Bujang Senang Menganas, gambar 2 Punk menganas di perlawanan Sarawak vs Kelantan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Saya sebagai Bloggers Sarawak amat mengesali perbuatan segelintir penyokong Pasukan Sarawak semalam. Mr. J

Tapi Sebelum itu Mr. J ada Nota Komen untuk pembaca :

Saya cuma terkilan kenapa reporter tidak mengatakan perkara yang sebenar. Gambar tidak boleh mentafsirkan apa yang berlaku sebenarnya.


SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan. Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Gambar diatas : Seorang angota FRU ditumbuk bertubi-tubi oleh pemuda berambut Punk , makala seorang lagi menghalang angota Fru.

Mangsa mengalami Luka teruk dibahagian mulut.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

3 comments:

Mrs. Ichiban berkata...

Saya mintak maaf... Tapi berita ni tak betul.
Ini bukan pasal pergaduhan semasa perlawanan antara fans, tapi masa tu FRU cuba nak tangkap beberapa culprit yang baling mercun & botol kat padang, tapi tersalah tangkap pemuda berbaju merah tu. Dia cuba nak terangkan bahawa dia tak tau apa-apa tapi pihak FRU terus menerus memukul dengan cota dan cuba menahan walhal pemuda tu xbawak apa-apa senjata pun. Secara logik, kalau anda dipukul ramai-ramai, mesti anda cuba resist kan? Tindakan refleks. Jadi, pemuda mohawk tadi pun cuba meleraikan pihak FRU daripada memukul adiknya (si baju merah) sehingga dia sendiri pun kena pukul. Kat sini la mungkin mistake tindakan reflex si abang, menarik salah seorang anggota FRU, dan hanya sekali tumbuk je, terus anggota FRU tu pengsan. Sekali je! Takde langsung 'bertubi-tubi' macam apa yang Berita Harian laporkan. Selepas tu, dua-dua pemuda masih berdiri kat situ walaupun ada peluang melarikan diri. Sebab apa tak lari? Sebab diorang tak salah. Pihak polis pun dah mintak maaf pada malam tu jugak.

Saya cuma terkilan kenapa reporter tidak mengatakan perkara yang sebenar. Gambar tidak boleh mentafsirkan apa yang berlaku sebenarnya.
Rasa kesian sangat sebab diorang teraniaya macam ni sampai semua orang mencaci diorang tanpa usul periksa.

Sila cari video dalam YouTube. Anda sendiri boleh menganalisa. Itupun, kalau tak kena delete. :)

Mr.J berkata...

@Mrs. Ichiban .

Terima Kasih atas komen anda . Saya juga bergitu.

Gambar tidak boleh mentafsirkan apa yang berlaku sebenarnya.

Mrs. Ichiban berkata...

Terima Kasih! :)
Semoga mereka dapat fight case ni kat court.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©