Pancaindera Cinta ? Ketahui pasangan anda berbohong.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Andai kata anda memiliki pacaindera ke 6 ataupun memiliki kuasa yang dapat membaca perasaan dan hati seseorang apakah yang anda akan buat ? . Seperti contoh anda dapat mengetahui bila seseorang itu berbohong dan juga dapat mendengar apa yang teman - teman anda kata dalam hati mereka , nah~ , itu sudah kelebihan sebagai seorang superWomen atau superMen .


Itu adalah jika atau "andai kata" tapi sebagai manusia normal kita tidak dapat memiliki kuasa psikik seperti di dalam cerita X-Men ataupun Fanstatic 4 , apa yang mampu dibuat manusia normal adalah hanya meramal dan "menilik nasib" , itupun bukan semua ramalan tepat . Mungkin peramal seperti pawang ini dapat meramal segala kejadian alam seperti gempa bumi berdasarkan angka tarikh lahir seseorang itu.

Bergitu jugalah dengan sebuah ikatan percintaan yang memerlukan kejujuran dan komitmen diantara satu sama lain dan bukan berdasarkan teknik "ramalan" . 3:5 Lelaki Malaysia tidak mampu memberikan kejujuran dalam ikatan percintaan kepada pasangan masing - masing dan pernah menipu pasangan sendiri samada tipu terpaksa ataupun dipaksa mahupun tipu yang dibuat , tidak semua lelaki dan apatah kurangnya wanita , dunia ini adil. Dan jika anda memiliki "kuasa psikik tersebut" mungkin anda dapat mendengar pasangan anda menipu.

Adakah anda mempercayai pasangan anda jika berjauhan? , jika ya anda tergolong sebagai seorang yang penyabar malahan mempercayai 100% pasangan atau yang sedang hangat bercinta.

Jika seseorang itu berbohong....

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Diatas adalah sedikit daripada tanda - tanda seseorang itu berbohong kepada anda , saya tahu anda mempunyai cara sendiri untuk mengesan samaada teman anda berbohong. Adakah dengan Kuasa Psikik anda?


Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com

Bookmark and Share


pengeRindu Fan Club

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes

5 comments:

Adelina_Guntor berkata...

isk2..
no lah.. aku bula biasa jak. hak2..
cool gtew~
>>>teleba bula ke bala kaban<<<
kadang2 bula itu satu yg bagus! as a joke lor.. not da heeavy2 one!

Mr.J berkata...

aku selalu bula "single" belama. hihihihi

MeL berkata...

huhu... ku nemu bula seselamba badak jew.. ngeh ngeh.... tapi ngai nguna... hehe... ndai faedah bula....

Mr.J berkata...

M.e.l.o.r.n.a , bakani gambar badak selamba bula? hiihhihi.. yup nadai faedah tapi kekadang berguna gak bula,

MeL berkata...

LoL... bula ngena gaya baka org nda bersalah... cool ja gaya... ngeh ngeh...
yup nda dinafikan.... nti perlu baru bula... nti nda tau nda ibuh ngena hehehe

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©