Wajarkah e-mel 1Malaysia untuk setiap 1 Rakyat Malaysia?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ini adalah pendapat peribadi Mr J mengenai cadangan yang melibatkan pelaburan RM50 juta daripada Tricubes Bhd dengan kerajaan untuk mewujudkan akaun e-mel untuk setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.

Sebelum meneruskan dengan lanjut , Mr J memohon maaf sekiranya pendapat ini membuatkan beberapa individu ataupun syarikat mahupun kerajaan merasa tersinggung .

Akaun 1Malaysia bakal diwujudkan dalam lingkungan bulan Julai dan mungkin ramai yang gembira menerima berita tersebut dan mungkin ramai juga yang bimbang kerana mereka tidak dapat merasakan "privacy" lagi dalam setiap proses yang melibatkan e-mel.
Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Kenapa mahu mewujudkan penggunaan e-mel 1Malaysia bagi semua rakyat Malaysia sedangkan berpuluh - puluh penyedia percuma juga menyediakan perkhidmatan e-mel percuma ? Unik? ya , adalah sangat unik dan berasa bangga kerana e-mel anda kelihatan lebih menarik dengan tertera 1Malaysia pada e-mel anda.


Tricubes Bhd sanggup melaburkan sebanyak RM50 juta untuk projek tersebut , alangkah betapa bagusnya sekiranya wang tersebut digunakan untuk projek jalan raya di sekitar sarawak dan tidaklah barisan menteri mengadai nyawa dengan menaiki helikopter setiap kali melawat Sarawak dan daripada melabur untuk akaun emel 1Malaysia apakata perluaskan Jalur Lebar di seluruh negeri lebih - lebih lagi kawasan pendalaman rumah panjang di Sarawak ataupun selesaikan projek untuk Elektrik , Air yang merupakan perkara yang asas untuk kegunaan harian penduduk di pendalaman.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.
E-mel tersebut bakal mengemukkan kakitangan kerajaan apabila kakitangan kerajaan tidak perlu lagi bersua muka dengan pelanggan dan hanya duduk 8jam di hadapan Komputer sampai perut pun semakin buncit.

Dibawah adalah Komen Hanisah Halim · Top Commenter · UITM yang ingin Mr J kongsikan.

Perkara 1 - Dari sudut Positif: Kebaikannya kepada Rakyat Malaysia boleh terus membuat aduan dan menegur segala kemungkaran kepada Kerajaan 1Malaysia. ( Jika kerajaan membaca dan menerimanya, Alhamdulillah).

Perkara 2 - Dari sudut negatifnya, Amat merisaukan sekiranya Kerajaan akan mengunakan platform email yang bernilai RM50 juta ini untuk menghantar ''Email blast'' kepada seluruh Rakyat Malaysia untuk menyebar perkara-perkara yang berat sebelah. ( Ini telah jelas terbukti seperti saluran TV, media kawalan kerajaan, radio-radio semua menyebarkan perkara yang BERAT SEBELAH) so tidak mustahil sekiranya email 1Malaysia ini adalah salah satu platformnya. ( Harap jangan terjadi macam ni).

Jadi Mr J biarkan anda sendiri menilainya.


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :

4 comments:

Unknown berkata...

ala..yg privacy tu satu hal. yg lg 1 hal lg duit tu,mst ada terselit utk sket 'mereka' hingga mo buat yg belanjanya besar gtu.. adedei..mcm setiap perkara double meaning..

PHYCREWZ

Mr.J berkata...

@phycrewz.

bro.. pemulaan mmg diberi Free.. bila lama2 mulalah caj itu ini.. taktik tu bro.. sapa yang nak kasi free?.

kewin berkata...

Bagus duit rm50juta tu bagi pelajar2 kita sebagai biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
Ada juga hasilnya...

Mr.J berkata...

@kewin.

Projek yg mmg tak Logik dan tak diterima akal. Sedangkan Internet di Malaysia belum lagi mencapai kelajuan yg setanding negara - negara lain . kalau kat uk,usa tgk youtube mcm tgk dvd je.. lancar. di malaysia ? tak nak komen lah , u all semua pun tahu.

Lebih Baik Kerajaan baik pulihkan Internet dulu dan sediakan Line juga di Sabah & Sarawak ! jgn lupa di kawasan luar bandar, bila nak berkempen baru banyak janji. so janji pru sarawak haritu cakap nak kasi 2000 unit Astro untuk rhpanjang? habis tu nanti bulanan siapa yg bayar? .. jgn ingat org di rumahpanjang no knowledge.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©