan, atas dasar nilai silahturahim antara manusia dan makhluk halus masih utuh ( rujuk kisah bunian di perengan atas tadi ) maka Badang pun melepaskan Mambang tersebut, melihat keadaan seperti itu membuatkan Mambang Tanah berasa sebak dengan keikhlasan Badang dan menawarkan untuk memberikan "kekuatan" kepada Badang dan inilah nilai bertolak ansur terjalin.
Tentu pembaca akan mengatakan bahawa "hantu tetap hantu dan mereka jin!!". Tapi kita tidak tahu kenapa Mambang Tanah terpaksa mencuri ikan badang, mungkin beliau telah tersesat dalam hutan ataupun sumber ikan di kawasannya telah pupus akibat pencemaran pembalak haram. Whos Know?
Kemalangan di Highway bukan dilakukan oleh ahli kami.
Seperti luahan nasib Pontianak juga yang bukan selalu memunculkan diri dan yang sebenarnya Pontianak mahu mencari teman berborak atau sekadar mengadu kisah sahaja kerana dia juga pernah merasa menjadi manusia dan dia juga tidak pernah meminta untuk menjadi Pontianak.
Adakah hanya kerana dia terkorban bersama anaknya yang masih dalam kandungan maka manusia boleh memberikan pelbagai preseptif yang buruk. Mr.J sempat berborak seketika dengan Kak Ton ehh~ Kak Pon.
Beliau meminta manusia janganlah memandu selaju yang mungkin jika tersempak dengannya di jalan raya kerana boleh mengakibatkan kemalangan bahkan sehingga sekarang ramai rakan - rakan Kak Pon dipersalahkan dalam hal tersebut tetapi mereka manusia tidak merasakan kepayahan yang dirasai apabila terpaksa berjalan kaki sambil mengendong anak semata - mata untuk membeli lampin.
Sejak kecil dari berlapis - lapis keturunan manusia telah diterapkan nilai momokkan bahawa segala yang tidak baik itu dari makhluk halus eleh manusia tu baik sangatlahkan.
Sebelum manusia pandai berdikari dari aspek kecantikkan diri terlebih dahulu manusia harus berterima kasih kepada hantu yang banyak memperkenalkan "susuk" pada zaman era kesultanan dahulu sehingga sekarang Hantu Susuk masih memberikan perkhidmatan dari pelbagai aspek seperti kaunseling kecantikkan luaran dan dalaman tetapi tidak seperti dahulu kalau dulu boleh diberikan percuma tapi kini tiada ianya agak mahal dan berpakej lebih - lebih lagi kemeningkatan kadar gst negara.
Tapi jangan risau kerana menurut penjelasan Hantu Susuk tahun depan akan ada 3 peringkat diskaun menarik ditawarkan sejajar dengan pemberian BR1M 3 kali setahun.
Baiklah, Mr.J rasa setakat ini sahaja liputan mengenai Halloween di malaysia dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Halloween kepada seluruh rakyat malaysia dan hantu kirim salam "disinilah lahirnya sebuah cinta".
Ambillah waktu ini sebagai waktunya kita sebagai manusia bersama - sama merayakan serta bergembira dengan mahluk halus demi mengeratkan hubungan silahturahim dan sebagainya.
Hantu Para Pembesar yang mahu menawarkan Mr.J Pangkat Datuk.
Selepas selesai sesi berdialog, Mr.J telah ditawarkan untuk diberikan pangkat darjat membawa gelaran Datuk oleh pembesar "disana" tetapi terpaksa menolak atas sebab - sebab tertentu. *Sifat hantu pun dah menyerupai sifat manusia. Ketika ini Mr.J sedang menanti pernerbangan WH37Q untuk kembali ke "dunia" dan tersempak dengan bomoh 1malaysia & rakannya yang sedang giat mempromosikan air kelapa tua. - Mr.J
Salam Halloween untuk Semua Manusia dan Seluruh Penghuni Bumi!
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Kalau di Sarikei ada Leha seringgit, di Limbang pula ada nya seorang istimewa bernama Luang yang selalu memeriahkan suasana.
Beliau sering kelihatan merayau rayau di sekitar bandar limbang dengan memakai uniform yang kadangkala kelihatan seperti securiti guard, dan kadang - kadang boleh sampai ke Batu Danau yang jarak nya lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Limbang dengan hanya berjalan kaki.
