AMALAN mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum.
Pelakon Malaysia Tony Yang berasal dari Sarawak turut mempunyai ukiran Tattoo Sarawak. mstar.com.my
Kini, perhiasan tatu yang gemar digayakan anak muda sama ada pada wajah, leher, tangan atau kaki, membawa pengertian istimewa atau maksud tertentu di sebalik kehidupan yang dilalui mereka.
Jika ke Sarawak, jangan terkejut jika terserempak dengan masyarakat pribumi yang mencacah seluruh tubuh badan. Apabila menghampiri rumah panjang masyarakat Iban atau Bidayuh, bertatu seperti kelaziman.
Bagi masyarakat Iban Sarawak, golongan dewasa kebanyakan memiliki tatu di kepala hingga ke hujung kaki, melambangkan status sosial dan keberanian mereka.
Menurut pengukir tatu terkenal di Kuching, Ernesto Kalum, 36, masyarakat Iban mencacah leher dan badan mereka secara tradisional sebagai membuktikan semangat kepahlawanan mereka.
Katanya, amalan itu dilakukan apabila seseorang pahlawan atau ketua memenggal kepala musuh.
"Tatu adalah keistimewaan orang Iban. Lagi banyak kepala musuh dipenggal, banyaklah tatu di badan mereka. Setiap motif tatu yang dilukis mempunyai maksud berbeza selain menjelaskan cara hidup, pengalaman dan keberanian mereka.
"Tatu juga dikatakan mampu menghubungkan masyarakat Iban dengan dunia roh datuk moyang mereka, melindungi mereka daripada penyakit berbahaya dan kuasa jahat," katanya.
Selain pernah menjadi perunding tatu, Ernesto amat terkenal dalam mempamerkan cara membuat tatu Iban secara tradisional di Amerika Syarikat dan Eropah.
Ernesto yang mula berjinak-jinak dalam seni tatu pada 1993 dan memiliki kedai tatu sendiri, Borneo Head Hunters Tatoo Studio di Kuching sejak 1998, berkata peranan tatu dalam kehidupan wanita dan lelaki berbeza.
Menurut lulusan undang-undang dari England ini, selain wanita mencacah badan sebagai perhiasan diri, tatu juga melambangkan kemampuan mereka menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri serta kebolehan menari.
INFO
Masyarakat Iban Sarawak amat popular dalam amalan bertatu.
Amalan bertatu bagi Iban dianggap keberanian dan status kedudukan dalam masyarakat.
Antara corak tatu tradisional bagi masyarakat Iban adalah bunga terung, ketam itit (motif gabungan ketam dan naga), renguang (sejenis serangga), kelam ketir dan sebagainya.
Corak tatu pada zaman dulu menggunakan kaedah tradisional iaitu ketuk menggunakan kayu dan jarum manakala zaman moden, kaedah elektrik.
Amalan bertatu bagi Iban dianggap keberanian dan status kedudukan dalam masyarakat.
Penggunaan Tattoo Tradisional masih lagi dipraktikkan.
Antara corak tatu tradisional bagi masyarakat Iban adalah bunga terung, ketam itit (motif gabungan ketam dan naga), renguang (sejenis serangga), kelam ketir dan sebagainya.
Corak tatu pada zaman dulu menggunakan kaedah tradisional iaitu ketuk menggunakan kayu dan jarum manakala zaman moden, kaedah elektrik.
Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/ (Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

4 comments:
it's good to know bout various cultures in Malaysia :)
Tatoo macam seni gak bagi sesetengah bangsa.
Emm... kalo nak bertatu tu....perlula ambik kira dulu...pikir baik2 bukan nya macam nak padam papan hitam or white board lepas tu kalo dh x suka lagi ni... hehee..oh ye..sape2 suka tatu tu..perlu ambik tahu apa makna/cerita disebalik tatu anda tu...jangan main lantak cromo je. bagi kaum iban tatu tu penuh dgn makna masing2... [terpikir pulak nak tatu pake watercolor pas ni]
jessigirl , nak i tolong lukiskan guna maker x? hehee kat badan u.:P
Catat Ulasan