Anak Azean Irdawaty , Khaeryll Benjamin Ibrahim @ Benjy ditahan Polis kerana mengedar Dadah.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert


AZEAN bersama Benjy yang dilaporkan ditahan reman kerana disyaki mengedar dadah, Khamis lalu. Gambar fail dirakam tahun lalu.

Azean Irdawaty tak sangka anak ditahan kes edar dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Azean Irdawaty yang cuba menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, atau Benjy yang ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengedaran dadah, mengakui hatinya luluh selepas mendengar berita penangkapan anak kesayangannya itu.

Kak Yan (Azean) nak jumpa dia, nak peluk dia, nak cakap walau apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama... mama tetap sayangkan Ben. “Kak Yan bergegas ke balai, tetapi tidak dibenarkan jumpa Benjy. Hari ini pun (semalam) masih tak dapat jumpa dia. Dia orang (polis) tak bagi jumpa, cuma Kak Yan tahu Ben belum dituduh, masih dalam siasatan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kata Azean, walau apa pun terjadi, kasihnya terhadap Benjy tidak berkurangan langsung.

Semalam, Azean dilihat bersama peguamnya di balai polis berkenaan kira-kira jam 8 pagi dan beredar dari situ kira-kira 30 minit kemudian. Polis hanya membenarkan peguam dilantik keluarga beliau menemui Benjy.

Sambil mengakui berita penangkapan Benjy menyebabkannya seolah-olah sudah kehilangan kudrat, dia berusaha mengelak daripada mengalami tekanan perasaan yang keterlaluan.
“Kak Yan belum boleh tidur...hanya solat dan doa saja minta kekuatan daripada Tuhan menangani keadaan ini. Penyakit Kak Yan (kanser) tidak boleh stres, nanti berulang.

"Kak Yan harap semua faham kenapa Kak Yan tak dapat nak jawab panggilan telefon. Kak Yan terlalu kacau. Sewaktu terima berita dilanda kanser pun Kak Yan tidak lemah, sebaliknya Kak Yan sentiasa dibekalkan ketenangan oleh Allah.

“Malam tadi (Jumaat) sewaktu terima berita Benjy ditahan kerana dadah, dunia Kak Yan berpusing macam taufan, kaki macam tidak pijak lantai dan jantung rasa macam meletup, tidak percaya, tak tahu apa nak fikir,” katanya.

Beliau juga bingung memikirkan bagaimana anaknya boleh terbabit dengan aktiviti itu.

“Seribu soalan menerpa di kepala...dadah? Kenapa? Macam mana? Sejak bila? Dari siapa? Di mana silap aku sebagai ibu yang sentiasa amat menyayanginya? Apa dan siapa yang mendorongnya dan sampai tahap mana?,” katanya.

Berita penahanan Benjy menyebabkan aktres itu dihujani panggilan wartawan, tetapi Azean memohon maaf kerana tidak mampu menjawab pertanyaan mereka kerana dia terlalu sibuk untuk mengetahui kedudukan anaknya.

“Izinkanlah Kak Yan menenangkan diri untuk mencari kekuatan. Ini kerana Kak Yan perlu kuat sekiranya Benjy lemah. Kak Yan belum tahu apa hikmah di sebalik ujian ini.

“Tetapi Kak Yan reda dan tawakal, hidup mesti diteruskan. Semoga Allah mengadili Benjy seadanya,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan seorang artis lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta menjadikan kediamannya di sebuah kondominium mewah di Kepong sebagai tempat memproses kokain dan syabu.

Artis berusia 31 tahun itu ditahan bersama rakan wanitanya berusia 23 tahun di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut, kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu sebelum dibawa ke kediamannya untuk pemeriksaan lanjut.

Mengikut laporan, polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 tersembunyi dalam sebuah bilik di kediaman terbabit.

Polis turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah berkenaan. Kedua-dua suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan.

Beliau tidak mahu kes itu diperbesarkan kerana suspek masih dalam tahanan reman sehingga Khamis depan dan dikhuatiri mengganggu siasatan yang dijalankan pihak polis.

“Polis masih menyiasat secara terperinci kerana dikhuatiri ada individu lain terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah ini,” katanya. sumber

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/
(Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

dia ni mat pit bro dah lama tau . kompom hukum gantung!

Shaddow berkata...

Artis , kenapalah nak edar dadah? xcukup duit berlakon. haritu si anak pontianak positif dadah ni kes lain pula .

Tanpa Nama berkata...

artis pun manusia juga , setiap orang ada melakukan kesalahan

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 kes artis ambil dadah

MsAnisSyahirah berkata...

wow...
sungguh tak sangka kan?
huhuhu...
sedihnya baca komen mamanya..

Mr.J berkata...

artis....... semua org nak ambil kisah

Tanpa Nama berkata...

tak disangka2,cempedak dah jadik anggur..hehe

Tanpa Nama berkata...

ramai juga artis geng dadah ini

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©