Awas! Bujang Senang kini semakin menganas! Ulasan Sarawak vs Kelantan Liga Super 2012.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Perlawanan semalam diantara Sarawak menentang Kelantan cukup mendebarkan dan hampir - hampir kepala sang kijang/rusa digantung di Stadium Negeri Sarawak semalam.

Apa yang Mr J boleh lihat sekarang adalah Pasukan Sarawak diambang kebangkitan dan sang bujang senang semakin garang untuk membaham apa sahaja .


Perlawanan lepas Sarawak telah membelasah PKNS dengan jaringan 4 Sarawak dibalas 1 PKNS dan ini menunjukkan Bahawanya Pasukan Bujang Senang bukan lagi pasukan yang dipandang rendah.


Dan seterusnya pendahului liga super iaitu Singapore Lion Juga tidak mampu untuk menundukkan kebengisan sang Bujang Senang dan juga hanya mampu seri di Sarawak.

Perlawanan seterusnya Skuad Bujang Senang akan berkunjung ke Kedah pada 13 April 2012.

Sarawak kini ditangga yang ke 8 di Carta Liga berkongsi mata dengan adiknya iaitu Sabah.

Kini Pasukan lain semakin berasa "kerisauan" dan 'gerun" apabila menentang Sarawak setelah 2 pendahului Liga Super iaitu Singapore Lions dan Kelantan yang hampir - hampir dipenggal di Sarawak dan ini menunjukkan sesuatu yang menarik di Sarawak.


Kini Peminat Sarawak memperlihatkan pertambahan dan memenuhi ruang di Stadium Negeri Sarawak dan setiap kali perlawanan dipenuhi oleh para penyokong Ngap Sayot!.

Rekod Sarawak :
  • Piala Malaysia: Naib Juara1999 (Tewas kepada Brunei 1-2)
  • Piala FA Malaysia: 11992 (menewaskan Kuala Lumpur 2-1)Naib Juara 1996 (tewas kepada Kedah 0-1), 2001 (tewas kepada Selangor 0-1)
  • Piala Sultan Haji Ahmad Shah: 11998 (menewaskan Selangor 3-2)


Jangan lupa bahawa Sarawak pernah hampir menjulang Piala Malaysia semasa menentang Brunei di Peringkat Akhir dahulu dan juga Liga Super suatu ketika dahulu.

Keputusan Penuh Kesemua Pasukan Liga Super 2012



Sarawak menggunakan pelbagai tema dan gelaran. Sarawak menggunakan team Kenyalang Enda Cuak, sebelum ini Sarawak turut menggunakan tema Ngap Ajak, Encang Sarawak Encang, Ngap Sayot dan Tebang Balau , Agi Idup Agi Ngelaban!.

Era Ngap Sayot (1988-1990)
Era Ngap Sayot menyaksikan begitu tingginya semangat berpasukan pasukan Sarawak, permainan mantap, strategi berkesan dan penuh kontroversi. Di tonton oleh pelbagai generasi dan dianggap sebagai era terbaik yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Sarawak.

Slogan Ngap Sayot telah diilhamkan oleh bekas jurulatih pasukan itu, Awang Mahyan Awang Mohamad semasa kemuncak permainan mereka di antara tahun 1988 hingga 1990. Pada zaman ini, pasukan


Detik Cemas Era Ngap Sayot!
FAS untuk menarik diri dari FAM, dan hubungan ketegangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Integrasi nasional sememangnya goyah. Kertas kerja kebangsaan dan media sasaran serangan dan konfrontasi. Malah seorang menteri persekutuan dari Kuala Lumpur telah dinasihatkan tidak pergi ke Sarawak kerana sebab ini. Isu itu kemudian diselesaikan apabila Timbalan Presiden FAM telah dihantar untuk berdamai, dan FAS menyertai semula FAM.

Era Encang Sarawak Encang(1992-2003)
Kejayaan Sarawak pada zaman ini telah diterajui oleh Alan Vest dan Abdul Jalil Ramli.Sekitar masa ini, Sarawak mengubah maskot mereka dari kucing hitam buaya, jolokan Bujang Senang. Pasukan itu sendiri secara amnya dikenali sebagai buaya.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

3 comments:

The Fakhirin berkata...

Tahniah Ngap Sayot... Semoga sukses pada perlawanan berikutnya untuk berada seiring dengan The Red Warriors.

Tanpa Nama berkata...

Sarawak TAK pernah lagi Jadi JUARA liga super..
tahun bila sarawak jadi juaranya..

SleEpiNgChild-Jr berkata...

swk pernah juara liga 1997..masa tu liga perdana..adalah liga tertinggi dlm malaysia,sblm ditamabah...liga super...dan liga perdana menjadi liga kedua

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©