Kuatnya pengaruh Internet sehingga memusnahkan Parti SUPP kepada DAP di Sarawak

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam 1Malaysia kepada semua pengujung setia pengeRindu.com , wah sedar tak sedar rakyat Sarawak dah melepasi ujian gentir pilihanraya tempoh hari dan Piliharaya tersebut membuktikan bahawa golongan Muda semakin menolak kepimpinan Taib dan golongan muda Sarawak semakin ramai yang celik IT dan semakin ramai memilih Media Alternatif sebagai media harian yang dipercayai serta dapat dinilai sendiri kerana Media Alternatif seperti Blog/Web/Forum tidak perlu ditapis oleh orang "atasan" , lain pula dengan TV serta surat khabar di Malaysia tidak pernah Mr J lihat walau 1 saat dimana TV memaparkan kebaikkan kepada pembangkang dan kesemuanya adalah yang jahat dipaparkan.

Sedarlah bahawa TV dan Suratkhabar bukan lagi Asset bagi sesebuah Parti yang berkuasa untuk mengkhayalkan penonton. Borneo Post . Utusan Borneo , See Hua , Sin Chew itu adalah sebahagian daripada akhbar yang ada di Sarawak , percaya atau tidak dimana pemuda - pemudi di Sarawak tidak gemar memeli suratkhabar dan kalau adapun cuma nak belek dibahagian 4D Toto result, itu adalah senario di kawasan Bandar lain pula dengan kawasan luar bandar yang hanya dapat dibaca dan dipercayai 100% adalah Suratkhabar dan TV sajalah dan yang tercanggih mengalahkan penduduk di Kuala Lumpur adalah 8 daripada 10 buah Rumah Panjang memiliki TV Satelite iaitu Parabola yang mampu melihat lebih 100 channel seluruh Dunia.

DAP , satu parti yang agak asing di Sarawak 5-10 tahun dahulu manakala SUPP telah bertapak lebih 30 tahun dan satu lagi kenapa SUPP(BN) boleh kalah teruk kepada parti pendatang baru iaitu DAP? . Jawapannya adalah kerana calon - calon yang dipertandingkan adalah calon tua dan boleh dikatakan kurang pendedahan Internet , cuba lihat Calon DAP lebih kurang kesemua calon muda .

Teknik kempen Calon Muda DAP adalah lebih moden iaitu dengan menggunakan Facebook, Twittter ,blog ,forum dan sebagainya . Disitu mereka (calon DAP) lebih senang berinteraksi bersama pengundi tanpa bersua muka dan soalan pun boleh dijawap dengan lebih banyak dan kerap .

Tidak seperti Calon Tua contohnya parti SUPP yang bergitu susah untuk bersoal jawap dan bila dekat waktu pilihanraya baru turun pandang . Ambil contoh di Sibu, Sarawak dimana 4 calon SUPP(BN) vs 4 calon DAP dan keputusannya adalah 3 calon DAP menang iaitu Bukit Asek, Pelawan , Dudong malah Presiden SUPP George Chan Ho Nam ( sebijik macam nama Filem Gengster Cina HongKong "Chicken" ) dan hanya satu dipertahankan oleh SUPP iaitu Bawang Asan iaitu Wong Soon Koh Beliau tetap bertahan kerana undi daripada penduduk pendalaman Bawang Asan , sungai kut, tutus yang majoriti kawasan Rumah Panjang . Mr J pasti bahawa Kawasan Bawang Assan pasti milik pembangkang sekiranya kawasan luar bandar mempunyai perkhidmatan internet.

Bertapa takutnya pihak ITU - ITU apabila blog - blog alternatif seperti Dayakbaru.com iaitu Dr. John Brian calon Keadlilan bagi kawasan Meluan digodam selama seminggu , akhbar alternatif SarawakReport.com , malaysiakini.com dan beberapa blog calon - calon pembangkang digodam dengan serangan DDOS bagi mengelakkan dikunjungi oleh rakyat .

Itu adalah sebahagian pendapat Mr J mengenai aura Internet dalam Politik dan bukan untuk menyingung sesiapa kalau ada silap salah Mr J minta maaf. Bagi Calon yang menang anda adalah pilihan rakyat bagi yang kalah cuba lagi! tak pernah kalah tetapi kali ini kalah? itu adalah mesej daripada kawasan anda .




Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©