Piala FA 2010 Milik Negeri Sembilan apabila Menumpaskan Kedah. Negeri Sembilan vs Kedah - kemenangan Penalti.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Nampaknya Ramalan pengeRindu sedikit Tersasar , sedikit ke? i harapkan Negeri Sembilan menang 3 - 1 dengan Kedah tetapi terpaksa akur dengan Kemenangan Penalti sahaja.




NEGERI Sembilan muncul juara selepas menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Begitupun, kemenangan tersebut diraih menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani tampil sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan terakhir pemain Kedah, Mohd. Sabre Mat Abu untuk membolehkan pasukannya menjuarai Piala FA buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2003.

Ternyata semangat tidak berputus asa yang dipamerkan pemain-pemain Negeri Sembilan sepanjang perlawanan tersebut berbaloi walaupun pada suatu ketika ketinggalan 0-1 namun berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan.

Dengan kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu mudah menyerap segala tekanan untuk mengekang serangan yang dilakukan oleh Kedah.

Bagaimanapun, Kedah yang dibarisi rata-rata pemain muda membuka tirai jaringan menerusi Badrol Bakhtiar yang melambung cantik bola hasil gerakan satu dua dengan Mohd. Fadly Baharum sekali gus menewaskan penjaga gawang Negeri Sembilan yang dikawal oleh Sani Anuar pada minit ke-27.


Negeri Sembilan yang tersentak dengan gol pendahuluan Kedah kembali memperkemaskan jentera serangan mereka dan gerakan solo Mohd. Shaffik Rahman berjaya menghadiahkan gol penyamaan buat pasukannya pada minit ke-39 untuk mengikat keputusan seri 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Ketumpulan bahagian serangan Negeri Sembilan yang diterajui Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak agak ketara dan beberapa peluang untuk menambah jaringan dipersia-siakan.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan tampil lebih agresif tetapi tetap gagal untuk menggegar gawang.

Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Begitupun, aksi pada masa tambahan ternyata penuh mendebarkan dengan percubaan-percubaan berbahaya yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Namun, kekentalan barisan pertahanan baik Negeri Sembilan mahupun Kedah berjaya mengekang segala asakan dan menyaksikan jentera serangan kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh gol kemenangan.

Pada penentuan sepakan penalti, Negeri Sembilan lebih bernasib baik kerana berjaya menyempurnakannya sebaik mungkin sekali gus tampil sebagai juara Piala FA edisi ke-21 ini. Kosmo



Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©