"Lawa Dek You"
Luang dengan Slogan "lawa dek u'
Walaubagaimanapun, Luang tidak pernah menggangu orang awam dan tidak juga meminta duit, bahkan kadangkala jika bernasib baik, Luang akan memberi sesiapa sahaja secara rambang Nombor Ekor 4D untuk di beli. Mengena atau tidak itu saya tak pernah siasat.
Luang sering menghabiskan masa nya merayau rayau di bandar dengan mengumpul tin-tin kosong untuk di jual dan yang paling penting adalah Trademark atau Slogan Luang ialah :
Semoga Luang sentiasa sihat walafiat dan rezeki yang baik bagi membolehkan beliau menjalani hidup nya seperti org lain. Amen.
Posted by MR.J Posted on Selasa, September 02, 2014
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Tidak ada istilah lain melainkan "Comel" bagi Mr.J mengambarkan kecomelan anak babi ini, dengan warna berceloreng dengan kecomelan hidungnya maka dinobatkan kecomelan diantara Hamster dan Anak Babi kini milik anak babi. errkk , ok Mr.J dah mula merapu apa pun kita terus ke berita yang disiarkan harian metro tersebut.
Comelkan..
Melaka: Lima sekeluarga menempuh detik cemas apabila rumah didiami dimasuki dua anak babi hutan di Taman Paya Rumput Indah, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dua haiwan liar yang dipercayai datang dari hutan berhampiran meluru masuk ke dalam rumah berkenaan ketika pemiliknya Azimi Bachik, 40, mahu menutup pintu pagar kediaman terbabit.
Lebih malang, keluarga itu terpaksa menunggu lebih sejam sebelum haiwan disangka musang dan terperangkap di dalam bilik air rumah mereka berjaya ditangkap oleh dua lelaki bersama anggota bomba.
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Maafkan Mr.J kerana beberapa hari ini tidak dapat nak "update entry" terbaru di blog, ini kerana Mr.J berada di Kampar, Perak untuk pengambaran Telemovie Bibik Ku Madu Ku. Ayuh, mari ikuti sedikit sebanyak mengenai telemovie tersebut serta sedikit mengenai watak Mr.J kali ini.
Bibik Ku Madu Ku itulah Judul Telemovie bergenre komedi yang diarahkan oleh En. Fahizal Abdullah Terbitan daripada"Ray Lee" 7ujuh Warisan.
Kali ini Mr.J diberi peluang untuk sekali lagi berlakon oleh En.Fahizal Abdullah dalam Telemovie bergenre Komedi, kali ini boleh dikatakan agak "nervous" sedikit kerana Telemovie "Bibik Ku Madu Ku" turut dibintangi oleh Pelakon berpengalaman serta sememangnya "tip top" seperti Jasmin Hamid yang serba boleh dan Redzuan Hashim, siapa yang tidak mengenali mereka sememangnya mempunyai "level" sendiri dalam bidang lakonan.
Gerun juga Mr.J yelah Mr.J diibaratkan baru di level Pra-Sekolah manakala Jasmin Hamid dan Redzuan Hashim telah lama graduate serta memegang Ijazah. Ha, lihat bertapa jauhnya Mr.J .
Untuk makluman semua pembaca iaitu En.Fahizal Abdullah juga adalah Pengarah kepada Drama bergenre Aksi 13 Episod iaitu berjudul "IBAN TAIKO".Drama Iban Taiko 13 Episod tersebut dijangka akan keudara di RTM TVi 180 Astro pada bulan November ini, ketika itu Mr.J memegang watak sebagai Chabu.
Mr.J pula diberi untuk mengalas watak sebagai "Man Tol" iaitu seorang pekerja resort di "Sahom Farm Retreat Resort" yang berlokasi di Kampar, Perak.
Man Tol adalah seorang pekerja yang lambat "pick up" atau dengan bahasa senang difahami iaitu "selenge / lurus bendul" Man Tol merupakan rakan kepada Munir iaitu seorang yang kuat cemburu manakala Fatimah yang juga pekerja resort yang sama adalah kekasih Munir.
Ha, itulah sedikit sebanyak tentang watak Mr.J sebagai Man Tol dan kalau sebelum ini Mr.J memegang watak Aksi, Pergaduhan serta Samseng dalam Drama yang lepas iaitu Iban Taiko tapi kali ini jadi seorang yang "blur, lurus bendul agak selenge".
