Piala AFF: HARIMAU "Malaya" layak ke Separuh Akhir selepas menumpaskan Sang Singa!.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia gah layak ke separuh akhir, Piala AFF Suzuki selepas menewaskan juara bertahan, Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini.


Kemenangan itu, dengan dua gol pada minit-minit terakhir masa tambahan, membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan.

Gol Malaysia adalah sumbangan Safee Sali pada minit ke-61, Safiq Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra Mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal tuan rumah menerusi sumbangan Khairul Amri Kamal (m-83).

Dalam perlawanan lain, Thailand muncul juara kumpulan dengan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Myanmar 2-0.

Dalam separuh akhir pertama nanti, Malaysia akan menentang juara Kumpulan A, Vietnam pada 7 Disember manakala Thailand menentang naib juara Kumpulan B, Filipina pada 6 Disember.

Malaysia berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-42, namun rembatan susulan daripada Safee Sali terkena tiang kanan pintu gol lawan dengan penjaga gol tuan rumah, Hassan Abdullah Sunny langsung tertewas.

PEMAIN Singapura, Harris Harun (tengah) bersama rakan sepasukan yang kecewa selepas tewas 3-1 kepada Harimau Malaya pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Selepas rehat, skuad negara kembali menggandakan asakan memburu jaringan dan keringat mereka berbalas apabila Safee menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi satu rembatan padu.

Jaringan itu mencetus ceria buat hampir 1,000 penyokong Harimau Malaya.

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh bersama pemain meraikan kemenangan selepas menumpaskan Singapura 3-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Tersentak, Singapura kembali mengemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi penyerang, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal yang menolak masuk bola ke gawang Malaysia selepas berlaku kekalutan di depan pintu gol.

Anak didik Dollah Salleh enggan mengalah dan berjaya mendahului pada minit ke-91 hasil sepakan penalti perancang tengah, Safiq Rahim selepas pemain negara, Mohd Amri Yahyah dijatuhkan pertahanan Singapura dalam kotak penalti.

Pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin memastikan tiket separuh akhir menjadi milik Malaysia dengan gol ketiga selang tiga minit kemudian.

Thailand pula mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Myanmar hasil Tanaboon Kesarat pada minit ke-12 dan Prakit Deeporm, minit ke-83.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin)

SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Tahun 2014 semakin berakhir, Pasukan Bolasepak Malaysia kini layak ke Piala Dunia.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tinggal kurang beberapa hari atau minggu lagi kita khususnya Bolasepak Malaysia akan menglangkah ke satu sejarah yang cukup tinggi nilainya ataupun satu - satunya sejarah nusantara yang akan dikenang sehingga ke anak cucu bahkan seterusnya kepada generasi berikutnya.

Kita sudah Layak!
Mungkin minggu depan Pasukan Malaysia akan menentang Pasukan Sepanyol dalam sesi pusingan pertama Piala Dunia dan seterusnya akan menentang Pasukan Brazil dalam suku akhir Piala Dunia. 

Gerai mamak seluruh negari dalam Persekutuan Malaysia termasuk Sabah & Sarawak menyediakan lintas langsung perlawanan Piala Dunia yang melibatkan Sejarah yang lebih hebat daripada sejarah kesultanan melayu melaka iaitu Mencipta Sejarah di Piala Dunia!.

Okkk! cukup sudah berangan, maafkan Mr.J mungkin sebahagian diatas adalah "khayalan" sepertimana apabila terbaca satu "janji" oleh FAM di keratan akhbar tahun 1999 bahawa Pasukan Bolasepak akan ke PIALA DUNIA menjelang 2014.

Mungkin menjelang Tahun 2400 barulah mampu rasanya.

- Mr.J tak suka riak riak takbur!
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SUKAN : Pondan Malaysia Cicie Sinclair & Hendra bakal mengharumkan nama negara di Miss International Queen 2014

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hebat! bukan calang - calang perserta yang berjaya dan akan bertanding untuk merebut gelaran Miss International Queen 2014 sememangnya mempunyai klass yang tersendiri.

