Tips jika anda tersempak dengan PONTIANAK

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tips jika anda tersempak dengan Kakpon atau kak pontianak .

Pontianak apakah itu pontianak ? , sejak berzaman - zaman lagi ramai yang gerun serta kecut bila mendengar istilah pontianak , selalunya pontianak ini menghisap darah manusia kira Vampire versi nusantaralah . Pernah suatu ketika dahulu ketika Mr J memancing di sekitar Pantai Port Dickson dimana ada satu tempat tu memang dikatakan sangat keras tapi sudah lurah kaki pemancing tak akan menghiraukan gurauwan rakan - rakan.

Dipendekan cerita semasa memancing Mr J dan rakan - rakan terdengar seperti ada "benda" berterbangan di belakang pokok ataupun seperti ada sesuatu kelibat melompat ke satu dahan ke satu dahan pokok lain, memang naik lah burung roma apatah lagi sejuk dan ditambah deruan ombak dan cahaya bulan mengambang.

"kekekekekekkek , kekekkekeke hehehhehhe ahhahahah" suara kedengaran disebalik pokok . Apalagi kami sekawan terus terdiam seketika . Yang tak boleh blah pula ada ke patut kawan aku pergi tegur , dengan selamber dia menengur " oo kak pon yerr, suara tak best jangan lah ketawa camtu .. cuba buat perangai macam anak dara sikit " kata kawanku . Aku menoleh kearah kawanku , perhhh dia dah habiskan setengah botol Arak tequilla untuk bekalan kami bertiga . (buat pengetahuan tiada Muslim terlibat) . Sudah kebiasaan jika pergi memancing kami mesti berbekalkan Arak ataupun Beer untuk memanaskan badan .

Setelah 20minit tiada maklumbalas daripada "kakpon" tersebut akhirnya Mr J respect gile dengan kawan saya , yerlah kalau dah "high" mesti semua tak takut dan akhirnya kami masih lagi dengan semangat tegar pemancing terus meneruskan aktiviti memancing sampai ke pagi disitu Mr J sempat juga menanyakan rakan Mr J yang berasal daripada Bintulu mengenai apakah Tips menghindari digangu "kak pon" atau pontianak . Dia pun berkata sambil tersenyum:

1. Jika anda mendengar bunyi ketawa di tengah - tengah hutan atau sungai balas balik dan katakan kepadanya dengan nada yang sopan seperti " janganlah ketawa , abang takut" atau "kalau yer pun nak takle abang - abang sini , janganlah bagi signal ketawa teknik dah lapuk".

2. Jika "dia" menonjolkan dirinya dalam jarak 50meter katakan kepadanya " tak segan ke cik adik, ni semua abang - abang , adik seorang je perempuan " hah nescaya dia akan hilang .

3. Kalau anda merasakan ada sesuatu seperti berterbangan di atas kepala anda dan diyakini adalah Pontianak , katakan kepadanya tanpa menoleh ke atas "ooo nak sekodeng abang buang air besar nyerr " masa tu anda terus berpura - pura seperti buang air besar , memang sah dia akan blah dari situ .

4. Bila anda berada di hutan tertiba mencium bau bauan yang wangi nescaya mesti ada sesuatu dan bila dalam keadaan seperti itu anda terus mengejek dengan mengatakan " eleh dah lah pakai minyak wangi tiruan , murah pula tu " dan nescaya bau tersebut akan hilang.

5. Dan yang terakhir sekali , kalau "pontianak" dekat sangat dengan anda atau boleh dikira sebelah anda (tips berguna untuk lelaki) cuba peluk dan raba badan dia sambil tu sediakan paku dalam poket , atau cuba cabul kehormatan Pontianak itu , nah! pasti pontianak akan lari dan menangis .

Jangan tidak tahu Hantu pun mempunyai perasaan . hahah. sekian tips dari Mr J.


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

12 comments:

Charmaine Pua berkata...

Hahahaha kenapa tips ni macam khas utk lelaki ye?
Perempuan cam mana pulak?

Mr.J berkata...

Charmaine , thank 4 the comment, sebab Pontianak tuk Perempuan , belum pernah jumpe yang lelaki. hehe. peace.

Adelina_Guntor berkata...

hahaha...
sot mat d bro~

Mr.J berkata...

ukai sotnya. skill aja. keookekoe.

Suzana Ikram berkata...

laa.. betul ker bole pakai tip ni..?? mcm kelakar je..

tapi cerita yg menarik..

Mr.J berkata...

ikiqzana , betul kak, tapi kalau yang berani je lah, kalau yang takut , dengan bunyi pelik dah cabut. hehe.hantu ni berani kacau yang lemah je, kalau tersempak dengan manusia lebih berani dari dorang , dorang diam je.

Wilder berkata...

koekoekoekoekoe..cun amai nya jiki x_x dini nda bulih tips nya..ekekekee

Mr.J berkata...

Wilder, cun a. baka urang ia gak .

Aidi-Safuan berkata...

mr. j nih otak kunin!
lari~

Mr.J berkata...

aidi , kekadang otak kunin nih berguna jua.. heheh

morriss berkata...

beb, klu pontianak tu cun mcm maya karin, xpun mcm megan fox, aku ikut tips ko ni..hahaa

Mr.J berkata...

morriss , kalau buruk aku pun larikk..

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©