Rasanya setakat ini sahaja yang Mr.J kongsikan dan untuk keseluruhan ceritanya tunggu sahaja akan datang di RTM, Telemovie ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga .
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
MALAYSIA : Hari ini negara tersebut telah mencetuskan sejarah tersendiri apabila watak kartun tersebut dikatakan bakal mengugat ketenteraman awan penduduk di malaysia.
Bahkan beberapa temuramah terhadap 7 Saudara Utraman menyatakan kekesalan apabila mereka telah diharamkan di Bumi "Malaysia" yang ternyata dikenali sebagai Negara BolehLand oleh beberapa Umat alien di sekitar galaksi yang berhampiran.
" KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam."
Bagaimanapun anggota - anggota Ultraman telah membuat persidangan tergempar pada hari ini bertempat di Galaksi Bima Sakti ke-23 dimana persidangan itu telah mengumpulkan ribuan Ultraman yang ada di galaksi ini.
Persidangan Tergempar Ultraman diadakan serentak di seluruh Bima Sakti
Beberapa isu panas turut diutarakan mengenai ketiadaan Warga Ultraman di Malaysia mungkin akan menyebabkan "Raksaksa" merebak masuk ke Malaysia melalui jalan tikus sepertimana yang diketahui umun.
Bagaimanapun , Ultraman terpaksa akur dengan akta larangan ke atas mereka yang dikenakan Menteri Mohd Badigol bin Bongok.
"...malaysia , jika raksaksa menyerang bumi anda maka kami tiada lagi disini maafkan kami ..." ujar Ultraman Taro.
Posted by MR.J Posted on Khamis, Disember 05, 2013 with No comments
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Rakyat Malaysia khususnya harus berasa bangga kerana dipilih menjadi Manusia Pertama yang akan dihantar berjumpa dengan "Alien" seandainya Kapal Angkasa Alien iaitu UFO mendarat dibumi. Ramai juga manusia didunia ini lebih - lebih lagi rakyat malaysia. Kalau tak silap Mr.J dia dilantik dalam bulan September 2010.
Mazlan Othman telah dilantik oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) atau UN menjadi wakil mahupun Duta kepada Penduduk dunia dan akan menjadi individu yang sangat penting di era zaman peradapan manusia apabila beliau akan membuat "1st - contact" dengan Tamadun Alien suatu hari nanti.
Rakyat Malaysia diangkat menjadi Duta Alien satu-satunya Duta Alien dalam peradapan manusia
Mazlan Othman, seorang astrofizik Malaysia dan kini telah diberi jawatan di ketua Pejabat PBB iaitu Bahagian Hal Ehwal Angkasa Lepas (Unoosa).
Sekiranya sesiapa yang melihat atau tersempak mahupun ada menyembunyikan "Alien" anda boleh terus menghubungi Pejabat PBB (UN) No Telefon sila google sendiri.
Sekiranya ada Alien yang mendarat di Bumi tanpa diketahui oleh Nasa dan Alien tersebut mahu berjumpa dengan "Ketua Manusia" maka harus diingati bahawa di Bumi kita ada Duta Alien iaitu Puan Mazlan Othman.
- Mr.J tahu Alien pasti akan muncul satu hari nanti.
Posted by MR.J Posted on Khamis, November 21, 2013
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Tidak dinafikan bahawa khususnya rakyat malaysia bukan sahaja orang melayu malah orang bukan melayu juga pandai bermain dengan pantun.
Hal ini terselah di facebook rasmi blog apabila Mr.J memberikan 'cabaran' atau 'kuiz' berbentuk Pantun tetapi harus mempunyai syarat iaitu setiap pantun harus ada perkataan 'Ibrahim Ali' .
Dibawah ini adalah beberapa pantun yang telah diberikan oleh 'likes' fb page pengerindu.com , hakcipta pantun adalah milik sepenuhnya individu tersebut sila kekalkan nama pencipta rangkap pantun tersebut.
Chakoi Chang K -
Kura-kura dlm perahu,
anak buaya main congkak.
Kalau Ibrahim Ali katak nak tahu.
Bumi Sarawak bukan utk awak.... Katak....
Eillen I-
Lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi-tinggi,
cepat lah adik cepat,
kita singkir kan Ibrahim Ali....