Tahun ini iaitu 2014 dua itik tambatan daripada Malaysia telah berjaya menjadi perserta top manakala keputusannya akan diketahui di laman missinternationalqueen.com

Kini golongan Transgender di Malaysia mampu tersenyum

Diantara para perserta daripada pelbagai negara iaitu Filipina, Singapura, Brazil, Vietnam, Korea Selatan, Malaysia, Turki, Jepun, Sepanyol, Thailand, Chile, Myanmar, Nicaragua, Mongolia, Russia, Venezuela, USA, Jepun, Peru dan Cuba. 

Miss International Queen 2014 ini dianjurkan oleh satu organisasi daripada negara jiran iaitu Thailand, siapakah pula perserta daripada Malaysia? 

Cicie Sinclair dan Hendra bakal mengalas tugas berat di Miss International Queen 2014 
Malaysia pula disadang oleh dua perserta iaitu Cicie Sinclair dan Hendra sekaligus mencerahkan lagi peluang untuk menjuari gelaran tersebut.

Wajah yang cantik dan pastinya cukup memukau sesiapa sahaja termasuk Mr.J walau sekadar melihat gambar mereka berdua ( yang no 19 tu cun tapi sayang.. )

Apa - apapun semoga kedua mereka suksess dan meletakkan nama negara di persada antarabangsa agar negara lain melihat kita juga mampu! 

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Flashback : Bolasepak Sarawak , penjaring gol terpantas (5saat) disimpan oleh Pengiran Bala dari Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Bolasepak Sarawak, Pengiran Bala Pemain Bolasepak Sarawak berbangsa Kelabit , sekiranya dia bermain maka "bala" menanti pasukan lawan.


Pemilik Rekod penjaring gol paling pantas iaitu 5 saat selepas perlawanan bermula. Dijaringkan ketika Sarawak menewaskan Pahang 2-0 pada tahun 1989.

- Mr.J via Sarawak Football

Live Streamming TV: SARAWAK VS SIME DARBY. ( Suku Akhir 2 - Piala Malaysia 2013 ) 5 October 2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pada Perlawanan Suku Akhir Pertama iaitu Pasukan Sarawak bertandang ke tempat lawan untuk menentang Sime Darby berkesudahan seri tanpa jaringan.

Kali ini giliran Sime Darby berkunjung ke Lubuk Puaka Bujang Senang di Stadium Negeri Sarawak. Dianggarkan puluhan penyokong Sarawak akan memberikan semangat kepada pasukan mereka dan juga diramalkan limpahan penyokong bakal berlaku.

Mari kita saksikan Pasukan manakah yang berjaya untuk ke Pusingan seterusnya iaitu Separuh Akhir.

 SARAWAK 3 VS 1 SIME DARBY
Suku Akhir Kedua
( Penentuan ke Separuh Akhir )
Sarawak layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013

Mari kita saksikan Siaran Langsung dibawa oleh RTM di TV1 pada pukul 8.40 malam nanti.



Sejarah Info Bolasepak Sarawak : 
Pada Tahun 1989 Insiden Hitam berlaku kepada Pasukan Sarawak sewaktu menentang Kuala Lumpur di Stadium Merdeka iaitu pada Pusingan Suku Akhir. 

Awang Mahyan ( Jurulatih Sarawak 1989 Ngap Sayot Slogan ) dikasari Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan. 

"Saya tak kenal siapa dia masa itu, akibat terlalu marah saya meludah muka Zaman Khan," katanya sambil menjelaskan perlawanan berkenaan dihentikan dan Kuala Lumpur diberi kemenangan percuma. 

Persatuan Bolasepak Sarawak juga pernah menarik diri dengan tidak mahu menyertai FAM ketika itu kerana sentimen nasionalisme diantara Sarawak dan Tanah Melayu agak kritikal ketika itu. Baca Selanjutnya di Ngap Sayot.


- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Live Streamming TV: Suku Akhir 1 - Sime Darby VS Sarawak . ( Piala Malaysia 2013 ) 28 September 2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
28 September 2013 iaitu Pasukan Bujang Senang yang dianggap Cap Ayam oleh Stesen Radio EraFM  nampaknya inilah yang katakan tuah ayam nampak di kaki tetapi ini ayam bukan sebarang ayam sabung sekali libas putus kepala . 

Pada perlawanan lepas , Sang Seladang yang pernah menanduk Si Buaya satu ketika dahulu terpaksa akur kecundang sehingga habis binasa diterkam bertubi - tubi di Lubuk Puaka Sarawak.


Keputusan : Sime Darby 0 - 0 Sarawak
Suku Akhir Pertama


Mari kita saksikan Siaran Langsung dibawa oleh RTM di TV1 pada pukul 8.40 malam nanti.


- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Tonton Siaran langsung Sarawak vs Perak 21 September 2013 Piala Malaysia.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini iaitu 21 September 2013 iaitu Pasukan Bujang Senang akan melayani kunjungan Pasukan Perak ini adalah merupakan perlawanan yang cukup gentir serta kemenangan menjadi rebutan bagi kedua - dua pasukan pada malam ini.


Mari kita saksikan Siaran Langsung dibawa oleh RTM di TV1 pada pukul 8.40 malam nanti. Siapakan yang layak untuk pusingan seterusnya.



- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Tonton Piala Malaysia Live Streamming: Singapura Lions XII Vs Sarawak 18/09/2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Singapura Lions XII Vs Sarawak

Tarikh : 18 September 2013
Lokasi : Jalan Padang Besar, Singapura.

Full Time :
Singapura Lions 1 Vs  0 Sarawak

Keputusan semua Perlawanan Bolasepak Piala Malaysia 25 Ogos 2012.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
BERIKUT kedudukan Penuh perlawanan kedua saingan Piala Malaysia 2012:

Kumpulan A

Johor (1) (2) Johor FC
(Stadium TSDH Hassan Yunos)

LionsXII (3) (1) PKNS
(Stadium Jalan Besar)


Kumpulan B

ATM (2) (1) Terengganu
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang)

Kelantan (2) (1) Kedah
(Stadium Sultan Muhammad IV)

Kumpulan C

N.Sembilan (4) (0) Sime Darby
(Stadium Tunku And Rahman,Paroi)

Perak (1) (4) Felda United
(Stadium Perak)
*masih berlangsung

Kumpulan D

T-Team (0) (0) Sarawak
(Stadium Sultan Ismail)

Selangor (2) (2) Pahang
(Stadium Shah Alam)


Keputusan Penuh akan menyusul nanti.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Dayung Bidayuh Pandelela Rinong Pamg Dikurnia bintang negara Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
KUCHING – Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam dengan diberi sambutan sebagai seorang Serikandi.

Pandelela, 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak iaitu Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlet tempatan pertama dianugerah Johan Bintang Kenyalang (JBK).


Bintang tersebut dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada satu majlis di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.

“Saya amat berbangga dan terharu kerana dipilih untuk menerima pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, saya tidak akan lupa diri dan asal usul saya. Apa yang penting ialah saya ingin menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Bumi Kenyalang untuk menceburi acara sama,” kata Pandelela pada majlis itu.







Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Gangsa milik Pandelela Rinong. Kini XPDC Olimpik mencari Johari Pain, tunaikan janji "dikerati" Potong Pisang anda.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ini adalah kisah yang telah tersebar luar di laman sosial yang melibatkan atlet terjun negara iaitu Pandelela Rinong , sebenarnya dia tak ada terlibat apa - apa tetapi individu yang "melibatkan" dirinya ke kancah "olimpik" dengan sebuah janji yang cukup tinggi dan disaksikan beribu - ribu pelayar laman sosial yang lain.

