Penjara 14,400 tahun !! kerana rogol anak dan Undang - undang Baru Mr J.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Cukuplah sekadar mengatakan Hukum penjara seumur hidup ini pula lain padang lain terkukur .

MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.
Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina.

Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol.

Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.

Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian.

Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP

Di Malaysia Mr J cadangkan hukuman Penjara :

  • Curi gula - gula 20sen = Penjara 6 jam.
  • Membuang Sampah = dikurung dalam tong sampah selama 3 jam.
  • Merokok di Tempat Larangan = Hukuman menghabiskan sekarton rokok dalam masa 5minit.
  • Skodeng = Dihukum menonton VCD Lucah tanpa henti selama 6 bulan tanpa tidur dan makan.
Undang - undang dan hukuman diatas adalah sebahagian gubalan sistem perundangan baru Mr J yang harus diberi perhatian.


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Design Wonder
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Wang Tsunami anda

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

bapak sepatutnya jadi pelindung ...ntah la sedih sebenarnya bila hal2 mcm ni trjdi...hrp2 ya xberlaku pd sy....

Mr.J berkata...

@kasihkuamiera.

Dunia kini lebih ke arah ke takbertamadun..

Tanpa Nama berkata...

orang dah macam haiwan.

sabree hussin berkata...

Hukuman skodeng = tengok citer blue ouch

Cik Kiah berkata...

@sabree hussin.

Ni Kes Mr J ada koleksi 3gp kan.. kantoi.

Mr.J berkata...

@Cik Kiah.

isk .. tak baik tau tuduh2.. macam tau2 je. haha

syafiq.net berkata...

lama nya. 14 abad T_T

Mr.J berkata...

@syafiq.net

Lama.. siap alam Roh lagi masih dipenjara.

syafiq.net berkata...

@MRj tu la pasal. memang tak best. haha

Mr.J berkata...

@syafiq.net.

aku rasalah.. bayangkan kalau umur manusia leh capai 1 juta tahun. nak seksa muka bumi nih~

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©