Oroci Maru - kanan kiri kanan kiri,
fakyu ibrahim ali..
Gabriel K. U -
Budak hitam bermain api,
Katak dimasak didalam kuali,
Sapa tak kenal si Ibrahim Ali,
Memang patut PERKASA dikeji.
Harry Prince O - ibrahim ali a.k.a apai sali, apai sali a.k.a ibrahim ali.
GamanGudol J-
Ibrahim ali nama diberi,
Berkati kati katak kena sembelih,
Isu agama hobinya tak terperi
Perkaumannya siapa nak beli......
Ladde Rawing W -
dua tiga kuching berlari,
mana sama si kuching belang,
dua tiga si katak lompat,
baru sama dengan ibrahim ali.
Genesis D Lang -
Lompat si katak lompat,
lompatlah tinggi-tinggi,
hebat brahem ali hebat,
dipenjara pun xsampai sehari.
Junior Darius -
Bumi borneo bumi kami,
ibrahim ali boleh blaah.
Jangan main sama kami,
hilang kepala jangan menyesal.
Perkasa sampah buat semak,
slogan palsu mcam tai.
Baik balik duduk diam,
jangan kacau kami disini. "macam sajak saja pula perserta ini . :)" - Mr.J
Mincda S -
Dulu pas sekarang pekasa
ITU dia Ibrahim Ali
Sabah sarawak sori saja ba
Ko punnya ideologi kami tak sudi
Chris L -
Lelaki PERKASA lemah dan lesi,
Imbangkan tenaga dgn tongkat ALI.
Ngo PERKASA perkauman basi,
BORNEO bangkit mengharamkan IBRAHIM ALI.
-MizzDjp-
Mantera Tok bomoh tersalah baca,
Nujum pak belalang tersilap jampi,
Ibrahim ali kalo tak nak hilang kepala,
Jgn mimpi nak datang negara kami.
Vhertsz Panggau Libau -
Burung kuncit terebai tinggi..
Tinggi nimpai pun keladan...
Datai kitu mh d ibrahim ali...
Enti ke nyepi leka sembilan... kahkahkah "Steady akih pangau libau! Wakaka- Wynchester Unyau "
Didi N -
Ibrahim ali, si katak sombong,
Bapa perkauman, berbau racist,
Kalo berani datanglah sekarang,
badan ko habis di siat-siat.
Avean Freda G -
Katak dimasak di dalam kuali
,
Ibrahim ali u mari u mati.
Agi idup agi ngelaban ,
Makin dik mansang makin dilaban.
Leka dabai dibelah dua,
Dik kitu sigi dibelah tiga.
James Rikah -
Ibrahim Ali dipotong potong,
Dipotong Guna Parang Ilang,
Kalau Berani janganlah datang,
nanti dipotong Kepala pun Hilang.
Boy Zack -
Tua-tua ibrahim ali,
Rumah kata pergi,
Kubur kata mari,
Ngam la tu kau jadi BABI!
Mincda S -
Ibrahim Ali sia sudah bilang
Jangan ko datang kami sik pandang
Di sabah bikin pusas
Di Sarawak gaga ka tabas
Geeluke Lee - Kacang putih kacang merah
Piiiraaahhh ibrahim ali..
Sekudan Tuai Dz -
Bumi borneo nama diberi
Kaya dgn ektniknya yg bersatu hati
Hentikan saja hasrat kau ibrahim ali
Kalau tak nak kepala kau hilang
Richie M -
Awal pagi gALI Perigi,
Perigi digALI pakai Mandi,
Tua tua Si Ibrahim Ali,
Datang sini lu Langsi.
Prakhakpak Brooktook -
Anak cina mencari tali
Tali disimpan didalam peti
Jgn kau cuba2 ibrahim ali
Pijak borneo lu mati.
Tony Yesudas J -
hari hujan katak menyanyi,
katak menyanyi di dalam kuali
piiraahh kaw ibrahim ali,
haram jadah kaw masuk ke negara kami.
Pengandai Tuai II -
Dari bintulu hendak ke miri,
Membeli durian untuk pak ucu,
Kalau nak tahu siapa hantu,
Itu lh dia Ibrahim Ali.
Patrick Daim N-
Cari katak dimalam hari,
Katak dimasak di dalam kuali,
Ibrahim ali memang aku benci,
Pijak borneo pasti mati.