Pemuda yang bernama Johari Pain telah membuat satu janji yang cukup "besar" sekali sehingga sanggup memgorbankan "sistem pembiakkanya" sekiranya Pandelela Rinong mampu membawa sebarang pingat dari London .

Akhirnya , Pandelela Rinong menjadi atlet pertama dalam sejarah Negara Sarawak ( Malaysia ) menjulang pingat di temasya Olimpik 2012 di London dengan membawa pulang pingat Gangsa.

Sedang rakyat malaysia bergembira dengan kejayaan ini tetapi kejayaan ini merupakan mimpi ngeri bagi seorang pemuda yang bernama Johari Pain kerana dia telah berjanji akan mengerat "sistem pembiakkannya" dan perlu disaksikan oleh kesemua saksi dilaman sosial seperti mana dia berkata demikian di wallpost facebooknya.

Page memaksa Johari Pain menunaikan janji ditubuhkan oleh peminat Pandelela Rinong .

Atas kerana keceluparan 'tangan yang menaip' maka badan menangung sakit , bak kata perpatah Mr.J " terlajak perahu boleh diundur , terlajak Enter ? pandailah berjawab" .

Lagi Page yang diwujudkan iaitu "Johari Pain ku tunggu janji mu" .

Tiada istilah "Profile aku , hak aku , sukahati akulah nak cakap" dalam laman sosial masakini .

Ya , Profile anda sememangnya hak anda dan anda berhak bercakap apa sahaja tetapi tanpa melibatkan perasaan individu yang lain seperti contoh kes Penghinaan yang dibuat kepada Rakyat Sabah tempoh hari dan juga kes Hina pelajar di Sabah .

Jadi , jika tidak mampu berjanji maka jangan berjanji lebih - lebih lagi janji yang melibatkan "Sistem Pembiakkan" anda .



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Terkini: Pandelela Rinong Mara ke FINAL Olimpik !!!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Nampaknya Atlet daripada Sarawak berjaya ke peringkat Akhir dan ini memberikan harapan untuk pingat untuk Sarawak (Malaysia) !

Pandelela Rinong berjaya menduduki tempat ke 5 pada acara 10m platform individu wanita.

Update 10/8/2012 :

( Tempat ketiga . GANGSA )Pandelela akan menerima ganjaran kerajaan bernilai RM100,000 kerana memenangi gangsa selain pencen RM2,000 seumur hidup, bermula bulan depan). Sekarang saya hanya mahu bercuti dan mungkin membeli belah sedikit sebelum pulang ke tanah air pada 14 Ogos ini.

Kalau dahulu Sarawak mengejutkan semua pihak semasa Komanwel 98 iaitu Tinju dimenangi oleh Sapok Biki dan tak mustahil di Olimpik 2012 Sarawak bakal mencipta Sejarah melalui Pandela , apa - apa pun semoga Pandela buat yang terbaik . Agi Idup Agi Ngelaban! .


Agi Idup Agi Terjun!



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Liga Super 2012 : Keputusan Sarawak vs Kedah . 17/4/2012

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Setelah beberapa perlawanan Sarawak, kini Pasukan Ngap sayot Agi idup Agi Ngelaban semakin menunjukkan taring serta libasan ekor buaya puaka Sarawak .

Kedua - dua pasukan bertemu kembali dan kini adakah Sang Kenari mampu membalas dendam kekalahan 0-2 kepada Si Bujang Senang tempoh hari .

Sarawak 0 - 2 Kedah




Keputusan Akan di update malam ini :

Sedikit Info perlawanan Lepas :

Kedah vs Sarawak ( 0 - 2 ) 14/03/2012
Dalam perlawanan itu, gol Sarawak dijaringkan oleh Mohd Shahrol (73') dan Ashri Chuchu (85'). Dengan keputusan tersebut, Kedah kini ditangga ke 12 liga super manakala Sarawak ditangga ke 8 liga.

