Pernahkah anda menjalin hubungan dengan seseorang yang anda kenal di ruangan sosial ataupun di facebook, friendster , mirc serta di Yahoo Messenger? . Mr J ingat masa kecik - kecik dahulu semasa berumur 10tahun Mr J telah pun mengenali apa itu internet dan masa itu juga Mr J pernah membina sosial site daripada groups Msn tetapi sekarang dah tak ada lagi .
Ruangan Chatting memang popular sekali pada tahun 90an dahulu dan ramai juga rakan - rakan Mr J bertemu jodoh di Internet . Tetapi dalam kebaikan ada juga keburukkan dalam dunia IT ini , tiada siapa menjangkakan siapa identiti yang sebenarnya yang kita berborak di alam maya , ada juga yang sanggup emailkan gambar tetapi adalahkah gambar itu diakui kesahihanya milik individu tersebut .
Dan satu lagi bila diruangan forum ramai juga lelaki menggunakan Avatar perempuan comel dan ada yang seksi sedikit dan tujuannya adalah untuk menarik ramai pengujung ke forum tersebut dan juga menarik perhatian forumer yang lain untuk menjawap soalan , lelaki ni pelik sikit, bila tengok avatar perempuan yang bagi soalan laju je nak jawap.
Percaya atau tidak sesetengah forum yang anda masuk kekadang mempunyai ramai profile yang mengunakan gambar wanita , bukan susah nak cari gambar wanita search sahaja di google terpulang sama ada yang seksi atau tidak.
Kekadang pengunaan nickname serta gambar avatar wanita juga digunakan dengan meluas dalam marketing di dalam internet seperti MLM tujuan untuk menarik pelangan. Contohlah kalau Mr J mengunakan YM dengan nickname baby_manja dan avatar yang seksi siapa yang tak nak layan.
Justeru itu , mengunakkan gambar individu lain adalah salah dan boleh dikenakan undang - undang sama seperti menyamar menjadi individu lain dengan mengunakkan identiti gambar orang lain tanpa kebenaran.
Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/ (Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

0 comments:
Catat Ulasan