Bujang Sebindang -
Gagah PERKASA di malam hari..
Buat persediaan si pengantin lelaki..
Lainlah pula PERKASA si Ibrahim Ali...
Terlalu RACIST dan mementingkan diri..
Wil Fred Sweden -
kalah tidak dpt penalti,
Ibrahimovich score 2 gol mlm td,
Macam bodo je mcm bodo je ibrahim ali,
Hari hari katak kena maki
makan nyamai gulai maggi.
Nail L-
pgi2 ibrahim ali makan magie.
.mkan magie guna jari..
tahap bodo ibrahim ali
mkin menjadi..
bodo dia mkan tahi..
Sentew C-
Negara sarawak perkasa dan kebal,
semua rakyat bersatu hati,
IBRAHIM ALI kata nak bakar BIBLE,
pijak tanah sarawak je dia mesti mati.
Kate C-
Ibrahim ali si katak gelaran dibagi , sudahlah lali jangan sampai pas ni kena gelar babi..
Anderson T-
tua2 makin menjadi..
itulah dia ibrahim ali..
ni kau pekak ke kau tuli..
org bg chan sruh pegi nak mati
Anderson T-
pg2 minum kopi..
minum kopi tomgkat ali..
jangan berani2 kau ibrahim ali
Seluruh Ketua Parti Komponen Barisan Nasional di Sarawak termasuk Parti Taib Mahmud iaitu PBB menyuruh Ibrahim Ali supaya 'GET LOST' dari Sarawak.
Tidak semestinya rakan kongsi BN setuju semua perkara terutamanya bila melibatkan 'Agama' serta keharmonian lebih dari 30 etnik di Sarawak.
“We are much better off without them (Perkasa),”. - Tan Sri James Masing
Perkasa “is not welcome in Sarawak”. - PBB
"Sebarang percubaan oleh kumpulan-kumpulan dari luar negeri, terutamanya mereka yang mempunyai sikap perkauman dan radikal, akan merebak ke negeri ini dan mengganggu keharmonian yang sedia ada di kalangan penduduk tempatan hendaklah dihentikan dari awal lagi." - T.Sri Mawam Ikom
“Abrahyince Altly Perthcassa spesis katak berbahaya dan harus dimandulkan supaya tidak beranak-pinak". - Mr.J
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Kisah ini berlaku Setahun lepas di satu Taman di sekitar Seremban..
Waktu itu Mr.J mmg kaki pancing yang tegar sehinggakan sanggup curi-curi memancing di taman larangan memancing...
Tepat pada jam 1 pagi...
Suasana dingin dan angin pagi menyapa , Mr j pun ke satu sudut yang agak tersorok demi mengelak dilihat oleh securiti taman...
Kira-kira sejam kemudian..
Kelihatan sedikit gerakan di semak seperti ada sesuatu dan bunyi dengusan yang agah aneh kedengaran..
tanpa menghiraukan perasaan takut,mr j pun memberanikan diri cuba meneliti kawasan semak tersebut..
kedengaran dengusan dan juga suara aneh wanita...
bulu roma mr j semakin rancak berdiri...jantung kencang berdegup..
Antara takut dan ingin tahu mula bermain difikiranku..
aku teruskan juga kerana bagiku hantu jin iblis adalah hamba bagiku sekiranya dptku tangkap..
ku capai botol kosong yang berselerak di taman..dan mulutku membacakan ayat dalam Bahasa Iban..
Terkejut selepas mengamati hantu tersebut berdua..samar-samar.. ku amati dengan kuat.. tidak puashati ku ambik sebijik batu kecil dan ku jampi terus ku baling ke arah tersebut...
'abang.. ada orgla bang'..
susuk lembaga tersebut berkata...
Aku terus lari sekuat hati sehingga sampai sekarang masih trauma dan masih menjadi misteri ..
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Manusia telah lama mencipta Fakta yang agak mengelirukan sejak berzaman-zaman lalu tetapi betulkah fakta tersebut ataupun sebaliknya? Disini setelah memerhatikan perbuatan beberapa jenis haiwan yang dikaitkan maka timbul di fikiran Mr.J betul ke apa yang sebut selama ini mengenai haiwan - haiwan itu. Ternyata ianya bercanggah sekali.