Sarawak vs Kelantan ( 1 - 1 )
Ternyata pasukan Ngap sayot Bujang Senang semakin digeruni apabila Pasukan Kelantan nyaris - nyaris dikalahkan dan dimalukan sebagai status pendahului liga super. Apabila Pasukan kelantan hanya memperolehi gol penyamaan pada minit - minit terakhir.

PKNS vs Sarawak ( 1- 4 )
Pasukan Bujang Senang berpesta gol di laman lawan apabila ganas melibas pasukan PKNS ternyata Dendam keramat Buaya Sarawak masih belum puas .

Sarawak vs Malaysia ( 1-1 )
Sarawak dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia ( Harimau Malaya ) ternyata tidak mampu mengangap Sarawak pasukan yang senang dicabar seperti dahulu malah Pasukan Harimau Malaya hanya mampu Seri 1 sama .

Sarawak vs Singapore Lions ( 0-1 )
Perlawanan yang cukup kontroversi dimana memperlihatkan pengadil yang ternyata berat sebelah.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Liga Super 2012: Kelantan ditolak 5 mata dan dihalang bermain di SSMIV.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Berita dari Facebook Terengganu FC, FAM akan mengambil tindakan keras ke atas KAFA atas kejadian pembakaran “boneka” Setiausaha Agung FAM semalam. Kelantan akan dihukum tak boleh bermain di SSMIV selama 5 perlawanan dan ditolak 5 mata.

Esok akan diumumkan di sidang media di FAM. Sumber WowBerita.org





Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Liga Super 2012 : Sarawak vs Kedah 13/04/2012 .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Setelah beberapa perlawanan Sarawak, kini Pasukan Ngap sayot Agi idup Agi Ngelaban semakin menunjukkan taring serta libasan ekor buaya puaka Sarawak .

Sedikit Info perlawanan Lepas :

Sarawak vs Malaysia ( 1-1 )
Sarawak dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia ( Harimau Malaya ) ternyata tidak mampu mengangap Sarawak pasukan yang senang dicabar seperti dahulu malah Pasukan Harimau Malaya hanya mampu Seri 1 sama .

Sarawak vs Singapore Lions ( 0-1 )
Perlawanan yang cukup kontroversi dimana memperlihatkan pengadil yang ternyata berat sebelah

PKNS vs Sarawak ( 1- 4 )
Pasukan Bujang Senang berpesta gol di laman lawan apabila ganas melibas pasukan PKNS ternyata Dendam keramat Buaya Sarawak masih belum puas .

Sarawak vs Kelantan ( 1 - 1 )
Ternyata pasukan Ngap sayot Bujang Senang semakin digeruni apabila Pasukan Kelantan nyaris - nyaris dikalahkan dan dimalukan sebagai status pendahului liga super. Apabila Pasukan kelantan hanya memperolehi gol penyamaan pada minit - minit terakhir.


KEPUTUSAN RASMI :
KEDAH 0 - 2 SARAWAK





Keputusan Penuh Pasukan Bertanding Liga Super 2012



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bujang Senang Menganas, gambar 2 Punk menganas di perlawanan Sarawak vs Kelantan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Saya sebagai Bloggers Sarawak amat mengesali perbuatan segelintir penyokong Pasukan Sarawak semalam. Mr. J

Tapi Sebelum itu Mr. J ada Nota Komen untuk pembaca :

Saya cuma terkilan kenapa reporter tidak mengatakan perkara yang sebenar. Gambar tidak boleh mentafsirkan apa yang berlaku sebenarnya.


SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan. Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Gambar diatas : Seorang angota FRU ditumbuk bertubi-tubi oleh pemuda berambut Punk , makala seorang lagi menghalang angota Fru.

Mangsa mengalami Luka teruk dibahagian mulut.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Awas! Bujang Senang kini semakin menganas! Ulasan Sarawak vs Kelantan Liga Super 2012.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Perlawanan semalam diantara Sarawak menentang Kelantan cukup mendebarkan dan hampir - hampir kepala sang kijang/rusa digantung di Stadium Negeri Sarawak semalam.

