Ricky Martin mengaku gay - Ricky Martin is a Gay.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kepada peminat - peminat Ricky Martin khasnya kaum wanita supaya anda lupakan sahaja perasaan minat yang mendalam kepadanya kerana Ricky Martin telah pun sah dengan pengakuannya bahawa dia adalah Gay dan dengan itu maka bersorak ria dan gembiranya golongan Gay dengan bertambahnya community Gay dengan Artis yang agak berpengaruh.



LOS ANGELES - Penyanyi Puerto Rico, Ricky Martin (gambar) kini berdepan dengan perasaan terkejut para peminatnya di seluruh dunia setelah dia mengesahkan khabar angin bahawa dia seorang gay.

"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," katanya di dalam laman web rickymartin.com. kelmarin.

Goyangan pinggang dengan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.

Penyanyi pop Latin itu merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun berikutnya telah menjadikan Ricky terkenal.

Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.

Menurutnya, hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya.

Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.

Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Salah seorang peminat Martin mengucapkan tahniah di laman web penyanyi berkenaan kerana dia membuat pengakuan tersebut. -Kosmo



Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/
(Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

1 comments:

Korn berkata...

apa nak jadi la artis sekrg

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©