Anjing dan Kucing
Anjing sering dikaitkan dengan musuhnya Kucing tetapi Kucing bukanlah Makanan Anjing.
Ikan dan Kucing
Kucing sering dikaitkan dengan makanan iaitu Ikan tetapi Tahukah Anda Kucing tidak akan terjun ke sungai untuk mencari Ikan.
Cacing dan Ikan
Ikan juga sering dikaitkan dengan memakan cacing tapi Tahukah anda Ikan tidak boleh keluar dari air untuk mencangkul dan mengali untuk mencari Cacing.
Ayam dan Jagung
Ayam selalu dikaitkan dengan Jagung Tapi Ayam tidak pernah menanam Jagung.
Kambing dan Hujan/Air
Istilah Kambing takut Hujan tidak dapat digunapakai sekarang kerana tidak semua kambing tidak mandi dan adakalanya kita akan lihat kambing bermain hujan di sekitar jalan kampung
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Kami sama-sama suka dan Rozita balas Cinta saya" Najib Razak . Itulah ungkapan dan keratan akbar milik Harian Metro hari ini iaitu 27/1/2013 , tapi dengan membuktikan apa yang dilihat adalah benar maka Mr.J berlari ke kedai untuk melihat suratkhabar tersebut ( tidak membeli ) ternyata ianya adalah betul.
Kenyataan Harian Metro Ralat pada 27/1/2013 akan menguris hati sebilangan individu.
Apakah ulasan Puan Rosmah mengenai kenyataan berikut? dan apakah respon Jejaka Tanpa Zain Saidin? segalanya masih lagi membisu .
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Haish~ tak habis lagi nampaknya isu Sharifah Zohra Jabeen bermula dengan kes forum di UUM tempoh hari sehinggalah berpuluh video parodi diwujudkan di Youtube dan juga muka - muka Sharifah telah di'troll' oleh beberapa individu di dunia maya dan dibawah ini adalah penerangan daripada page tersebut.
Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.
Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."
Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"
Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."
Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai.
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Mesti ramai yang masih tidak tahu mengenai Justin Bieber dan menurut sebuah suratkhabar di malaysia tidak payahlah Mr.J terangkan nama suratkhabar tersebut yang pasti anda yang telah membaca Fakta Justin Bieber mesti tahu .
Suratkhabar adalah penyebar maklumat terkini dan penting dan inilah hasil daripada kecuaian bila semakin tidak mendapat tempat dihati pembaca .
Posted by MR.J Posted on Isnin, September 10, 2012 with No comments
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Siti Nurhaliza- OPPA GANGNAM STYLE (강남스타일) pulok dah... Inilah kesan daripada rebakkan "virus" berbahaya dari Korea .
Dan kini telah menyebabkan ramai "manusia" menjadi OPPA . Apa - apapun mari kita saksikan Video Siti menari Gangnam.
English Translation:
Oppa is Gangnam style Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee A girl whose heart gets hotter when night comes A girl with that kind of twist
I’m a guy A guy who is as warm as you during the day A guy who one-shots his coffee before it even cools down A guy whose heart bursts when night comes That kind of guy
Beautiful, loveable Yes you, hey, yes you, hey Beautiful, loveable Yes you, hey, yes you, hey Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style Oppa is Gangnam style, Gangnam style Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays A girl who puts her hair down when the right time comes A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all A sensable girl like that
I’m a guy A guy who seems calm but plays when he plays A guy who goes completely crazy when the right time comes A guy who has bulging ideas rather than muscles That kind of guy
Beautiful, loveable Yes you, hey, yes you, hey Beautiful, loveable Yes you, hey, yes you, hey Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style Oppa is Gangnam style, Gangnam style Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby I’m a man who knows a thing or two On top of the running man is the flying man, baby baby I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style Eh- Sexy Lady oh oh oh oh Romanized:
Posted by MR.J Posted on Sabtu, Ogos 04, 2012 with No comments
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Barry Delaney, 25, dan Kevin Elliot berjanji akan berpakaian perempuan untuk menceriakan upacara pengkebumian sekiranya salah seorang meninggal dunia.
Kevin Elliot mati semasa menjalankan tugas di Afghanistan dan untuk menunaikan janji mereka, Barry Delaney dari Dundee, memakai baju berwarna kuning dan stocking merah jambu datang ke upacara pengkebumian di Barnhill Cementery, Broughty Ferry.