Apa yang Mr J boleh lihat sekarang adalah Pasukan Sarawak diambang kebangkitan dan sang bujang senang semakin garang untuk membaham apa sahaja .


Perlawanan lepas Sarawak telah membelasah PKNS dengan jaringan 4 Sarawak dibalas 1 PKNS dan ini menunjukkan Bahawanya Pasukan Bujang Senang bukan lagi pasukan yang dipandang rendah.


Dan seterusnya pendahului liga super iaitu Singapore Lion Juga tidak mampu untuk menundukkan kebengisan sang Bujang Senang dan juga hanya mampu seri di Sarawak.

Perlawanan seterusnya Skuad Bujang Senang akan berkunjung ke Kedah pada 13 April 2012.

Sarawak kini ditangga yang ke 8 di Carta Liga berkongsi mata dengan adiknya iaitu Sabah.

Kini Pasukan lain semakin berasa "kerisauan" dan 'gerun" apabila menentang Sarawak setelah 2 pendahului Liga Super iaitu Singapore Lions dan Kelantan yang hampir - hampir dipenggal di Sarawak dan ini menunjukkan sesuatu yang menarik di Sarawak.


Kini Peminat Sarawak memperlihatkan pertambahan dan memenuhi ruang di Stadium Negeri Sarawak dan setiap kali perlawanan dipenuhi oleh para penyokong Ngap Sayot!.

Rekod Sarawak :
  • Piala Malaysia: Naib Juara1999 (Tewas kepada Brunei 1-2)
  • Piala FA Malaysia: 11992 (menewaskan Kuala Lumpur 2-1)Naib Juara 1996 (tewas kepada Kedah 0-1), 2001 (tewas kepada Selangor 0-1)
  • Piala Sultan Haji Ahmad Shah: 11998 (menewaskan Selangor 3-2)


Jangan lupa bahawa Sarawak pernah hampir menjulang Piala Malaysia semasa menentang Brunei di Peringkat Akhir dahulu dan juga Liga Super suatu ketika dahulu.

Keputusan Penuh Kesemua Pasukan Liga Super 2012



Sarawak menggunakan pelbagai tema dan gelaran. Sarawak menggunakan team Kenyalang Enda Cuak, sebelum ini Sarawak turut menggunakan tema Ngap Ajak, Encang Sarawak Encang, Ngap Sayot dan Tebang Balau , Agi Idup Agi Ngelaban!.

Era Ngap Sayot (1988-1990)
Era Ngap Sayot menyaksikan begitu tingginya semangat berpasukan pasukan Sarawak, permainan mantap, strategi berkesan dan penuh kontroversi. Di tonton oleh pelbagai generasi dan dianggap sebagai era terbaik yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Sarawak.

Slogan Ngap Sayot telah diilhamkan oleh bekas jurulatih pasukan itu, Awang Mahyan Awang Mohamad semasa kemuncak permainan mereka di antara tahun 1988 hingga 1990. Pada zaman ini, pasukan


Detik Cemas Era Ngap Sayot!
FAS untuk menarik diri dari FAM, dan hubungan ketegangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Integrasi nasional sememangnya goyah. Kertas kerja kebangsaan dan media sasaran serangan dan konfrontasi. Malah seorang menteri persekutuan dari Kuala Lumpur telah dinasihatkan tidak pergi ke Sarawak kerana sebab ini. Isu itu kemudian diselesaikan apabila Timbalan Presiden FAM telah dihantar untuk berdamai, dan FAS menyertai semula FAM.