Mereka cukup menepati janji dan berani berjanji dan menepatinya tidak seperti sebahagian "masyarakat" kita hanya tahu berjanji entah bila akan ditepati ? Sudah terlambat.
Posted by MR.J Posted on Khamis, Mac 29, 2012 with No comments
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. kosmo
*ala.. apalah sangat RM25 ... (dosa anda telah ditebus sebentar tadi hanya RM25)
Posted by MR.J Posted on Selasa, Mac 20, 2012 with 1 comment
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Terlampau syok nak jual barang - barang didalam Mudah.My , tidak dinafikan bahawa menjual dan membeli barangan 2nd hand di Mudah.My lebih senang dan tidak memerlukan kepakaran membuat Website perniagaan , langkahnya adalah Tangkap Gambar dan masukkan sahaja.
Tetapi ini terjadi sekiranya anda terlampau "urgent" untuk menjual barangan di Mudah.My , kalau ye pun sila pakai pakaian anda jika tak nak kena Reflek Cahaya. Tahulah spare part yang nak jual tu dah berkilat-kilat.
Posted by MR.J Posted on Selasa, Mac 20, 2012 with No comments
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Andaikan diri anda berada dalam situasi ini, dimana anda telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun anda tanpa mengetahui siapakah pengirimnya. Setahun kemudian barulah si pengirim memberitahu itu adalah wangnya dan tersalah masuk ke akaun anda. Reaksi anda?
KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu seorang wanita di Miri memulangkan wang berjumlah RM11,257.41 yang telah salah dimasukkan ke dalam akaunnya pada 13 Julai 2010.
Pengurus Besar (Perhubungan Awam) KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan bertulisnya semalam berkata, berda-sarkan siasatan terperinci pihak-nya mendapati wanita berke-naan bukan pencarum KWSP.
Wanita berkenaan tambahnya, juga tidak mempunyai sebarang rekod menunjuk-kannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP.
“KWSP merujuk kepada laporan dikeluarkan akhbar tempatan berbahasa Cina bertarikh 19 Mac 2012 berhubung seorang wanita yang mendakwa KWSP meminta beliau memulangkan wang yang telah dikre-ditkan ke dalam akaun bank-nya berjumlah RM11, 257.41.
“Berdasarkan siasatan terperinci pihaknya mendapati wanita berkenaan bukan pencarum KWSP.
“Beliau juga tidak mem-punyai sebarang rekod me-nunjukkannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP,” jelasnya.
Menurut Nik Affendi, wa-nita berkenaan dengan se-ngaja memperdayakan KWSP agar mempercayai yang beliau adalah pemilik sebenar akaun KWSP tersebut.
“Kami telah membuat pindaan kepada butiran akaun tetapi menyedari beliau telah memberi maklumat palsu apabila pemilik sebenar akaun (KWSP) datang untuk mengeluarkan simpanannya setahun kemudian,” jelasnya.
Beliau menambah, pemegang sebenar akaun KWSP itu adalah pencarum yang telah mendaftar sejak 1982 yang dipercayai turut mempunyai butiran nombor pengenalan diri yang sama dengan wanita terbabit.
Selepas menyedari pembayaran dibuat ke atas akaun yang salah, KWSP mengeluarkan surat kepada wanita berkenaan meminta beliau memulangkan wang berkenaan yang bukan miliknya.
“KWSP di sini mahu menekankan bahawa tiada alasan untuknya mengatakan dirinya tidak bersalah dalam situasi ini kerana mengetahui yang wang itu bukan miliknya malah tidak pernah mencarum dengan KWSP,” ujarnya.
Akhbar tempatan berbahasa Cina itu juga melaporkan wanita berkenaan telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan KWSP yang hanya memintanya memulangkan wang itu setahun kemudian.
Menurutnya beliau hanya mendapat surat daripada KWSP meminta memulangkan wang itu pada 8 Disember tahun lalu dan di dalam surat itu KWSP memintanya berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya.
Bagaimanapun menurutnya wang tersebut telah habis dibelanjakan.
Posted by MR.J Posted on Ahad, Mac 18, 2012 with No comments
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
STOCKHOLM: Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.
Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.
Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.
Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.
Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.
“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.
Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.
Lina - turut menganggap dirinya seorang bloger - kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.
Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan.
Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut.
Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand.
Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. - Mirror