Era Encang Sarawak Encang(1992-2003)
Kejayaan Sarawak pada zaman ini telah diterajui oleh Alan Vest dan Abdul Jalil Ramli.Sekitar masa ini, Sarawak mengubah maskot mereka dari kucing hitam buaya, jolokan Bujang Senang. Pasukan itu sendiri secara amnya dikenali sebagai buaya.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Orang Kuat Borneo di Pentas Dunia Komanwel 98 , Siapakah Sapok Biki?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sukan Komanwel pada tahun 1998 cukup bermakna dan yang paling mengejutkan apabila sukan tinju yang dianggap tidak mampu meraih apa - apa pingat akhirnya menjadi sebuah mimpi indah serta kenyataan bagi peninju asal dari Sarawak iaitu Sapok Biki .

Sapok Biki telah memenangi pingat emas dalam kategori light flyweight dan sekaligus mengejutkan beberapa nama besar pada kategori tersebut . Sehingga di Sarawak ada yang mengangapnya sebagai Keturunan Pahlawan "Bujang Berani"

Bukan itu sahaja , pada Sukan SEA 1995 di Chiang Mai , Thailand dia juga berjaya merangkul pingat Perak.

Menurut info yang terakhir Sapok Biki sekarang ni bertugas di Melaka sebagai jurulatih tinju di Kem Sungai Udang.

* Pendapat Mr. J adalah , Beliau atau Sapok Biki wajar diberi Pingat atau pangkat kerana mengharumkan nama Malaysia di Pentas Dunia pada Komanwel , Datuk ke.. ini Shah Ruh Kain pun tak ada warganegara diberi Datuk. Peliknya Malaysia.

Dibawah ini adalah Pemenang Pingat Emas pada Sukan Komanwel 1998.

1. Kenny Ang/Ben Heng (Tenpin Bowling: Men's Doubles)
2. Kenny Ang (Tenpin Bowling: Men's Singles)
3. Nurul Hudda Baharin (Shooting: Women's Individual Air Rifle)
4. Muhamad Hidayat Hamidon (Weightlifting: Clean & Jerk up to 69kg)
5. Yong Hock Kin/Wong Choong Hann/Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock/Lee Wan
Wah/Choong Tan Fook/Ong Ewe Hock (Badminton: Men's Team)
6. Carolyn Au-Yong/El Regina Tajudin/Sarina Sundara Rajah/Thye Chee
Kiat (Rhythmic: Team)
7. Sapok Biki (Boxing: 48kg)
8. G.Saravan (Athletics: Men's 50km Walk)
9. Wong Choon Hann (Badminton: Men's Singles)
10. Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (Badminton: Men's Doubles)


Dibawah adalah petikan daripada utusan:

SETIAP sukan mempunyai ikonnya sendiri. Apabila menyebut tentang tinju, pastinya tiada nama yang lebih masyhur daripada jagoan Iban, Sapok Biki.

Sebelum tanggal 20 September 1998, mungkin hanya segelintir yang mengikuti perkembangan sukan tanah air mengenalinya, tetapi tidak lagi sejak hari itu kerana nama Sapok Biki sentiasa disebut dan menjadi perbualan sehinggalah hari ini.

Stadium Melawati Shah Alam menjadi saksi pemuda yang ketika itu berusia 24 tahun melakar pencapaian luar biasa merangkul pingat emas Sukan Komanwel apabila menumbangkan peninju Kenya, Mosses Kinyua pada pertarungan akhir kategori 48 kilogram yang penuh rancak.

Emas yang langsung tidak diduga itu telah menyumbang kepada kutipan cemerlang kontinjen negara, 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Lebih manis ia merupakan emas sulung Malaysia dalam sukan tinju pada temasya berprestij itu.

Detik emas itu dipertontonkan secara langsung ke seluruh negara, sekali gus menjadi sanjungan setiap rakyat Malaysia yang terharu menyaksikan semangat juang tingginya.

Kini 13 tahun sudah berlalu, hari bersejarah itu masih lagi segar dalam ingatannya.

"Ia seperti baru berlaku semalam. Pingat emas Sukan Komanwel yang tidak diduga sama sekali dan lebih bermakna dicapai di tanah air sendiri, di depan kedua-dua orang tua, dalam suasana stadium bergema dengan sorakan 'Malaysia Boleh' dan 'Sapok Sapok'.

" Setiap saat pada hari tersebut saya ingat dengan jelas," kata pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Leftenan itu membuka perbualan.

Sebelum ke final, Sapok membelasah petinju Zambia dengan kemenangan besar 23-6 dan dia kemudian berhempas pulas menyingkirkan Gary Jones dari England 15-11 sebelum mengatur perhitungan terakhir dengan Mosses.

Sapok tahu lawannya pada final itu adalah juara Afrika empat kali, namun tidak mahu membiarkan dirinya digertak dengan cerita betapa kuat dan menggerunkan lawan terbabit.

Daripada membiarkan dirinya tertekan, Sapok memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk berehat sehari sebelum penentuan pingat emas.

"Jurulatih (Adun Pasu), menyuruh saya menonton rakaman video aksi Mosses yang disediakan untuk saya bagi memahami corak tinju lawan.

"Bagaimanapun tanpa pengetahuan jurulatih Adun, saya mengingkari arahan itu dan tidak menontonnya. Saya tidak menontonnya kerana saya khuatir ia akan mempengaruhi persembahan saya di gelanggang nanti.

"Di atas kertas Mosses yang berpengalaman tentunya lebih hebat. Namun, saya akan pastikan saya turun ke gelanggang dengan berbekalkan semangat tinggi mahu membalas kepercayaan Majlis Sukan Negara memilih saya sebagai atlet program Jaya 98.

"Setidak-tidaknya saya juga ada kelebihan iaitu beraksi di hadapan penyokong sendiri bukan sahaja di stadium, tetapi juga mereka yang menonton di kaca televisyen. Saya tidak mahu mengecewakan mereka semua," katanya.

Maka hari penting pun tiba, ternyata Sapok tidak mengecewakan. Dari loceng permulaan dibunyikan, Sapok langsung tidak kelihatan seperti akan kalah dan akhirnya menang dengan kiraan mata 16-11.

"Saya mengguna pakai segala ilmu yang pernah dituntut selama tiga tahun di Cuba, Mexico, Mauritius dan Kepulauan Seychelles. Saya sedikit sebanyak tahu gaya tinju Afrika yang menerapkan kepantasan dan tumbukan.

"Adalah sangat penting untuk tahu menilai dan membaca gerakan lawan pada suku pertama, barulah selepas itu anda tahu apa harus dilakukan untuk menang.

"Sebaik mendengar loceng penamat, saya tahu kemenangan memihak saya. Apabila pengadil mengangkat tangan saya sebagai pemenang, kegembiraannya tidak dapat digambarkan," imbasnya.

Sapok, kini 37 dan bertugas sebagai Kuarter Master di Kem Terendak, Melaka, juga menjadi satu-satunya petinju negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik.

Pada Temasya Atlanta 1996, Sapok yang serba mentah ketika itu; baru berkecimpung dalam sukan tinju dua tahun sebelumnya, kecundang awal kepada petinju handalan Mexico yang sudah bertarung lebih 140 perlawanan.

"Ramai yang berkata kepada saya, alangkah baiknya jika saya pergi ke Olimpik 96 dengan tahap kebolehan saya pada Sukan Komanwel 98, mungkin boleh melakar kejutan menurut mereka," katanya yang bagaimanapun berbangga kerana layak beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu secara merit selepas mengharungi empat pusingan kelayakkan.

Meskipun bergelar juara Komanwel, di peringkat Asia Tenggara, dia hanya mampu bergelar 'kedua terbaik' sebanyak empat kali.

Maklumlah, dia tewas kepada barisan petinju Thailand bertaraf dunia, termasuk juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Beijing 2008, Somjit Jongjohor.

Sapok meraih pingat perak di Chiangmai 95, Jakarta 97, Brunei 99 dan Kuala Lumpur 01.

*tidak hairanlah istilah "agi idup agi ngelaban!" kerana Sarawak juga mempunyai "badang" .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©